Sejak akhir-akhir ni kalau Aiman yang ambilkan balik dari kerja, memang makan luar la. I dah tahap malas nak masak sebab penat kerja hihi lepastu ambil kesempatan sebab mengandung. Ikutkan I nak je masak tapi malasnyaaaaa….. Bila Aiman dah offer nak belanja makan, senang makan luar je.



Jadi merasa la I nak makan dekat SDS Bakery & Cafe. Sebelum ni I ada join event SDS untuk ‘Lets Get Messy Contest’. Boleh baca dekat sini dan sini okay. Masa tu I merasa makan roti keluaran SDS jela. Selepas tu pun duk ulang beli and makan roti SDS je. Tak pernah nak cuba cafe dia pulak. Walaupun sebelum ni Aiman dah banyak kali sebut nak try makan cafe SDS, still tak pergi-pergi sebab bila lapar terus pergi kedai yang ada depan mata je hihi.



Jadi semalam kita makan dekat SDS Cafe la. Kalau nak tahu SDS Bakery & Cafe ni banyak outlet dekat sekitar Johor Bahru jadi kalau teringin tu senang je nak pilih outlet yang paling terdekat. I pergi yang dekat Paradigm Mall sebab dekat dengan rumah dan dari office memang lalu jalan tu.



I dah selalu pergi SDS Paradigm sebab nak beli roti jadi dah hafal kedai dia dekat tingkat berapa, sebelah mana semua haha. Masa masuk cafe terus pilih tempat duduk dan tengok menu sebab dah lapar. Teman Aiman pergi cari kasut dulu sebelum tu kemudian baru makan. I tak sempat nak tangkap gambar menu yang ada tapi menu dia banyak gila ! Rambang mata nak pilih mana satu sebab banyak sangat. Kejap rasa nak makan spaghetti, burger, lepastu macam nak chicken chop, nak nasi pulak……. Aiman macam biasa la kena tolong I pilih.



I suka dengan servis diaorang. Pekerja dia cepat je buat kerja. Tekan button call terus dah sampai. Nak tunggu makanan pun tak lama walaupun masa tu ramai juga la yang singgah makan malam. Kalau ada apa-apa cepat je diaorang uruskan. Macam kes I order tomyam dengan bihun tapi yang sampai tomyam dan nasi. Jadi okay je diaorang uruskan, tak ada buat muka atau macam tak tahu apa-apa je macam sesetengah kedai yang I pergi. 



Dekat sini I linkkan menu yang ada di SDS ni okay sebab I lupa nak tangkap gambar.



I order Bihun Tomyam, Aiman order Spaghetti Meatball.



Sebelum ni kalau terlalu depan SDS Bakery & Cafe mesti tertanya-tanya sedap ke makanan diaorang sebab selalu ramai orang. Roti dia memang I selalu rasa dan memang sedap. Tapi cafe tu baru first time nak rasa.



Masa bihun tomyam I sampai, okay….. Warna tomyam dia cantik. I tak suka tengok warna tomyam yang pucat sangat lepastu macam ceroi,cair je. Warna tomyam SDS ni elok cantik dan kuah dia tak ceroi sangat, tak pekat sangat, nice je. Rasa dia memang terbaik. Rasa tomyam pedas. Kalau tak suka makan pedas atau tak boleh makan pedas I nasihatkan jangan pilih menu ni. Sesuai untuk orang makan pedas je. I memang suka gila tahap kepedasan dia yang bukan acah-acah pedas hahahah. Ni pedas best punya. Aiman kalau makan pedas mesti sedu so bila makan tomyam I lepastu sedu memang pedas la tu.



Seafood macam udang dan kupang dalam tu pun nampak segar dan rasa segar. I dengan Aiman dah biasa jumpa cafe yang guna bahan tak segar lepastu memang tak berkualiti la. Tapi dekat SDS tengok udang, kupang bahan lain semua segar. Cendawan dia pun nampak cantik je. Bila guna bahan tak segar ni confirm rasa dia pun berbeza kan. I rekomen sangat korang rasa bihun tomyam dia. Craving lagi harini T.T



Aiman punya spaghetti pun sedap. Semua ada rasa. Bukan rasa light-light dengan kuah tak cukup ke apa. Semua okay portion pun sesuai buat I dengan Aiman kenyang. Selalu berbelah bahagi nak order western macam spaghetti ke apa sebab portion sikit tapi harga kemain. Dekat SDS okay je portion diaorang. Meatball dia pun sedap walaupun I dengan Aiman pelik tak pernah jumpa meatball macam ni hahaha.




