Ayam dan Burger Korean Marrybrown

Bulan ni banyak sikit entry makan dan mencuba makanan baru sebab I malas nak masak. Mood malas nak masak dah sampai. Dekat office pun selalu I bawak bekal je untuk lunch tapi dah dua minggu berturut keluar makan luar dengan officemate lololol. entah berapa banyak duit dah membazir. I sebenarnya lagi suka kalau buat bekal je tapi bila dah mengandung ni mood kadang-kadang ya Rabbi cepat betul bertukar, beralih arah -.-






Jadi bila masa Aiman hantar ambil balik office pening jugak la fikir nak makan apa. Nak balik masak memang NO. Penat balik kerja lepastu lapar lepastu kena masak, No. Sekarang je no ehh sebab mood tak ketahuan masa mengandung. Sebelum ni elok je balik kerja gigih I masak dinner setiap hari haha.


Kita try menu terbaru Marrybrown. I sebenarnya tak tau pun MB ada menu baru. Aiman yang rajin godek Facebook lepastu jumpa iklan dia. 






Pertama kali jugak I makan MB dekat Paradigm Mall. Biasa makan benda lain je. MB Korean Sensasi Ayam Terhangat ni ada dua jenis. Satu Kombo Kepak Ayam Terhangat, kedua Kombo Burger Ayam Terhangat. Dua-dua I try. Gambar kemain nampak menyelerakan, kita rasa sikit berselera ke tak....


Kotak Kombo Burger Ayam Terhangat


Kombo Burger Ayam Terhangat


Kombo Burger Ayam Terhangat





Tadaaa... Ini la Kombo Burger Ayam Terhangat. Roti dia special warna macam merah pink sikit. Roti lembut. Isi dia ada ayam, sayuran salad, sos semua. Rasa sedap, boleh tahan la ada rasa pedas sikit. Isi ayam dia pun rangup. Bagi I boleh la kalau nak beli lagi sekali nanti.



Set kombo ni didatangkan dengan kentang goreng kimchi. Kentang goreng kimchi ni sama jugak ada dalam set ayam. Bagi I rasa kentang dia masin sikit kalau bahagian yang banyak sangat kena serbuk kimchi tu. Bahagian yang tak kena serbuk tu tak ada rasa pulak -.-  



Menu kedua, Kombo Kepak Ayam Terhangat.






Ayam ni I tak berapa berkenan sangat. Yes nampak sedap, warna berkilat memikat, rangup tapiiiii tak pedas langsung. Rasa manis semata. Yang jenis suka manis macam Aiman ni suka la makan. Tapi Aiman pun cakap I punya ayam korean lagi sedap hihihihi. Kalau nak rasa sekali boleh laaa tapi nak makan lagi no. Tak suka.


Baik I buat sendiri kat rumah yang manis pedas-pedas sedap sikit.



Close up sikit kentang kimchi.


Okay tu je review I hahaha. Dah siap buat review dekat twitter sebenarnya. Blog lambat sikit. Follow la twitter I @airahsyahirahhh.




11 comments

  1. Scroll laju2..kang terjebak..mana nak carik Marry Brown kat KL ni ha...macam x pernah jumpa je..kat Seremban ada la satu..lama dah x makan marry brown

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kena try jugak kak SA. kalau sesuai dengan citarasa mesti suka

      Delete
  2. tekak tak boleh terima kimchi so kena reject awal2 la kentang kimchi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah memang suka kimchi. tapi kalau jumpa yang tak sedap tu tak makan pun hihi

      Delete
  3. ler ayam tak sedap eh.. baru nak try..

    btw, tahniah airah.. bila due?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa tak sesuai dengan citarasa airah jee.akak pergi la try dulu hahaha. whatsapp2

      Delete
  4. nampak macam sedap je ni...Banyak kelainan burfger baru ni..ingat nak try la

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la try tengok sesuai dengan tekak ke tak.airah suka burger diaaaa

      Delete
  5. dah lama saya tak pergi marrybrown. lepas ni boleh lah singgah marrybrown semula. nampak menarik je roti merah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jummm. kena try, airah bab korean2 ni memang wajib try hahaha

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.