Pengalaman Mendebarkan di The Moscow Circus

The Moscow Circus kini di Johor ! Alhamdulillah I dapat jemputan media untuk merasai pengalaman yang mendebarkan menonton sendiri persembahan dari The Moscow Circus. Sebelum ni memang I tak pernah pergi mana-mana persembahan circus dan ini merupakan pengalaman pertama kali.





Untuk pengetahuan semua, The Moscow Circus mempamerkan seni sarkas yang menakjubkan dan bebas haiwan. Persembahan sarkas ini diadakan di Puteri Harbour dan akan berlangsung dari 20 Nov 2018 hingga 1 Jan 2019. Kalau korang tinggal di sekitar Johor, Singapore atau di mana sahaja dan berminat untuk menyaksikan persembahan sarkas ni sempat lagi tau nak beli tiket.





The Moscow Circus
Russia’s Greatest Circus 
Tempat : Puteri Harbour
Masa : Isnin (Tutup)
Selasa-Jumaat (8pm)
Sabtu & Ahad (1pm, 4:30pm & 8pm)



Pertunjukkan The Moscow Circus ni berlangsung dibawah khemah sarkas Big Top terbesar. Nak cari tempat dia senang je, dari jauh dah nampak khemah besar untuk pertunjukkan ni. Memang meriah. Ini bukan circus biasa-biasa tau. Khemah besar yang digunakan boleh memuatkan 2,700 penonton dalam satu-satu masa. Khemah pun berhawa dingin jadi tak tau lama-lama dalam tu panas berpeluh ke apa. Semua orang selesa dan bagi I, I pun selesa nak menonton.


Antara counter jualan



Melalui pintu masuk, korang dah boleh nampak ada bahagian jual-jual makanan ringan untuk makan sambil menonton pertunjukkan. Ada pilihan popcorn, soft drinks, gula-gula kapas dan pelbagai jenis mainan. 



Pertunjukkan yang berlangsung lebih kurang dua jam ini menampilkan hampir 40 artis dengan persembahan menarik seperti aerialist, pejalan kaki wayar tinggi, artis trapez, akrobat, juggler, roller skate, pakar ilusi dan macam-macam lagi persembahan menarik. Bagi I kemahiran artis-artis circus ni sangat luar biasa. 


Pentas persembahan


Artis-artis yang membuat persembahan dipilih secara teliti daripada dua syarikat sarkas termasyur dari Rusia iaitu Bolshoi Circus (aka The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan Nikulin Moscow Circus. Memang memukau setiap persembahan ada tarikan tersendiri yang buat penonton teruja.



Bagi I pun memang sangat teruja nak tengok persembahan ! Kalau boleh tak nak alih mata langsung hahaha. Bawah ni I kongsikan beberapa gambar semasa pertunjukkan berlangsung. Penat tau nak pilih gambar sebab kalau boleh nak masukkan semua.



Antara persembahan yang menarik



Master Juggler


Master Juggler - The Incredible Semion Krachinov. Best gila tengok persembahan dia. Bertenaga sungguh. Mula-mula timbang bola, makin lama makin banyak, siap timbang bola sambil masukkan dalam tin yang dia tengah imbangkan tu. I excited tengok persembahan dia. Dah la handsome, persembahan pun best. Kalau korang nak tengok persembahan dia sikit boleh ke Instagram I bahagian igstory okay. (Instagram @shesyeeraa)


Bermain bersama penonton cilik.


Penonton pun tak rasa bosan sebab diaorang sentiasa berinteraksi dengan penonton. Contohnya macam dalam gambar dekat atas. Bebudak main pusingan kerusi tu. Tak kering gusi tengok lawak artis dengan bebudak tu sekali. Sakit pipi I gelak.



Aksi Akrobat



High Wire - The Svezhov Duo


I paling teringin nak tengok aksi macam ni depan mata. Yang orang jalan atas tali macam tu je. Bila dah tengok depan mata, I yang gayat. Macam-macam aksi diaorang atas tali tu.