Air order yang biasa je. I order honey lemon sebab sakit tekak dah berapa hari ni. Aiman order Ice Caramel Latte kottt…. I memang puas hati makan dekat SDS kali ni. Harap lain kali pun kualiti dan makanan dia sedap macam ni. Bila makanan sedap, tak rasa ralat sangat la nak bayar mahal. Yang rasa ralat, makanan tak sedap, kualiti entah apa-apa, harga kemain yahudi kan. Review makanan dekat blog I kebanyakkannya semua guna duit sendiri okay tak ada sponsored ke apa jadi review tulus jujur dari hati. Kbai.




SDS Bakery & Cafe - Cuba SDS Cafe Pula

Hello.


Bagi korang yang tak tahu. Sebelum ni Althea Korea ada menjalankan kolaborasi bersama Program TV Korea yang top dekat sana iaitu Get It Beauty. Produk untuk kolaborasi tersebut adalah Real Fresh Skin Detoxer, 10 saat mask dan boleh dijadikan cleanser jugak. I pun dah try Real Fresh Skin Detoxer ni tau memang terbukti best !



Sebab tu la K-Pop star Jeonghwa dari EXID group pun suka produk ni. Siapa kenal dia angkat tangan ! Kalau korang nak tahu betapa sukanya Jeonghwa dengan produk ni boleh tonton video youtube di bawah okay. I pun dah tonton lepastu tak sabar nak balik rumah guna produk ni hahahaha.










Tak tahu mana nak beli Real Fresh Skin Detoxer ni? Senang je, klik link ni. Nama pun Althea Korea X Get It Beauty kan kena la beli di Althea Korea.


Real Fresh Skin Detoxer



Pembelian : Althea.kr



Althea Korea X Get It Beauty

Kenapa kena pakai Sunscreen?





Kalau korang ada akaun Twitter dan selalu follow tweet dari Beauty Guru macam ImanAbdulRahim tu korang mesti dah tahu kepentingan pemakaian sunscreen. Ramai dah yang cuba wujudkan kesedaran penggunaan sunscreen dari awal tak kira umur dan tak kira sedikit mana pun terdedahnya kulit terhadap cahaya matahari.



Walaupun kita memerlukan Vitamin D dari cahaya matahari tapi itu hanya boleh diaplikasikan pada waktu tertentu. Awal pagi macam tu boleh la dapat vitamin, kalau dah tengah hari panas terik memang dapat kanser kulit jela. Sunscreen ni membantu untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya.





Yang ni point paling penting dan semua orang patut ambil berat. Penggunaan sunscreen yang mencukupi mampu mengelakkan garis penuaan. Bayangkan umur muda lagi tapi garis penuaan, kedutan dah nampak pada kulit. I rasa semua orang nak kulit yang nampak muda, berseri dan sihat kan? Jadi mula la pakai sunscreen dari sekarang !



Penggunaan sunscreen juga meningkatkan kesihatan kulit sebab sunscreen membantu melindungi protein kulit seperti kolagen, keratin dan keanjalan kulit. Banyak sangat sebenarnya fungsi dan faedah sunscreen pada kulit. Korang google je benefits of sunscreen atau fungsi sunscreen untuk tahu lebih lanjut.



Untuk memastikan kulit I tiada masalah seperti kedutan dan tanda penuaan sebelum usia dan I memang nak kulit I sentiasa sihat muda remaja hahahaha I pun guna sunscreen jugak ! Sekarang I ada tiga sunscreen dan salah satunya ialah Althea’s Petal Velvet Sunaway Sunscreen.


(abaikan my fat face hahaha. Harap lepas bersalin, muka kecik macam dulu T.T)



Tak ada masalah pun simpan stok sunscreen banyak-banyak okay sebab I tahu I memang pakai dan akan pakai selalu. Sebelum stok I habis dan kulit I terdedah dengan bahaya baik I bersedia dengan sunscreen yang banyak hihi.





Isi : 55ml
Harga : RM43
Website : althea.kr



Petal Velvet Sunaway ni mempunyai SPF 50+ and PA++++. Kalau korang tak tahu apa itu SPF dan PA, SPF ni adalah ukuran tahap perlindungan terhadap sinaran UVB. Sinaran UVB yang boleh menyebabkan sunburn dan kanser kulit. 



PA pula adalah gred perlindungan terhadap sinaran UVA. Semakin tinggi +++ tu semakin tinggi la perlindungan sunscreen untuk kulit. Setakat ni paling tinggi PA++++.





Sunscreen ni diformulakan dengan hyaluronic acid dan ekstrak Damask rose. Damask rose membantu melembapkan kulit dan melegakan iritasi, kulit rasa lebih sihat. Hyaluronic acid pula memang tak asing lagi dalam skincare. Bahan pelembap yang dapat menarik kelembapan untuk kulit dan menghalang kulit dari kering. Geranium oil pula memberikan keserian kepada kulit dan merawat acne.



