Dah lama I simpan Resepi Apam Mudah Dengan Tiga Bahan Ringkas ni dalam draft baru harini sempat nak post hihi. Haritu macam teringin sangat nak makan apam tapi biasa la rumah I bukan ada banyak bahan nak membuat apam pun. Google cari resepi paling senang di dunia jumpa la resepi apam yang senang sangat nak buat, guna tiga bahan je.


Bahan yang digunakan pun memang dah sedia ada dekat dapur jadi apa lagi sebab dah teringin, rajin la nak buat. Credit (Rasa




Boleh tahan gebu apam ni cuma masa I nak keluarkan apam, tak sabar tunggu sejuk jadi susah la nak dikeluarkan. Apam melekat dekat bekas.






Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
4 biji telur



Cara :





1. Pukul telur dan gula sampai kembang. Agak agak je dah kembang ke belum hahaha. 
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. I tak ayak tepung sebab tak ada pengayak tepung tuuu entah bila nak beli.
3. Kalau ada pewarna boleh la masukkan beberapa titis pewarna nak bagi apam nampak menarik. I masukkan esen vanila sikit. Lepastu bahagi kan kepada dua. Satu warna original, satu lagi warna hijau perisa pandan sebab itu je yang adaaaa.


Sorry comot !


4. Dah siap boleh tuang dalam acuan. I guna acuan yang datang sekali dengan kukus I. Kalau tak ada acuan macam ni guna la apa yang ada, bekas cupcake ke, bekas aluminium.


5. Kukus lebih kurang 20 minit. I guna kukus elektrik mak mertua I bagi. Bila ada benda tu senang dan cepat je nak mengukus. Bukan boleh kukus je, buat kek pun boleh. I pernah buat ikan stim dan puding karamel guna pengukus ni.


Dah siap boleh hidang. Nak senang check dah masak ke belum, cucuk bahagian tengah apam guna batang lidi or garfu, kalau tak melekat maksudnya dah masak.




Resepi Apam Mudah dan Ringkas

Alhamdulillah tak sangka terpilih sebagai salah seorang Althea Angels. I memang excited sangat bila projek bab kecantikan ni. I tengok ramai juga la blogger yang I kenal dari alam maya ni terpilih sebagai salah seorang Althea Angels. Tahniah !



I je yang lambat sangat update pasal ni padahal dah lama dah tahu. Banyak sangat benefit yang akan diperoleh bila jadi salah seorang Althea Angels dan I pun tak sabar nak share dengan pembaca blog I hihi.





Salah satu hadiah yang Althea Angels dapat ialah Welcome Gift Box. Welcome Gift Box ni bersempena dengan ulangtahun Althea yang ke tiga. Sebelum ni memang I tak pernah beli skincare atau makeup dengan Althea tapi awal-awal dah daftar dekat website dia. Selalu jugak  singgah tengok skincare semua tapi tak beli beli. Paling I suka dia punya konsep semua warna pink termasuk la kotak parcel tu pun warna pink !



Lepas ni memang kerja kumpul kotak pink Althea jela hihi. 





Semua barang yang ada dalam Welcome Gift Althea Angels. Tengok la warna dia semua pink pastel warna lembut so sweet geram I. Rasa sayang nak guna semua sebab comel !





Benda pertama yang ada ialah pink pouch. Pouch ni boleh tahan besar jugak. Boleh guna nak letak makeup dan boleh muat banyak benda. I balik kampung memang guna pouch ni untuk letak makeup. Boleh la muat mascara, eyeliner, bb cushion, primer, lipstik beberapa batang, lipbalm, dan banyak lagi.



Tote bag Althea Turns 3. This one pun cute je design dia. I guna bawak pergi office letak lappy, charger, dan barang lain. (Rujuk gambar kedua untuk tote bag)





Yang warna putih ni cermin. Cermin ni tak besar sangat tak kecil sangat. I dah lama nak cermin yang boleh pegang macam ni simpan dalam handbag. Finally...... Senang kalau nak check muka ada apa-apa yang tak kena ke, ada makanan terlekat celah gigi ke, lipstick masih ada ke, keluarkan je cermin dan tengok la diri sendiri.






Paling excited nak cuba ialah Daily 10-second wash-off mask ni. Ada dua jenis iaitu rose dan green tea. Dua-dua I dah guna dan tak sabar nak share full review dekat entry seterusnya jadi tunggu okay.





Seterusnya yang macam paper dalam gambar atas tadi ialah miniature DIY Birthday Book Box. Comel ! Boleh jadi deko untuk meja I.


