Resepi Apam Mudah dan Ringkas

Dah lama I simpan Resepi Apam Mudah Dengan Tiga Bahan Ringkas ni dalam draft baru harini sempat nak post hihi. Haritu macam teringin sangat nak makan apam tapi biasa la rumah I bukan ada banyak bahan nak membuat apam pun. Google cari resepi paling senang di dunia jumpa la resepi apam yang senang sangat nak buat, guna tiga bahan je.


Bahan yang digunakan pun memang dah sedia ada dekat dapur jadi apa lagi sebab dah teringin, rajin la nak buat. Credit (Rasa




Boleh tahan gebu apam ni cuma masa I nak keluarkan apam, tak sabar tunggu sejuk jadi susah la nak dikeluarkan. Apam melekat dekat bekas.






Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
4 biji telur



Cara :





1. Pukul telur dan gula sampai kembang. Agak agak je dah kembang ke belum hahaha. 
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. I tak ayak tepung sebab tak ada pengayak tepung tuuu entah bila nak beli.
3. Kalau ada pewarna boleh la masukkan beberapa titis pewarna nak bagi apam nampak menarik. I masukkan esen vanila sikit. Lepastu bahagi kan kepada dua. Satu warna original, satu lagi warna hijau perisa pandan sebab itu je yang adaaaa.


Sorry comot !


4. Dah siap boleh tuang dalam acuan. I guna acuan yang datang sekali dengan kukus I. Kalau tak ada acuan macam ni guna la apa yang ada, bekas cupcake ke, bekas aluminium.


5. Kukus lebih kurang 20 minit. I guna kukus elektrik mak mertua I bagi. Bila ada benda tu senang dan cepat je nak mengukus. Bukan boleh kukus je, buat kek pun boleh. I pernah buat ikan stim dan puding karamel guna pengukus ni.


Dah siap boleh hidang. Nak senang check dah masak ke belum, cucuk bahagian tengah apam guna batang lidi or garfu, kalau tak melekat maksudnya dah masak.




5 comments

  1. Wuhuuuu sodapnyaaaa! nak sikitt haaha

    ReplyDelete
  2. senang.. 3 bahan je dah boleh makan apam. boleh cuba nanti ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la memang nak buat resepi paling senang so jimat masa

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.