Bahan :
WATER, CYCLOPENTASILOXANE, ZINC OXIDE, DISILOXANE, PROPANEDIOL, TITANIUM DIOXIDE, DICAPRYLYL ETHER, METHYL METHACRYLATE CROSSPOLYMER, PELARGONIUM GRAVEOLENS FLOWER OIL, SALVIA OFFICINALIS (SAGE) OIL, POGOSTEMON CABLIN OIL, CITRUS AURANTIUM BERGAMIA (BERGAMOT) FRUIT OIL, ROSA DAMASCENA FLOWER EXTRACT, PEG-10 DIMETHICONE, STEARIC ACID, ALUMINUM HYDROXIDE, VINYL DIMETHICONE/METHICONE SILSESQUIOXANE CROSSPOLYMER, SODIUM CHLORIDE, TRIETHOXYCAPRYLYLSILANE, 1,2-HEXANEDIOL, SORBITAN CAPRYLATE, GLYCERYL CAPRYLATE, POLYGLYCERYL-6 POLYRICINOLEATE, ETHYLHEXYLGLYCERIN, BUTYLENE GLYCOL, ETHYL HEXANEDIOL, CAPRYLYL GLYCOL.



Pastikan korang tak ada elergik terhadap sesuatu bahan dalam produk penjagaan wajah yang digunakan okay. Sebelum cuba check dulu atau buat patch test. Setakat ni I tak ada elergik atau iritasi pada bahan dalam sunscreen.






Untuk packaging pula, packaging dia dari jenis plastik. Dengan warna utama putih dan pink. Bagi I warna dia sweet sangat sebab penutup sunscreen yang warna pink lembut tu. Warna favourite I dan tambah koleksi skincare I yang warna pink haha. 



Botol dia kecil je. Bukan la kecil sangat tapi sesuai untuk bawa travel. Senang nak simpan dan senang nak selit. Selit dalam handbag pun sesuai, kalau terlupa pakai sunscreen masa keluar tu boleh terus pakai. I tak ada masalah dengan packaging dia semua okay.





Bau pula dia ada satu bau tapi tak kuat sangat. Kalau orang sebelah tak dapat la bau tapi bila I pakai, I boleh bau. Maybe bau Damask rose yang digunakan kot. Atau bau bahan dia yang lain. Bukan bau busuk, bau something yang I tak sure bau apa. Tapi okay je tak mengganggu sangat pun cuma kalau tak ada bau lagi okay ataupun bau yang lebih wangi dari ni.



Tekstur dia pula tak cair. Jenis pekat sikit. Walaupun pekat, bila pakai pada kulit masih rasa ringan. I suka tesktur macam ni sebab tak la bila sapu dekat muka kemain laju je dia nak meleleh.



Hasilnya bila pakai sunscreen ni kulit rasa lembut macam kelopak bunga, nama pun Petal Velvet kan. Tak rasa berat pada muka, rasa ringan je. Pakai dengan foundation okay, dengan bb cushion I pun okay. Tak ada buat muka cakey atau white cast.



Sunscreen ni juga membantu mengawal sebum berlebihan pada kulit dengan bahan formulanya dan hyaluronic acid pula memastikan kulit lembap sepanjang hari dan sepanjang penggunaan sunscreen ni.



No white cast ! Paling best sunscreen ni tak meninggalkan kesan putih pada kulit. Macam bertompok ke atau macam pakai krim berkilo macam tu. No, tak ada. Aplikasi pada kulit lembut dan senang rata tanpa white cast. Sesuai sangat untuk pemakaian setiap hari, tak melekit pada kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.



Cara I pakai, goncang botol tu dulu bagi semua bahan dia bercampur. I letak terus pada muka, tak letak pada tangan. Ikutkan jumlah yang mencukupi untuk pakai sunscreen sebanyak dua jari sunscreen. I dah tahu jumlah yang macam mana sesuai so terus je sapu pada kulit. Yang penting jangan kedekut nak sapu banyak dan jangan kedekut nak ulang sapu banyak kali lepas beberapa jam okay.



Bagi I harga dia memang berbaloi. Murah dari sunscreen biasa dan semestinya made in Korea. Kalau travel pun senang nak bawak simpan dalam pouch.







Sekarang althea.kr ada set exclusive untuk korang, Petal Velvet Set dengan 10% off. Set ni termasuk Petal Velvet Sunaway 55ml dan Petal Velvet Powder. Boleh pilih powder tu ikut code korang suka.




Code yang available adalah #0, #23 dan #PinkLavender. Semua code favourite I, sesuai untuk jenis makeup yang I pakai.



Althea’s Petal Velvet Powder ni dibuat menggunakan particles micro untuk meminimumkan kemunculan pori dan line pada kulit jadi kulit kelihatan lebih flawless, petal-like complexion. Powder ni matte satin finish yang tak buat kulit jadi kering. Yang paling penting makeup tak cakey dan mengawal sebum pada kulit.




