Haruman ataupun lebih dikenali sebagai minyak wangi, perfume sebahagian dari identiti seseorang. Bagi I ia memberi kesan yang besar terhadap penampilan dan pandangan orang terhadap diri kita sendiri. Bayangkan kalau kita ada bau yang tak sedap atau tak enak bagi orang sekeliling, dah memberi pandangan buruk kepada diri sendiri. Tak tahu bagaimana untuk jaga penampilan atau tidak tahu bagaimana untuk jaga kebersihan?



Bila berdiri atau berkawan dengan orang yang bau wangi ni serta merta perasaan kita pun jadi gembira. Sebab tu I kalau boleh akan pakai minyak wangi sebelum keluar rumah. Jangan pulak beria pakai minyak wangi tapi mandi tak -.- Biar la seiring dengan kebersihan badan sendiri.




Baru-baru ni I dah kembali semula ke perfume kegemaran I iaitu AGift With Care. I selalu sebut AGift je. Nama dia pun dah special, cerita dia lagi special. Pertama kali I kenal jenama ni masa I sem 3 atau 4 masa belajar dulu. Mungkin dalam 3,4 tahun lepas…. I jalan-jalan dekat Queensbay Mall lepastu nampak kedai AGift ni. Masa tu baru jugak rasanya outlet dia. I masuk sebab barang dia nampak menarik. Packaging cantik, warna yang digunakan cantik dan bau wangi !



Terus rambang mata nak pilih perfume sebab yang paling menarik perhatian I adalah perfume dia. Tapi masa tu mesti la tak beli perfume saje sebab boros beli la sekali handcream dan lagi satu barang I tak ingat.



Tapi lepastu I dah tak beli dah sebab perfume dia boleh tahan mahal untuk student macam I lol. Balik Perak pun I dah tak beli sebab dia tak ada outlet dekat Perak. Dah stay JB ni baru la I jumpa balik outlet dia di Aeon Tebrau City. Banyak kali juga I lalu depan outlet dia tapi tak beli sebab I bukan jenis beli barang yang masih ada lagi dekat rumah hahaha. Barang tu dah habis baru la nak beli. Masa tu jugak perfume I dah habis so ada peluang la beli.





Cadang nak beli saiz kecil je last-last ambil yang besar terus sebab dapat free kecil satu. Diaorang selalu juga ada promosi dan promosi semua best-best dan menjimatkan. Duit I je yang tak cukup, kalau cukup I borong semua. Yang kecil tu boleh tahan jugak harga dia hahaha. I pilih wangian yang sama masa I study dulu iaitu Elixir, Eau De Toilette. Memang dulu pun pilih bau ni jugak, bau dia sweet and musky. 





Macam mana eh nak terangkan bau dia hahaha. Bukan bau yang kuat tau bau dia still lembut, tak memeningkan orang sebelah tapi still sweet and musky. Kalau nak tahu macam mana bau dia kena bau sendiri la hahahha. Senang sikit tapi bagi I bau dia sedap ! Walaupun banyak pilihan lain lagi tapi masih jatuh hati dengan bau ni.


Packaging box


Packaging botol



Eau de Toilette ni concentration dia number tiga. Yang pertama adalah perfume, yang kedua, eau de parfum dan ketiga baru eau de toilette. Pertama dan kedua tu mesti la lagi mahal kan. Kebiasannya eau de toilette bertahan 2-4jam dan bagi Elixir AGift ni kalau I spray dekat tangan, petang nak balik dari office pun I boleh bau lagi. Cuma kalau orang sebelah maybe dah tak bau la hahaah.





Yang free punya perfume I pilih Courage, Eau De Toilette. Yang ni perfume untuk lelaki. AGift pun ada perfume untuk lelaki sekali tapi buat masa ni yang I tau Courage jela untuk lelaki hahaha. Bau dia masculine sikit. Memang bau macam lelaki laa. I suka sangat bau body care lelaki yang memang bau dia kuat khas untuk lelaki. Bau maskulin gitu tuu. Aiman pun kalau dia suruh I yang pilihkan memang macam ni jela bau I pilih. 