The Russian Swing - The Skokov Troupe


Atas ni antara ahli dalam The Russian Swing. Buaian besar yang selamberrr dia je melompat dari satu buaian ke satu buaian. Penonton yang ngeri tengok. Tengok otot pun dah tahu diaorang memang perlukan kekuatan yang luar biasa untuk menghasilkan aksi luar biasa. I tangkap gambar dengan dia je dari ahli lain dalam group tu sebab dia comel hahahahaha Agak-agak baby terkenan sikit tak muka macam ni.





I suka tengok baju diaorang. Warna cantik meriah berkilau haaa.



Korang boleh je pergi ke Instagram I @shesyeeraa untuk tengok serba sedikit persembahan masa circus tu. Menarik ! Nanti after 24jam I simpan di bahagian highlight instagram okay.  Mungkin dalam video nampak kurang menarik tapi bila dah depan mata, orang dekat situ je tahu terhibur dia macam mana. Excited, gementar, gelak tak ingat dunia, memang enjoy. Ramai yang tanya I berapa harga untuk tonton persembahan ni. I ada tulis di bahagian bawah entry okay.



The Moscow Circus dalam proses jelajah selama 8 bulan ke 10 bandar di Malaysia termasuklah di Johor. Circus ini juga merupakan kolaborasi bersama rakan penaja lokasi rasmi UEM Sunrise Berhad.


Tempat duduk


Harga tiket pula mampu milik serendah RM50 sehingga RM250.



Ringside : RM260
Premium : RM160
Front Bench : RM100
Rear Seats : RM70
Rear Bench : RM50



Pelbagai tawaran harga menarik untuk mereka yang berminat seperti :

- Beli 4 Rear Seat dengan harga RM140 (diskaun 50%)

- Beli 4 Rear Bench dengan harga RM100 (diskaun 50%)

- Tawaran Kombo Dinosaur Kingdom-The Moscow Circus = Satu (1) tiket masuk TMC Kategori Premium + Satu (1) Dinosaur Kingdom

- All-Day Pass berharga RM180 (Warganegara) dan RM200 (Warganegara asing) = Taman Tema Tarikan-Tawaran Kombo The Moscow Circus

- Beli 3 tiket (untuk kategori harga lebih dari RM100) dan dapat SATU baucar untuk dua kemasukkan (ke Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town Puteri Harbour berjumlah RM118)



Tawaran Khas Pemegang Kad Maybank :

- Dapatkan diskaun 25% kategori Ringside, Premium dan Front Bench
- Pakej Keluarga Ringside (4 Orang) : RM700
- Pakej Keluarga Premium (4 Orang) : RM450





36 comments

  1. syokkan..ilham ngecek nak gi lagi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bebudak lagi la suka tengok pertunjukkan macam tu.airah pun rasa nak pergi lagi

      Delete
  2. bestnyaaaa~ selalu tengok dalam movie je.. dapat tengok depan mata bagus ni. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la sebelum ni tengok dekat tv je.ni nasib baik dekat je nak pergi tengok

      Delete
  3. Dulu masa Qiya kecik suka sangat tengok persembahan sarkas ni dalam tv. Tapi sekarang ni da jarang tengok tv so Qiya rasa persembahan sarkas ni da semakin dilupakan. Bagus la buat show macam ni sekali sekala daripada show menyanyi je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha airah pun baru tahu masih wujud lagi tour sarkas macam ni.ingat dah tak ada

      Delete
  4. glad to know this from you as my children never visit any circus. As for me I have visit a few circus and each gives me never forget, it was funny and I went with my parents to watch circus last time. Time fly, as I didn't watch any more circus with my parents.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya you got apportunity to watch a lot of circus show.This is my first one and hope soon I get to watch more

      Delete
  5. Hari tu pun ada circus show kat Penang, ingat nak pergi tapi sbb ada baby takde org jaga so x kesampaian nak pergi. Selalu tgk circus ni dalam TV je, Kalau tgk depan2 mesti lagi thrilling kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa The Moscow Circus ni pun ada buat tour dekat Penang haritu.memang berbeza tengok dalam screen dengan dekat depan

      Delete
  6. Bestnya kita pun suka tengok persembahan circus macam ni hehehe tapi tu lah kadang-kadang terlepas sebab sibuk tapi harap lepas ni kalau ada dekat dengan rumah kita akan join mesti best tengok aksi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu terlepas macam promo dia tak meluas lepastu liputan pun tak meluas, orang tak tahu.