I tak sabar nak share lebih banyak projek dan kolaborasi dengan Althea. Kalau nak shopping di Althea boleh ke Althea.kr

Althea Angels | Welcome Gifts Box

Harini I nak kongsi resepi Buttermilk Chicken Ayam Crispy. Ini cara I buat buttermilk chicken la. Dah berapa puluh kali buat dan tengok macam-macam resepi, dah boleh agak sendiri nak rasa yang macam mana, kalau nak rasa lebih berlemak macam mana hihi


I suka masak ayam buttermilk ni sebab senang sangat nak buat ! Campak je bahan-bahan semua dah siap. Kalau tak tahu nak masak apa pun I akan masak je buttermilk ni. Kadang-kadang stress juga bila fikir nak makan apa harini, esok, lusa. Aiman pun kadang membantu juga bagitau apa dia nak makan, kadang tu dia pun tak tau nak makan apa……


Jadi mari mulakan Resepi Buttermilk Chicken yang mudah. 






Bahan goreng ayam :

Ayam bahagian isi
Tepung goreng ayam
Telur


Cara :
Bersihkan ayam dan potong kecil.
Celup ayam dalam telur dan kemudian dalam tepung pula.
Kalau nak lebih crispy I suka buat celup telur, celup tepung, celup telur lagi, last celup tepung.



Sebab I suka ayam tu crispy rangup dan banyak tepung I selalu buat dua kali salutan telur dan tepung. Aiman pun suka macam tu juga so bergantung pada citarasa masing-masing okay. Untuk ayam biasa I memang ambil bahagian isi. Senang nak potong kecil. I akan potong sampai jadi macam ayam popcorn tu.



Kalau tak ada tepung goreng ayam yang biasa I akan guna tepung gandum tambah serbuk perasa sikit, lada hitam sikit, serbuk cili sikit. Ikut la kreatif masing-masing hahaha setakat ni sedap je bila guna tepung gandum sebab tepung goreng ayam dah habisss.



Bila ayam dah goreng siap, ketepikan.



Untuk kuah buttermilk pula.




Bahan kuah Buttermilk :
Bawang putih dicincang
Daun kari
Butter
Susu cair
Cili padi 


Untuk bahan kuah dia I tak ada sukatan sebab selalu sukati je nak masuk banyak mana hahaha. Sebab makan pun berdua sahaja tak ada nak buat banyak jadi senang nak anggarkan. Kalau tak reti nak agak boleh la tengok gambar bahan-bahan I then anggarkan sendiri…..


Cara :

  1. Cairkan butter. I suka butter banyak.
  2. Masukkan bawang putih. Dah garing sikit baru masukkan cili padi dan daun kari. Kacau.





3. Kemudian masukkan susu cair. Kalau tak ada susu cair boleh masukkan susu segar. I tak pernah lagi cuba kalau masukkan air kosong…. Mungkin kurang rasa berlemak.




4.  Nak pekatkan kuah buttermilk boleh masukkan tepung jagung yang dah campur dengan air.

5.  Rasa la nak tambah garam ke, nak lebih pedas tambah serbuk cili ke.


I suka pedas so selalu akan tambah serbuk cili. Bila pedas kurang rasa muak.


Yeah dah siap. Boleh hidang. I biasa tak campurkan sekali kuah buttermilk dan ayam. Letak bekas asing. Dalam pinggan nak makan nasi baru campur sendiri sebab tak suka ayam tu rasa lembik dalam kuah hahaha. Sorry gambar selepas Siap tak ada sebab lapar dah nak makan.






Resepi Chicken Buttermilk

Entry kali ni I nak share topik yang mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang. Tapi bukan apa pun I nak share haha. Nak kongsi review dan pengalaman I guna produk pembersih kewanitaan Sumber Ayu. Kalau yang tak ada idea apa itu pembersih kewanitaan, sabun atau cecair pencuci untuk cuci bahagian intim anda.





Sebelum itu I nak kongsi satu info yang I banyak baca dekat media social akhir-akhir ni mengenai kesan penggunaan cecair pembersih kewanitaan. Doktor tidak menggalakkan penggunaan pembersih ni sebab menggangu ph kulit dekat bahagian tersebut dan yang paling utama bahagian tersebut mampu membersihkan sendiri. Macam self-cleaning.



Walaupun ada self-cleaning tapi kita kena juga cuci bahagian tersebut. Cara nak cuci pula guna air bersih yang banyak dan gosok la perlahan sampai puas hati. Jangan beriya tonyoh pula.



Kenapa I masih gunakan Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu ni?