Packaging bottle.



I suka packaging perfume dia. Packaging dari segi corak yang ada pada botol. I tak kisah pun botol tu bentuk apa. Tapi bab penutup spray perfume tu senang betul tertanggal. Tak perlu tenaga banyak pun, tarik dah tanggal. So senang hilang dan I awal-awal dah sediakan bekas untuk Aiman letak penutup perfume tu. Kalau tak letak nanti entah mana-mana je pergi nya.


Packaging box


Tapi corak botol dan kotak dia semua cantik-cantik ! Masa I study dulu tak silap diaorang cakap ada special botol yang dilukis oleh golongan istimewa. Tapi botol tu mahal sikit la dari botol biasa. Sebab tu I macam berminat nak beli produk diaorang. Lukisan pada botol tu pun memang cantik sangat. 



AGift ni ada buat derma pada golongan istimewa dengan memberi pekerjaan, membantu kewangan organisasi, membuat kempen kesedaran, semua ada kena mengena dengan special people. Setiap produk yang dijual, RM10 akan diberikan kepada charity partners diaorang. Menarik kan? Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca dekat website diaorang. I pun jurujual tu yang terangkan dulu masa I study. Sekarang dah tau tak payah orang tu terangkan, I pilih, beli, chaw hihi.



Entry ni bukan sponsored tau I cuma nak share perfume favourite I dan apa jenama ni buat untuk membantu golongan istimewa. Sambil membeli dapat membantu jugak. Dekat website diaorang pun ada tulis berapa target donation, accumulated donation dan total donation diaorang dari tahun 2011 lagi. Boleh singgah website AGift okay.



Ohhh walaupun sekarang I tak beli handcream dia, tapi hand cream diaorang bau wangi nak mampus. Dulu sayang gila nak guna, guna time nak pergi dating je hewhew. Tak sabar nak kumpul lagi benda-benda wangi ni eeei.




Haruman Identiti Anda

Semakin dekat dengan tarikh nak bersalin ni, makin banyak I baca mengenai persediaan berpantang, list barang baby, benda penting kena beli, benda tak penting yang I rasa macam nak beli hahaha bercampur semuanya. Biasa la nafsu membuak-buak bila bab membeli ni tapi bab duit tu sedih sikit T.T Walaupun duit banyak tetap kena jimat dan jangan beli yang tak penting okay. Kalau duit sikit tu lagi la kena fikir mana yang patut mana yang tak patut dibeli.


Disebabkan duit I pun cukup-cukup je, awal-awal lagi I memang dah buat list barang apa yang patut beli, jenama mana yang boleh tahan lama. I memang suka membaca dan bila baca bab persediaan barang baby dan bab pantang ni makin excited I nak baca.



Kali ni I survey set bersalin yang best dan sesuai untuk tempoh berpantang. Baru je google baca review orang lain dulu. Sambil tu I baca jugak point penting apa kena ambil kira bila nak beli bengkung ni. Walaupun pening tengok review orang lain sebab banyak sangat set best, I tertarik nak cuba Set Bersalin Nona Roguy.


(Credit gambar : tekan gambar)


Yang I perasan kebanyakkan review semua suka guna Set Bersalin Nona Roguy ni. Walaupun dah pernah bersalin 2-3 kali, ada yang still beli set ni ataupun semasa pantang salah seorang anak dia akan guna set bersalin ni. Dalam set tu ada 6 produk tak silap dan semua I berminat nak cuba hahaha. Bila baca review orang lain macam semua benda dalam tu berguna. Harga pun I rasa okay je mungkin boleh cuba set ni nanti masa dalam pantang.


(Credit gambar : tekan gambar)


Set kedua adalah Set Bersalin Tanamera. Ramai jugak yang pakai set ni dan yang I baca kalau nak dibandingkan dengan set NR, set Tanamera lebih kepada bau wangi dan spa. Berbanding dengan set NR yang bau herba. I suka bau herba tapi I suka jugak bau wangi essential oil dan spa ni hahaha. Nampak tak dilema nak pilih yang mana. 