Code #0 sesuai untuk semua jenis warna kulit sebab dia macam translucent powder / loose powder biasa tu.





Code #23 sesuai untuk natural coverage.




#Pink Lavender pula adalah special edition dan korang wajib cuba yang ni. Mengawal sebum, memberi kecerahan dan kehalusan pada kulit. Campuran warna pink dan lavender memang cantik sangat bedak dia. Kulit nampak cerah dan segar. Pink Lavender limited tau order cepat sebelum habis.




Cara I pakai macam biasa je lepas dah pakai foundation or bb cushion, puff je powder ni pada kulit bahagian hidung, smile line dan bahagian yang cepat berminyak. Lembut sangat pada kulit. 



Okay itu sahaja review I kali ini. Kalau ada apa-apa soalan boleh tinggalkan di komen box okay. Jangan lupa sentiasa pakai sunscreen ! Kalau sebelum ni korang tak pernah shopping di Althea.kr boleh ke link ni untuk dapat 20% off ! Dapat jimat banyak okay.








Lindungi Kulit Dari Sinaran Matahari Dengan Petal Velvet Sunaway

Review cleanser untuk kali ini dari Cosmoderm Vitamin E Facial Cleansing Foam. I rasa dulu I selalu buat review cleanser tapi kali ni dah jarang haha. Tak silap I Cosmoderm ni adalah produk buatan Malaysia. I sebenarnya tak ada niat pun nak cuba pencuci muka Cosmoderm tapi masa tu ada promotion dekat guardian tak silap I dan harga boleh tahan murah, kita try laaaa.



I ada juga baca review blogger lain yang pernah menggunakan produk Cosmoderm dan kebanyakkan semua suka produk dia. I tak terpengaruh nak cuba sebab packaging dia warna kuning, I tak tau kenapa tak suka sangat warna kuning padahal bukan ada kesan pun packaging warna apo hahahaha.



Produk : Cosmoderm Vitamin E Facial Cleasing Foam
Isi : 125ml
Harga : RM12 kot masa tengah sales, tak hengat








I memang suka tukar-tukar pencuci muka. Tak rajin pun setia pada satu jenis je hahaha. Dekat rumah ni pun ada je pencuci muka yang tinggal suku lagi tapi I dah cuba pencuci muka baru -.- Sama la nasib dengan Cosmoderm punya ni. I baru test beberapa hari dah tukar pencuci muka lain.



Tapi kali ni nak buat review dan nak tengok apa hasil dia pada kulit I jadi I setia guna dia sampai ke hari ini. Ini pun dah nak habis dah tinggal sikit je lagi weeee.



Kita tengok packaging dia, jenis tube macam packaging pencuci muka biasa. Tapi dia punya lebih tinggi, bukan jenis gemuk haha. I memang biasa je guna pencuci muka jenis tube ni tapi yang tak bestnya produk pencuci muka dalam tu bila nak guna, tuang atas tangan kemain laju dia keluar !






Tekstur dia agak cair. Cair tu bukan ceroi tau maksud I. Dia macam jenis gel tapi licin dan laju sangat keluar. Padahal guna sikit je pun dah boleh buat buih untuk satu muka. Selalu terover keluar lepastu gigih nak masukkan semula dalam tube dia kalau tak nanti membazir. Itu jela kot yang I tak suka. Maybe boleh kecikkan lagi bahagian tempat keluar produk tu so tak keluar banyak sangat.



Sebab I ada baca review orang lain jugak ada masalah sama macam tu. 



Bau pencuci muka ni bagi I tak ada bau yang kuat or memang tak ada bau langsung kot. Okay je nak guna dan buih dia lembut je pada muka. Kulit tak ada rasa kering atau tegang lepas cuci muka. Tak buat kulit I keluar jerawat atau iritasi. So far semua okay dan kulit rasa bersih. I pakai pencuci muka ni masa I start pregnant walaupun beli dari sebelum pregnant haritu.






Paling best pencuci muka ni tak ada paraben, sls atau sles. Jadi kalau kulit korang jenis sensitif mungkin boleh cuba pencuci muka ni. 



Pencuci muka ni mengandungi Minyak Rosehip dan Vitamin E yang membantu memelihara kulit dan proses pembaharuan kulit. Kalau korang ada parut jerawat tu boleh la cuba pencuci muka ni sebagai salah satu cara untuk memudarkan parut jerawat tapi tak boleh bergantung kepada pencuci muka semata tau kena tambah lagi produk lain.



Bahan - Purified Water, Sodium Laureth Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Propylene Glycol, PEG 150 Distearate, Cocamide DEA, Polysorbate 20, Imidazolidinyl Urea, Fragrance, Citric Acid, DL-Alpha-Topocherol, Tomato Extract, Grapefruit Extrect, Lemon Extract, Bilberry Extract, Rosehip Oil, Licorice Extract.