I bukan selalu guna pun. I akan guna bila rasa yang sangat tidak selesa pada bahagian tersebut contohnya bila baru lepas workout, berpeluh banyak dan bila dah seharian dekat luar. Masa period pun kadang-kadang pada hari awal tu I guna juga. 



Bagi kulit I setakat ini tak ada kesan iritasi gatal-gatal bila guna produk ni. Masalah keputihan pun tak ada tahap teruk jadi I rasa okay nak guna produk ni hanya bila diperlukan. Bukan guna setiap hari tau.



I start guna produk Sumber Ayu ni dari zaman belajar lagi tapi bukan setiap kali habis I beli. I boleh kira dan ingat lagi dah berapa botol guna sebab tak banyak ! Kalau rasa nak beli baru beli hihi. I pernah cuba jenama lagi satu selain Sumber Ayu tapi I lagi suka yang ini sebab harga dia murah dan tak ada kesan alahan ke gatal ke apa.



I suka beli yang botol warna pink sebab warna favourite I haha. Untuk botol pink ni mengandungi wangian rose. Tak silap ada botol warna hijau dan biru juga. Pembersih ni dari ekstrak daun sireh tapi campur dengan rose sekali.




Image result for daun sireh stock photo


Kalau korang risau nak pakai apa-apa pembersih kewanitaan tapi nak cari alternatif untuk cuci bahagian tu boleh rebus daun sireh sendiri je dekat rumah. Air rebusan tu buat cuci. Tapi agak leceh sebab mana nak cari daun sireh sendiri……. Dulu masa opah I tinggal dekat kampung memang ada la pokok daun sireh dan daun dia memang lebat. Best je kalau nak kutip. Sekarang opah pun dah tinggal dekat bandar haha.






Tekstur dia pula cair macam air dan tak ada warna. I akan letak dekat tapak tangan dan bagi ada buih sikit baru guna. Tapi dia macam tak ada buih sangat pun. Untuk kulit I tak ada kesan kering sebab I tak sabun lama-lama. Semua bergantung pada jenis kulit masing-masing okay.



Botol dia pula bentuk cantik dan senang nak pegang tapi tak silap ada satu saiz sahaja dan agak besar kalau nak bawa travel. Tapi I ada satu masalah bab nak bukak botol tu. Susah gila. Sakit jari nak cungkil penutup dia. Selalu I tak tutup rapat jadi senang nak bukak semula nanti.



Kalau korang ada tips or pesanan yang korang guna untuk menjaga bahagian keintiman korang tu share dekat komen box okay I pun nak tahu juga. Nanti boleh I kumpul tips untuk menjaga bahagian kewanitaan next entry.



Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu

Hai, dah lama rasanya tak menaip entry makan-makan. Sama ada makan benda yang sama berulang-ulang sampai tak ada modal nak update blog atau tak sempat nak tangkap gambar makanan, semua makanan dah lesap haha. Jadi harini punya entry nak update pertama kali I singgah Family Mart. Orang yang duduk kawasan KL dengan Selangor mesti dah kenal sangat dengan Family Mart.


I yang duduk jauh di selatan ni mana nak cari Family Mart dekat sini tsktsk. Mohon Family Mart cepat cepat buka cawangan dekat JB ni. Lepastu bila dah buka cawangan tu buka banyak sikit. Kalau buka satu je confirm setahun baru habis beratur nak beli makanan.






Ikutkan plan nak singgah Family Mart masa otw nak balik dari kenduri cousin I dekat Kajang. Tapi disebabkan rush nak hantar anyah naik bas so masa otw nak balik JB baru la dapat singgah. Itu pun macam berbelah bahagi nak singgah ke tak. Waze cawangan mana paling dekat dengan highway hihi


I pergi cawangan yang dekat dengan Uitm Shah Alam tak silap. Niat nak merasa ice blend frappe dia tapi nan hadoooo. Masa tu tengah promo lepastu pergi yang cawangan dekat dengan ramai student pulak memang cepat la habis kan. Sedih tak dapat merasa lagi. Tengok semua orang update air tu sedap la itu la ini laa I pun mesti la nak jugak !


Tapi sebab dah tak ada sila move on. Hujung bulan ni nak balik Perak boleh singgah mencari lagi hihihi





Jadi apa je yang I rasa dekat Family Mart ni mesti la wajib beli soft serves ice cream dia. I beli perisa matcha dengan melon sebab dua tu je yang ada. Dua minit keluar kedai tak sempat nak tangkap gambar ice cream dah cair macam asdfghjkl. Cepat gila cair ! Nak makan pun dah badmood sebab ice cream duk menitik dekat tangan eii. I dah la tengah rimas dan cepat rimas sekarang jadi I makan mana yang I nak lepastu suruh Aiman buang sebab I dah badmood hahahhahhh


Muka Aiman dah macam seriously nak buang......... Jadi Aiman pun cepat cepat habiskan ice cream dia dan sambung makan ice cream I. The end.