Masa tengok dekat google set Tanamera ni mahal jugak la dari set NR sebab dia ada 10 barang dalam satu set tu. Dalam set tu termasuk bengkung jadi macam tak payah nak beli bengkung lain kecuali kalau nak tambah lagi satu kan. Harga pun I rasa okay jugak untuk barang banyak macam tu.



Buat masa ni I masih survey lagi sampai la I jumpa promo best hahahha mungkin hujung tahun atau ada promosi perayaan sebelum I bersalin nanti baru beli. Nampak tak usaha nak berjimat tu? Kalau ada ibu-ibu yang ada buat review set bersalin nanti share link dengan I dekat komen box okay. I tengah dalam mood suka bebenor baca review berpantang, set bersalin, survey barang baby semua. Takut nanti list tak buat, survey lambat, hujung-hujung dah nak bersalin I dah tak ada mood nak buat semua benda. I nak berehat kumpul tenaga je hahahaha



Buat masa ni memang I tak beli set bersalin lagi. Baru survey dan harap nanti lepas settle berpantang, ada la mood dan masa nak update dan review semua produk yang I guna semasa berpantang. Tak sabar nak share dalam blog !





Persediaan Berpantang : Set Bersalin

I tersangatlah jarang jumpa produk yang kulit I tak sesuai sebab pertama, I akan buat research sama ada produk tu sesuai dengan I ke tak. I akan baca review orang lain sama ada produk tu sesuai dengan diaorang atau tak. Memang sebelum beli apa-apa skincare I akan baca review dulu la sebab tu jarang review produk I tak kena dengan kulit sendiri.



Tapi kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.... Ceh entah betul ke tak tu I malas nak check semula. Ada je produk yang tak sesuai dengan kulit I seperti Freeman Apple Cider Vinegar ni.



Produk : Freeman Apple Cider Vinegar Clay Mask + Scrub
Isi : 6 oz/ 175ml






Produk ni macam yang dia tulis boleh digunakan sebagai clay mask dan scrub. I sangat la nak try produk Freeman ni sebab dia ada banyak jenis dan semua menarik perhatian I. Ada yang scrub apricot, clay mask avocado dan oatmeal, peel off cucumber, clay mask mint lemon dan macam-macam jenis lagi la. Semua menarik ! 



Kebanyakkan review pun semua suka dengan mask Freeman ni. Packaging untuk clay mask ni pun cantik warna peach krim lembut dan gambar buah epal cantik je kat situ. I tertarik dengan warna lembut dia. Bekas dia jenis tube besar, besar sikit dari pencuci muka biasa. Kalau nak bawak jalan jauh agak menyusahkan laa tapi bila letak susun dalam bilik air sekali pencuci muka lain cantik je hahahah.



Bahan di dalam dia seperti - Water/Aqua/Eau, Bentonite, Sodium C14-16 Olefin Sulfonate, Titanium Dioxide, Pumice, Propylene Glycol, Vinegar (Apple Cider), Kaolin, Xanthan Gum, Magnesium Aluminum Silicate, Cocamidopropyl Betaine, Disodium Edta, Citric Acid, Diazolidinyl Urea, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone, Fragrance/Parfum, Hexyl Cinnam-Aldehyde, Yellow 6 (Ci 15985), Red 40 (Ci 16035)








Berdasarkan bahan-bahan dia.... I tak tau mana satu yang buat kulit I rasa panas dan gatal masa pakai clay mask ni dan selepas pakai dia. Seriously tak tahan ! Rasa pedih juga kulit muka bila pakai. Kenapa orang lain pakai elok je I pakai tak sesuai pulak tsktsk. I try juga beberapa kali pakai tapi still kesan dia sama je buat kulit rasa pedih, gatal dan panas macam tu. Macam dah pakai apa je.