Bagi kulit I okay sangat guna produk ni. Rasa lembut, licin, tak ada rasa tegang, tak naik jerawat dan bersih. Harga pun murah sangat sesuai untuk student. Tapi dalam senarai bahan dia ada guna pewangi, kalau kulit jenis sensitif dengan apa-apa bahan pewangi elakkan guna atau cuba test dulu okay. Sesuai untuk semua jenis kulit.





Korang boleh baca review cleanser yang I pernah try dekat sini okay



Cosmoderm Vitamin E Facial Cleansing Foam Review

Bertemu lagi kita dalam entry makan seterusnya. Korang boleh baca entry-entry makanan I sebelum ni. Tekan bahagian 'Categories' di bawah entry atau guna je search box dekat sebelah kanan side bar ni senang.


Kali ni I cuba 4Fingers yang baru juga buka outlet terbaru di JBCC. Jadi datang JBCC semata-mata nak makan 4Fingers je lepastu balik hahaha. Masa tengok menu dia macam em emm nak order apa ni tak tau mana yang sedap.








Order la wing and drummet combo 12 pcs. Dia boleh pilih sama ada nak ala carte atau combo. Kalau combo sekali air dan fries. Masa I datang makan nasib tak baik sangat mesin air rosak -.- jadi dapat air mineral je dua botol. Untuk 12pcs wing dan drummet ni cukup la makan dua orang. Tapi sebab I bawa orang ketiga, kejap je kenyang lepastu lapar balik !




Fries dia boleh pilih original, kimchi atau lagi satu I tak ingat sebab masa I datang tu boleh pilih sama ada nak original atau kimchi sahaja. Lagi satu dah habis. So pilih la kimchi.


Sos salutan ayam pula boleh pilih nak soy sauce, hot atau mix. I ambil yang mix.


Nak tunggu ayam masak boleh tahan lama. Masa I tengah makan boleh tahan ramai juga la orang lain makan juga dekat sini walaupun masa tu waktu kerja.


Selain menu ayam boleh pilih burger, chicken chop, chicken sandwich, rice box, seafood atau pelbagai jenis salad dia. I pernah nampak orang makan rice box tu je selain ayam yang macam I pilih ni hahahaha jadi I tak sure sedap ke tak. Siapa pernah rasa menu lain tu angkat tangan????





Untuk rasa ayam yang I pilih ni sedap. Rasa sos dia salut sekata dengan ayam dan ayam rangup masak sampai dalam. 12pcs ni untuk I dengan Aiman agak tak cukup la. Cepat je lapar semula mungkin lepas ni kena cuba rice box dia pulak.





Tapi rasa boleh tahan sedap dan tak pedas. Fries dia pun okay walaupun I macam tak ada selera sangat nak makan seaweed atas tu.


Kalau nak try outlet 4Finger Crispy Chicken dekat Komtar JBCC ni dekat L2-205/207, Komtar JBCC, JB. Senang je nak cari dekat dengan Sushi Zanmai dan Tony Romas.










4Fingers Crispy Chicken

Calling all peminat BTS ! hahaha siapa peminat BTS dekat sini sila angkat tangan. Kalau peminat drama korea I dah kenal pasti siapa sebab I selalu juga singgah blog yang buat review kdrama tu. I pun kalau rajin buat jugak review kdrama. Tapi kali ni khas buat peminat BTS !



Bagi yang tak tahu, BTS antara kumpulan kpop yang tengah hot sekarang. Dianggotai oleh V, J-Hope, RM, Jin, Jimin, Jungkook dan Suga. Semua handsome hahaha.





Sempena Burn The Stage The Movie, BTS Johor Event membawakan khas kepada peminat BTS merchandise seperti Tyvek Wristband dan Mock Ticket. Peminat BTS mesti la nak kumpul koleksi barangan BTS kan jadi apa kata masukkan dua barang ni jugak dalam koleksi korang !




Atas ni adalah design wristband dan mock ticket yang dijual. Semua design daripada profesional graphic designer yang mempunyai pengalaman dalam bidang ni. Cantik kan? Macam mana nak beli? Senang je. Korang follow semua media social ni





Twitter : @BTSEvent1
Instagram : @btsevent1



Semua maklumat dan proses pembelian ada dekat sana. Walaupun jualan khas dibuat di JB tapi kalau korang duduk jauh dan nak miliki wristband dan mock ticket ni senang je. Pembelian secara postage ada. Harga pun murah sangat dan mampu milik. RM3 untuk satu mock ticket dan RM3 jugak untuk 1 wristband. Kalau beli dua RM5 je ! Murah dan boleh kumpul untuk dijadikan koleksi. 



