Blog Performance August 2018

Lamanya tak ada entry baru dekat blog. I rasa beberapa bulan ni mood nak berblogging agak suram. Sebab dia memang I dah tahu dan tak boleh elak ! Kalau nak elak mood suram malas macam ni kena kumpul kekuatan macam sekarang. Mood kena stabil kalau tak, tak sampai satu ayat nanti terus tak ada mood dah.


Sebenarnya dari dua bulan lepas nak update setiap bulan macam mana dengan prestasi blog sendiri tapi berniat jela kerja nya tak jalan pun. Dah siap dah semua gambar tapi entry tak taip-taip sampai la sekarang baru ada mood. I tengok prestasi blog berdasarkan google analytics sebab rasanya semua pv, uv blogger lain diaorang refer pada google analytics ni. I pun tak berapa pandai lagi tapi basic macam tu tahu la mana nak refer kan.



Blog performance bulan August.



Blog performance bulan July.



Untuk bulan ogos nampak la peningkatan unique visitor dari 19k ke 21k. Okay la tu meningkat kan. Page view pun sama meningkat dari 21k ke 24k. Tapi bab bounce rate tu kira dah tahap nazak sangat. I dari haritu duk google macam mana nak rendahkan bounce rate tapi macam tak berjaya je. Mungkin tak gigih sangat ikut tips kot. Siapa ada tips nak rendahkan bounce rate tolong share dekat komen box please.






Post entry dekat blog memang berhabuk sangat. Bulan ogos 3 entry je hahahaha serius mood ke laut dalam nun. Bulan july okay lagi 13 entry. Harap sangat bulan september ni mood kembali seperti biasa sebab memang macam-macam benda nak share dalam blog ni. Gambar, draft semua dah siap tapi tunggu mood nak menaip entry penuh je hhehhhhh....





Search keywords blog I memang selalunya penuh berkaitan kecantikan, beauty related. Kalau nak guna sesuatu produk tu memang I nasihatkan baca banyak review yang orang lain dah pernah pakai okay sebab kadang dari situ kita boleh agak sesuai ke tak produk tu dengan kulit kita. Kadang kena beli sendiri baru tahu sesuai ke tak. Yang penting baca review berbaloi ke tak beli dan tengok bahan yang digunakan sesuai atau tidak.



Kalau nak baca entry review produk kecantikan I boleh guna search box dekat belah kanan tu atau pergi dekat archive blogpost okay. Semua produk kecantikan macam cleanser ke serum ke mask ke, semua la I memang akan pakai dulu then baru buat review. I bukan selalu dapat review berbayar pun so kebanyakkan produk I beli sendiri dan buat review sendiri. I memang minat nak cuba semua produk kecantikan pun haha. Banyak lagi review produk tertangguh ni.






Ni pula ranking Alexa blog I. Sebelum-sebelum ni dah check tapi tak ingat pulak rank ke berapa jadi tak dapat nak compare. Compare dengan next month punya la.



Memang banyak lagi benda yang kena I tingkatkan untuk blog I. Cara penulisan pun mungkin kena banyak improve lagi bagi orang senang baca kan? Korang ada tips atau komen tak untuk blog I?







3 comments

  1. Power! As how to reduce bounce rate I also have no idea how to lower it lol.

    ReplyDelete
  2. tinggal lama pn tapi masih maintain. ok la tu hehe

    | blog aimanabdullah |

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.