Sebelum ni I ada juga pakai clay mask brand lain tapi elok je. I serius kena check semula bahan apa yang I kena elakkan. Kalau korang nak tahu, mask Freeman yang ni merupakan mask kedua yang I cuba. Mask pertama yang I pernah cuba ialah Freeman Honeydew or Lemon Mint tu I tak ingat. I cuba masa study dulu dan agak lama.



Kesan dia sama macam masak Freeman yang I pakai ni ! Rasa pedih dan gatal. I ingat kalau I try jenis lain mungkin sesuai dengan kulit I rupanya tak. Still kesan yang sama hahahah. Last-last mask yang I guna masa study tu I bagi kawan je sebab memang tak sesuai. Mask apple cider vinegar ni pulak Aiman tolong habiskan. Kulit Aiman okay pulak bila pakai.






Sepatutnya mask ni claim dia boleh membersihkan, scrub, tones, dan serap minyak berlebihan. Exfoliate pori untuk kesan pori yang lebih bersih, kulit lebih flawless, cerah, berseri dan sesuai untuk semua jenis kulit........tapi tak sesuai untuk kulit I.



Bila baca review orang yang pernah pakai I tengok diaorang happy je guna Freeman ni. Siapa yang ada masalah sama macam I?






Atas ni gambar tekstur dia. Warna pink cantik dan tesktur clay mask. Warna dia pun dah boleh buat I jatuh hati tsktsk. Cara I guna lepas jadikan mask, biar kering sikit then letak air sikit buat buih untuk jadikan scrub pula. Urut muka kejap then boleh bilas. Buih dia pun boleh tahan banyak bila urut untuk scrub tu. Sebab kulit I tak tahan, masa mask dah rasa pepedih panas dahhhh....



Bau dia pun wangi macam bau epal. Maybe lepasni I tak guna dah mask or any produk dari Freeman sebab sedih dah excited nak guna tetiba kulit tak sesuai. Kecuali kalau ada yang nak sponsor untuk I buat review tengok jenis lain sesuai ke tak dengan kulit I... hihi









Freeman Apple Cider Vinegar... Big NO?

Disebabkan I tinggal dekat JB tapi rumah parent dan mertua dekat Perak, memang selalu la balik JB-Perak, Perak-JB. Ada sekali tu balik Perak ke JB kot, topup tng tak cukup. Dekat tol punya tambah nilai pun tak bukak lagi jadi macam kelam dekat situ hahaha. Masa tu pulak viral Touch n Go ewallet yang acah-acah boleh topup tng dengan mudah sekali.



Tak ada maknanya mudah -.- Dah topup ewallet tu kena mencari mesin untuk scan barcode pulak tak silap I. Bukan topup tu terus masuk kad tng kita. Tah pape. Lepastu sakit hati I uninstall je apps tu dan biarkan sahaja duit tu berlalu pergi…..






Baru-baru ni viral pulak pembayaran Tealive RM2.50 sahaja. Mesti la ada tnc tapi memang berbaloi la dapat beli air Tealive harga RM2.50  je kan. Lepastu viral lagi tiket wayang TGV buy 1 free 1 dengan syarat pembayaran tiket satu tu kena guna ewallet baru boleh dapat free.



I pun excited WhatsApp Aiman ajak cuba guna ewallet tu sebab duluuuuuuu kan pernah topup duit dalam tu jadi tak digunakan pun. Masa I install semula apps tu pun ada RM25 dalam tu. Nasib baik Aiman cuti, jadi lepas I balik kerja, pergi dinner terus pergi TGV Aeon Tebrau nak cuba bayar tiket wayang guna Touch n Go eWallet.





Senang dan berjaya ! Promosi ni tamat 31 December dan terhad 35 ribu tiket wayang sahaja tak silap I. Kalau korang pun nak tiket wayang percuma atau air Tealive RM2.50 sahaja senang je.



1. Install Touch n Go apps
2. Sign up dan boleh tambah nilai eWallet tu.
3. Nak tambah nilai pun senang je boleh pilih RM10, RM20 dan RM100. Ikut je arahan.
4. Pergi TGV dekat kaunter, cakap nak beli tiket movie guna TnG eWallet. Kalau boleh tu ada lagi la hahaha.