Pergi ke Twitter BTS Johor Event (MY) dan isi google form yang ada dekat situ. Yang dekat boleh pilih untuk ambil masa hari sabtu atau ahad. Yang jauh boleh pilih penghantaran secara postage. Jangan konfius pulak tau sebab dekat link twitter diaorang ada dua jenis form untuk mock ticket dan wristband. Kalau nak beli dua-dua kena isi dua google form okay.



Lagi satu I nak ingatkan, pilih link yang betul sebab ada yang konfius dengan pihak lain yang turut menjual merchandise lain :( Jadi jangan buat pilihan yang salah dan isi borang yang betul okay. Nak isi borang tu pun tak perlukan banyak detail, semua senang je. Kalau ada apa-apa soalan yang tak faham boleh je dm atau tweet admin Twitter BTS Johor Event (MY) nanti dia akan reply secepat mungkin. Kalau nak tanya I pun boleh, twitter I @airahsyahirahh okay.



Setiap update dari BTS Johor Event (MY) akan diupdate di twitter dan instagram jadi tak rugi pun follow awal-awal sebab lepasni lagi banyak projek dan event bakal menyusul ! Kalau korang tinggal di sekitar Johor Bahru pun boleh join untuk jadi Volunteer Event Crew tau. Caranya senang je singgah je semua media social BTSEvent1, dekat situ ada tulis caranya.











Burn The Stage

Penjagaan kawasan intim harus menjadi keutamaan wanita terutamanya jika mengalami masalah-masalah yang melibatkan bahagian tersebut. Antara salah satu masalah yang menjadi pertanyaan buat ramai wanita, kenapa kulit disekitar kawasan intim lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Bukan anda sorang je yang tertanya-tanya tau. I rasa ramai wanita diluar sana yang mempunyai masalah yang sama. 



Ada juga yang sudah menggunakan pelbagai jenis produk ataupun kaedah untuk mencerahkan warna kulit di bahagian tersebut tapi masih belum berkesan. Mungkin masalah macam ni masalah kecil dan biasa je pada sesetengah orang tapi bagi mereka yang sentiasa ambil berat mengenai masalah ini, I ada cadangan penyelesaiannya.



Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda.






Produk : Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White
Saiz/RM : 90ml (RM9.20) , 200ml (RM15.50)
Oleh : Wipro Unza
Boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan farmasi



Pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah kulit gelap di kawasan intim ini antaranya
- Faktor usia
- Ketidakseimbangan hormon
- Penambahan berat badan
- Pemakaian baju ketat
- Bercukur



Dan lain-lain lagi. Masalah ini boleh menimbulkan rasa kurang selesa dan mengurangkan tahap keyakinan diri seseorang. Jadi jika anda mengalami masalah ini apa salahnya cuba cara lain dengan menggunakan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dan lihat tahap keberkesanannya.









Kenapa Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White?
3 kali ekstrak pemutihan semula jadi. Bukan sekadar 1 tau tapi 3 kali ganda esktrak pemutihan ni yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad dahulu, licorice sudah digunakan oleh masyarakat Asia. masyarakat Yunani dan Mesir juga turut menggunakan bahan ini untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. 



Bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C yang membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah. Susu bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.



Tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5. Kandungan pH yang bersesuaian dengan kawasan intim anda memberikan tahap keselesaan yang lebih.  pH 3.5- 4.5 merupakan linkungan pH normal bagi kawasan tersebut. Ia mengandungi bahan antiseptik semula jadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan.






Kayu rapet dan ekstrak manjakani. Penggunaan bahan ini membantu mengetatkan kawasan feminin dan memberikan keyakinan kepada wanita. Bebas alergen dengan wangian sederhana, memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif, dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi mereka yang mementingkan status halal, produk ini diiktiraf halal.







Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White juga dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dengan penambahbaikkan tekstur yang lebih lembut dan pekat. I nak pegang botol dia pun senang sebab ada bentuk macam ni haha.



Dengan kesemua bahan yang digunakan membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan membantu pertumbuhan semula kulit. pH kawasan intim juga terjaga. Bagi I bukan nak fanatik bagi putih pun tapi bagi tona warna kawasan tersebut sama dengan warna bahagian badan yang lain okay. Asalkan bahagian intim tersebut sihat dan tidak mempunyai masalah kulit.





















Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White untuk kecerahan dan kesegaran

Siapa dah pernah rasa Lemang Periuk Kera? I baru pertama kali nak rasa. Ikutkan haritu masa raya I dah mintak Aiman order kan. Tapi I cakap cancel jela sebab harga kemain mahal rasa macam tak berbaloi. Jadi hari raya kita makan lemang biasa sahaja.



Sejak akhir-akhir ni I rajin pulak tengok group makanan delivery area Johor ni sebab setiap jam lapar hahaha. Lepastu tertengok la pulak orang iklankan lemang periuk kera. I tengok review boleh tahan dan harga pun okay tak cekik darah jadi apa kata kita orderrr.....