      Delete
  7. Kita pun tak pernah lagi tengok circus show ni. Tengok dalam tv je selalu. tu pun cerita ornag putih..hahaa..bestla kalau dapat tengok depan-depan..pandai diaorang kan, mesti dah lama berlatih..hensemnya orang russia tu..ehhee..bagus la diaornag berinteraksi dengan penonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sebelum ni semua dalam tv je hihi. depan-depan memang semangat la tengok diaorang beraksi

      Delete
  8. Waaaa bestnya. Ruby teringin nak tengok live circus. Sebab selalu tengok kat youtube dan latest film The Greatest Showman. Nanti kalau ada kat KL nak pi tengok. Mesti best gilaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best ! rasanya diaorang ada tour jugak dekat KL.airah pun follow ig diaorang nak tengok update next tour dekat mana

      Delete
  9. Sepanjang hidup belum pernah tgok circus. Mesti gempak habis ni. Harap one day ad peluang tgok live. Harga tak berapa mahal pun. Selama ni tgok dlm filem je. Seronok baca.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi tengok sendiri lebih seronok.airah pun sebelum ni mampu tengok dalam tv je

      Delete
  10. Waahh.. seronoknya mbak ini bisa saksikan langsung pertunjukan The Moscow Circus. Ini kesempatan baik sekali bisa langsung berjumpa para pesirkusx

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tengok diaorang beraksi memang best.penuh kemahiran

      Delete
  11. Pengalaman yang menarik ni, bestnya! Baca headline tadi duk terbayang singa terlatih dah tadi tapi rupanya bebas haiwan ya. Aksi2 akrobat sebenarnya lagi best layan ye tak, real depan mata lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebas haiwan hihi semua manusia je yang buat pertunjukkan.airah tak support jugak gunakan haiwan ni

      Delete
  12. Pengalaman yang menarik ni, bestnya! Baca headline tadi duk terbayang singa terlatih dah tadi tapi rupanya bebas haiwan ya. Aksi2 akrobat sebenarnya lagi best layan ye tak, real depan mata lagi :)

    ReplyDelete
  13. Pernah pergi circus show kt melaka.huhu. memang best kan. Hrga promosi pon mcm menarik. Tak pernah lagi bawa anak tengok circus. Seriously best tngok depan mata. Sebab aksi tu bukan senang nak buat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bawak bebudak memang lagi seronok diaorang tengok tapi kena pesan la jangan buat dekat rumah bahaya

      Delete
  14. ayu pernah tgk yang circus london apa ntah...tapi itu pun mmg dah best..menjerit2 tengok diaorang buat lagak aksi...best kan tengok circus...banyak kelainannya klu tgk secara live..berdebor jer senantiasas

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha berbeza bila tengok live ni.kita yang rasa gementar lepastu gayat tengok diaorang buat aksi

      Delete
  15. wow.. bestnya. harga pun boleh tahan.
    Teringin jugak nak tengok live macam tu.
    Mesti rasa teruja tu lain macam kan.
    Yela, selalu tengok dalam tv je.
    Ni depan mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha harga dia berbaloi sebab banyak gila pertunjukkan. kalau guna promo tu lagi la banyak

      Delete
  16. Wah bestnya airah dpt saksikan kehebatan circus show tu depan mata. Selalu tgk dlm tv je kan. Mesti berdebar masa tgk aksi2 tu kan. 40 artis selama 2 jam, sangat berbaloi dengan harga yg dibayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi sangat sebab seronok. tempat dia pun selesa

      Delete
  17. Alah sayang tau ada kat Penang aritu circus ni kita tak sempat tengok. Busy sangat. Tengok2 dah tour tempat lain. hmmm sedihnya kena gi johor lah cmni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sempat lagi ni nak beli tiket ke johor

      Delete
  18. AM tak pernah lagi menonton pertunjukan secara live sarkas cenggini. tengok dalam TV pernahlah..teringin sangat nak pegi.. elok2 & comel bebenor org rusia nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang orang dia cantik2 sambil tengok pertujukkan sambil cuci mata hihihi

      Delete
  19. Kak dah lama xtgk circus ingatkan dah tak ada circus lg, bdk2 tentu suka tgk circus

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.