Lepastu I beli strawberry sando dia. Itu nama yang tertulis dekat packaging haha. I tak tau sando tu apa dah google pun macam tak faham..... Yang ni macam sandwich cake. Cake dia lembut gila dan sedap makan sesejuk. Strawberry tu pun bukan hiasan dekat tepi je sebab bahagian dalam pun ada strawberry jugak. Yummy !


Masa dalam kereta sempat makan satu bahagian tu je sebab ingat lagi satu makan nanti la tak lapar lagi. Last-last dah sampai rumah tinggal je dalam kereta....... Masa Aiman nak ambil I dari kerja baru perasan tertinggal. So bye-bye





Lagi satu ni pun sama favourite Aiman, chocolate mousse. Rasa dia pahit tapi sedap. Bahagian atas tu white chocolate tak silap I, lepastu layer tengah tu yang pahit coklat, bawah macam lapisan kek. 





Last sekali adalah set oden ni. Wajib beli ! I ambil yang fish cake set lepastu tambah la benda benda lain. Odeng yang macam panjang tu memang tak ada laa dah habis padahal itu yang paling nak rasa sekali -.- semua nak habis pun. Kuah tomyam dia memang sedap dan rasa nak makan lagi....... Dekat Perak pun ada kedai jual oden macam ni tapi tak sempat nak rasa lagi. Tolong buka Family Mart dekat Perak jugak.


Kalau korang ada menu favourite dekat Family Mart ni share dengan I okay nanti nak rasa jugak hahaha. Yang Hungry People ala-ala Family Mart jugak pun kena pergi. Siapa dah pergi?








Bila nak buka Family Mart dekat negeri lain?


Terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama selalu buatkan kulit I rasa kotor, gatal dan tak selesa. Walaupun keluar berjemur matahari sekejap je masa lunch hour pun dah boleh buat kulit tak selesa dengan persekitaran dekat luar tu. Udara dekat luar bukan bersih sangat sekarang. Macam-macam benda kotor seperti asap boleh masuk dalam liang pori dan menyebabkan jerawat.



Lagi satu bila lama sangat dalam aircond dan aircond kuat pun boleh buat kulit I rasa berminyak. Walaupun kulit I jenis kombinasi normal dan oily, bila part dia nak oily tu rimasnya ! Balik kerja memang kena cuci muka betul-betul bagi kotoran hilang.



Macam I cakap tadi bila liang roma dah tersumbat dengan udara, asap kotor boleh menyebabkan jerawat naik dengan jayanya. Tapi ada jugak kes dah cuci muka elok-elok tapi jerawat masih ada. Mungkin pencuci muka tak cukup cuci muka dengan mendalam, pada permukaan sahaja. Jadi memang banyak produk pembersihan muka kena guna kalau nak kulit muka bersih sampai ke dalam liang pori.





Korang boleh cuba Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser untuk pembersihan pori secara mendalam. Secara ringkasnya Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser membantu

· Mengawal sebum dan minyak
· Melembap
· Berbuih
· Bernutrisi
· Membersih pori secara mendalam
· Melembutkan kulit
· Menanggalkan sel kulit mati
· Menghaluskan pori





Produk : Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Kegunaan : Pencuci muka
Jenis : Buih lembut
Isi : 150ml, size 5.29 fl.oz






Bahan
Bahan utama dalam Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni ialah aloe barbadensis leaf juice, tea tree leaf oil, anthemis nobilis flower extract, borago officinalis extract, jasminum officinale extract, lavandula angustifolia extract, mentha arvensis leaf extract, rosmarinus officinalis extract, salvia officinalis leaf extract and thymus vulgaris extract.



Korang boleh google satu-satu bahan dia untuk tahu ada fungsi bahan tersebut dalam skincare okay. Tapi kebanyakkan bahan I dah tahu apa fungsi dia dan memang digunakan secara meluas dalam proses pembuatan sesetengah produk kecantikan.





Contohnya, aloe barbadensis leaf juice tu. Entry blog I sebelum ni ada cerita I memang tak sesuai pakai aloe vera lagi-lagi yang jual 100 peratus aloe vera dah siap dalam tub tu. Memang tak sesuai kulit jadi bengkak dan gatal. Kalau ambil sendiri dekat pokok, okay je. Aloe leaf juice ni membantu melembapkan dan membersihkan kulit, merawat acne, melegakan sunburn, anti-inflammation dan mengurangkan spot mark.