Nak order kena cepat-cepat sebab selling fast ! I tanya hari selasa, delivery tinggal untuk hari khamis je sebab hari lain semua dah full. Nasib baik sempat tau.






Tara ! Dah lama nak merasa lemang periuk kera ni baru harini dapat tsktsk. Maafkan kedudukan garfu dengan sudu yang tak ketahuan tu. I minta delivery terus dekat office so I jadikan makanan lunch. Yang macam I ambil ni ada rendang ayam dan 4 biji lemang periuk kera. Harga dia RM10 sahaja ! Sumpah murah dari yang lain. ke I yang tak jumpa lagi murah I tak tau.....


Rendang ayam


Lemang periuk kera



Tapi bagi I berbaloi sangat. Rendang ayam dia banyak, I dapat bahagian isi yang banyak so memang puas makan dengan lemang. Rendang dia pun sedap, cukup rasa. Lemang pun sedap. Rasa macam lemang......... hahahaha. Rasa dia sama je macam lemang biasa I rasa......... tapi mungkin special sikit sebab dalam periuk kera???  Lemang dia pun sedap, cukup masak, cukup rasa lemak masin. Nice ! I makan dengan hati yang gembira. Kenyang sampai petang makan sorang hahaha. Selalu duduk office kalau pukul 3 tak lapar tak sah. Mesti nak mengunyah. Ni okay pulak I kenyang sampai waktu balik.



Orang JB boleh la order lagi-lagi area Skudai. Rasa nak order lagi tau ! Delivery caj rm5 dan tak ada minimum order. Kalau order banyak pun I rasa berbaloi beli tsktsk nak order lagi la sebab Aiman tak rasa lagi hahaha. Kalau nak order boleh la contact no 011 1086 6030. Facebook : Habsah Essa 







Lemang Periuk Kera?

Asyik makan makanan berat je, kali ni I nak cuba Big Bowl Ice. Big Bowl Ice ni ada banyak outlet di Johor Bahru terutamanya. Dekat dengan office I ada satu, office lama ada satu dan yang terbaru di Bandar Baru Uda. Dekat sangat dengan rumah !



I pergi masa baru-baru bukak, lepastu pergi hari sabtu pulak tu. Memang ramai laa orang. Dengan dekat area Angsana ada event. Pening tengok ramai sangat orang ni tapi dah alang-alang nak sampai, pergi jela.






Ikutkan perut lapar sebab baru balik dari Pekan Nanas tapi rasa nak basahkan tekak dengan benda sejuk jadi kita makan Big Bowl Ice dulu. Big Bowl Ice dekat BBU ni sebelah dengan Eat & Repeat je. Boleh baca entry Eat & Repeat I dekat sini. Kalau nak tengok alamat lokasi lain boleh check Facebook diaorang okay.



Sebab kan ramai, kedai yang I rasa besar pun terus jadi sempit dan sesak hahaha tapi I masuk kedai je terus dah dapat tempat duduk depan kaunter sambil tu tengok diaorang buat ice bowl.



Ini menu yang I sempat tangkap gambar. Yang buat tak sempat tu sebab I malas….. hihi










Pertama kali nak rasa Big Bowl Ice ni, tak tahu nak order yang mana. Order based on apa yang nampak sedap je. Baca menu pun sekali imbas je lepastu tak tau yang ada dua jenis ice tak silap I. Satu macam ais biasa kisar tu satu lagi macam bersusu hahaha.



Bila dah sampai apa yang kiteorang order macam woooowwww boleh habis ke ni berdua je










Kiteorang pilih perisa mango. Rasa boleh tahan sedap dan manis tapi bukan jenis shaved ice bersusu tuuuuu. Ni ais biasa je tsktsk so agak plain walaupun ada sos mango dia letak sekali. Harga untuk bowl ni dalam RM18 tak silap I. Bowl dia memang besar sesuai makan 3,4 orang. I makan berdua dengan Aiman, tinggal sikit je kot tak habis.



Makan slow-slow dan sembang confirm cepat je habis. Selain big bowl ice ni ada jugak makanan goreng-goreng yang lain seperti nugget, waffle macam tu. I tak ingat apa ada tapi makanan ringan-ringan jela. Saiz untuk setiap menu pun ada beberapa jenis so boleh pilih nak yang mangkuk kecil sikit, mangkuk sederhana atau besar sangat. 



Lepastu pergi tapau meggi goreng mamak dan mee goreng mamak dekat kedai mamak belakang tu sebab I lapar makanan berat.