5. Dekat apps tu ada bahagian ‘Pay’ nanti orang kaunter scan barcode tu.
6. Dah settle !



Boleh tengok wayang dengan gembira sebab dapat tiket free satu. Semalam I tengok Ralph Breaks The Internet. Tiket yang kena bayar tu RM20 which is mahallllll sangat hahaha. Biasa I bayar RM20 untuk dua tiket guna Maybank yang sampai pukul 6 tu. Tapi tak apa. Nak cuba guna eWallet since dalam tu ada duit kan. Lepastu dapat cashback RM3++ tauuu. Jadi eWallet I ada RM25, tolak RM20 untuk tiket wayang, tambah RM3++ cashback, ada RM8++ lagi.





Next nak cuba Tealive pulak tapi Tealive jauh dari rumah I :(




Tiket TGV Percuma dengan eWallet

Wangian bukan sahaja memberikan semangat dan keyakinan kepada diri seseorang bahkan memberi kesan kepada penampilan dan tanggapan orang lain terhadap diri kita. Korang pun mesti tak selesa nak dekat dengan orang yang ada bau tak menyenangkan kan? Sebab tu la penampilan dan kebersihan badan patut jadi keutamaan.





Sejak akhir-akhir ni juga I rajin nak cuba banyak jenis wangian. Sebelum ni pakai perfume biasa je ataupun losyen yang ada bau wangi tuu. Sekarang I cuba Sugar Belle EDP Bombshell. I nampak perfume ni masa cari perfume dekat Guardian tak silap I. Macam menarik pulak nak cuba perfume Sugar Belle Cosmetic ni dan bau dia pun boleh tahan masa I test tu.



Sugar Belle EDP Bombshell ni untuk perempuan. I rasa diaorang tak ada wangian untuk lelaki. Isi untuk satu botol ni 10ml sahaja dan harga dalam RM19,  I tengok dekat website dia. Harga masa I beli dekat Gurdian tak ingat la pulak hahaha. Harga boleh tahan murah tapi untuk 10ml tu memang kejap jela habis. I pakai pun mungkin dalam sebulan atau tak cukup sebulan pun.



I pakai perfume memang setiap hari la nak pergi kerja pakai jugak. Kadang lepas mandi pun mengada pakai sebab suka bila wangi-wangi ni hahaha. Perfume Sugar Belle ni adalah EDP ataupun Eau De Parfum sebab tu macam mahal sikit berbanding kuantiti yang diberikan.





EDP mempunyai concentration kedua tertinggi selepas Perfume. EDP boleh bertahan 4-6 jam sebab concentration dia yang lebih tinggi tu. I pakai perfume ni pun memang sampai petang la boleh bau. Dah la bau dia sedap !





Untuk bombshell ni bau dia fruity sikit, fresh, clean dan feminine. Haaa gabung la semua tu hahaha. Bau dia memang macam bau perfume mahal. Dia ada bau passion fruit, grapefruit dan hints bau strawberry candy. Lepastu ada sikit bau Vanilla Orchid. I ambil info bau-bau dia ni dekat website okay untuk lebih membayangkan macam mana bau dia.







Packaging perfume pula dalam botol jenis macam roll tu tapi yang ni spray punya. I suka packaging botol kecil macam ni senang nak simpan dalam handbag topup perfume kalau nak keluar mana-mana hahaha. Senang nak menyelit dan senang juga nak hilang dalam handbag penuh harta karun. Dekat kotak pun dah boleh nampak jenis bau perfume pada botol.



Bagi la okay la perfume ni kalau nak beli simpan dalam handbag. Kalau nak buat koleksi kecil sangat….. Tapi bau dia memang sedap dan rasa mahal hahaha. Buat masa ni untuk jenama Sugar Belle Cosmetic I pernah cuba perfume jela, makeup ke apa tak pernah cuba lagi walaupun nampak macam best.





Wangi ke Sugar Belle EDP?

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.