Big Bowl Ice
Facebook : Big Bowl Ice
56, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru
(Nearby Mydin / Chamek Kopitiam / Kafe Eat & Repeat) 
016-7226185 / 012-3399894
12pm-12am daily 





Big Bowl Ice

Cleanser ataupun pencuci muka memang penting dalam skincare routine. Cleanser berfungsi untuk menanggalkan kotoran, minyak dan benda-benda yang tidak diperlukan atas kulit. Selain itu membantu juga untuk menanggalkan sel kulit mati. Sebelum ni memang I pentingkan pencuci muka. Kalau malas buat skincare routine yang panjang berjela tu pun, paling kurang I cuci muka guna pencuci muka sahaja.



Dari tidur dengan muka kotor dengan bakteria, pencemaran udara tuuu eiii I tak sanggup. Dulu I tak pentingkan pun jenis pencuci muka yang I guna. Guna je apa yang I nak sebab bagi I pencuci muka tu untuk hilangkan kotoran je kan? Tapi sebenarnya tak. Pencuci muka pun memberi kesan pada kulit. Bila I baca lebih mendalam mengenai rutin kecantikan kulit ni banyak benda lagi I tak tahu….



Contohnya pencuci muka jenis gel sebenarnya sesuai untuk kulit jenis apa. Kalau pencuci muka foam lebih sesuai untuk kulit berminyak. Gitu. I pun tak pernah tahu yang ada jenis kulit tak sesuai pakai sesetengah jenis pencuci muka. Jadi pilihan I, kalau nak beli pencuci muka, pilih yang sesuai dengan semua jenis kulit sebab Aiman suka kongsi pencuci muka I. Kalau korang tak tahu lagi, lelaki pun boleh pakai produk penjagaan kulit muka perempuan okay. Bukan lelaki kena pilih produk lelaki sahaja -.-








Kalau korang ada baca entry I, Tips Liang Pori Lebih Bersih Dengan Hansaegee Nature, I tengah pakai pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser dalam rutin penjagaan kulit muka I. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni Original Made in Korea. Korang pun tahu kualiti produk dari Korea ni tahap macam mana kan? Memang berkualiti dan terbukti berkesan. I pakai start dari bulan 8 haritu, sekarang dah nak habis bulan 10. Pencuci muka I pun nak habis.



Tahan dua bulan je?? TAK. Ikutkan mungkin boleh tahan 3-5 bulan bergantung kepada berapa kerap dan banyak mana korang pakai. Tapi disebabkan I pakai berdua dengan Aiman, cepat la habis. Itu pun dua tiga hari lepas Aiman baru tanya I nak beli dekat mana pencuci yang kita tengah pakai tu sebab dah nak habis. Ikutkan Aiman tak rajin pun nak kisah kalau pencuci muka habis sebab stok pencuci muka I banyak. Lepas habis yang ini boleh je pakai yang lain. Tapi dia sibuk nak beli yang ini jugak. Kalau korang nak tahu dekat mana boleh beli tunggu entry I sampai habis okay.









Bagi I harga dia memang berbaloi dengan kesan dan isi produk yang kita dapat. Tahan lama pun ya. Hansaegee Nature pun selalu buat promosi dan kombo yang semestinya lagi murah dan berpatutan.



Repurchase? Mesti la. I suka tahap pembersihan pencuci muka ni.



Before



Kesan pencuci muka ni pada kulit I, kulit lebih bersih dan licin. Korang boleh tengok gambar muka I jerawat kemain banyak. Tapi lepas rajin cuci muka bagi bersih bebetul dan skincare pun I rajinkan diri, kulit muka dah banyak gila berubah. Sekarang mungkin tinggal parut sikit yang I kena treat. Kulit muka I pun rasa bersih dan licin dari sebelum ni.









Cara I pakai macam biasa je. Guna dua kali sehari pagi lepas bangun tidur dan malam sebelum nak tidur punya skincare rutin. I biasa guna satu pump je untuk satu muka sebab buih dia banyak dan bila campur air bertambah berbuih-buih. Sebab buih dia lembut, tak rasa kasar atau tegang pun pada kulit. Urut je buih pencuci muka ni dengan lembut pada kulit. Tak terlalu lama dan tak terlalu kejap. Lepastu boleh la bilas guna air biasa.



Aiman pun sama. Kulit muka dia lagi la jenis berminyak. I yang jenis kombinasi ni pun dah rimas kalau berminyak dekat sesetengah area, yang jenis berminyak apetah lagi. Aiman kalau dia suka mesti dia puji-puji termasuk la pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Jerawat dia bukan makin kurang, tapi dah tahap tinggal parut jerawat je. Peningkatan yang bagus. Aiman bukan buat skincare rutin pun, dia cuci muka je.






Kadang-kadang je kalau I rajin sikit I buatkan skincare routine yang lengkap. Kalau tak memang dia cuci muka dengan Bubble Cleanser ni jela. Sebab tu siap tanya dekat mana nak beli. Kalau korang pun nak beli sekali boleh singgah semua media social dan website di bawah okay.




Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Membantu Mengawal Jerawat

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.