Tea tree leaf oil pula memang favourite I untuk melawan jerawat. I suka pakai produk yang ada tea tree. Tea tree boleh membantu merawat jerawat, mengurangkan jangkitan, anti fungus dan membersihkan kulit. Kalau ada jerawat memang cepat-cepat I sapu tea tree oil. Tapi bila dah pakai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni tak payah risau sangat pasal jerawat.





Packaging
Untuk packaging dia didatangkan dalam kotak. Kotak tu dah siap balut bubble wrap kemain tebal lagi jadi tak payah risau barang terpecah ke terbukak ke apa masa dalam proses penghantaran.




Botol Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni best sebab jenis pump terus keluar buih dia. Nak tutup senang nak buka pun senang. Ada sesetengah penutup pencuci muka susah sangat nak bukak dan tutup.




Tekstur dan bau
Macam yang I cakap tadi bila pump botol tu keluar terus buih. Bukan cecair atau gel atau krim hahah. Buih dia best sebab ringan dan lembut sangat pada kulit. Macam tak pegang apa je dia punya lembut tu. Kalau nak buat drama tiup buih memang senang la dia berterbangan sebab ringan.




Bau dia pula tak ada bau busuk atau bau yang tak menyenangkan hidung. Bau macam tea tree oil tu, bau dia lembut je macam bau herba ke bau pokok macam tu. Lembut sangat bau dia, kalau bau dekat hidung baru ada. Bila cuci muka tak ada bau apa-apa pun.




Cara guna
Cara nak guna Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni macam yang disarankan. Pastikan muka dan tangan dalam keadaan basah jadi bila guna buih ni makin meriah bubble dia. Pump botol tu dalam jumlah yang mencukupi atas tangan. Urut muka dengan buih dalam circular motion. Basuh dengan air suam.





Cara I pun sama je hihi. I guna satu pump je itu pun dah cukup untuk satu muka. Memang jimat la macam ni lambat habis. Lepastu buih dia urut la dekat muka yang basah atau lembap. Nanti tetiba buih tu jadi banyak so memang cukup satu pump untuk muka I. Kemudian cuci macam biasa.


Kalau nak lagi best boleh steam muka dulu guna air panas bagi liang pori terbuka lepastu baru cuci muka guna pencuci muka. Confirm muka bertambah lembut !






Keberkesanan
Macam yang I bagi tahu dekat atas tadi, aloe buat muka I bengkak tapi tea tree oil pulak memang favourite I bila diserang jerawat. Bila pakai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni muka I memang rasa best sangat. Jerawat tak ada. Sebelum ni kulit I memang naik jerawat sebab hormon mengandung kot tapi lepas pakai pencuci muka ni slow-slow jerawat hilang dan tak ada jerawat baru pun.



Kulit muka rasa bersih dan licin lepas cuci muka. Tak ada rasa ketat pun. Sesetengah pencuci muka jenis buih buat kulit rasa tegang tak selesa tapi pencuci muka ni buat kulit rasa selesa dan lembap. Kadang kalau malas I tak sambung buat skincare lain pun, cuci muka je hihi nasib jerawat masih behave tak timbul-timbul. Kulit pun rasa segar. I pakai setiap pagi dan malam.



Kalau muka korang jenis kering, berminyak, sensitif dan ada acne, sel kulit mati dan ada blackhead dan whitehead memang I sarankan guna pencuci muka ni. Kulit I Jenis kombinasi normal dan berminyak serta kulit Aiman Jenis berminyak dan kering memang sesuai dengan pencuci muka ni. Sesuai untuk semua jenis kulit.





Untuk pembelian dan lebih info :



Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


TIPS LIANG PORI LEBIH BERSIH DENGAN HANSAEGEE NATURE

Bercuti ke Singapore memang antara salah satu wishlist I. Dah banyak dah I baca pengalaman trip orang lain yang bercuti ke Singapore. Semua ada pengalaman menarik tersendiri dan macam-macam tips yang dikongsikan. Paling best mesti la tips tempat menarik yang boleh dikunjungi di Singapore. Mungkin ada tempat- tempat menarik yang masih baru dan belum ramai lagi orang tahu. Lagi satu paling penting tips nak berjimat bila bercuti ni.



Bagi I paling penting masa bercuti dapat jimat a.k.a tak terlalu boros dan pada masa yang sama enjoy bercuti. Kadang orang bercuti tapi tak enjoy sebab risau terbelanja lebih. Pilihan I kalau nak lebih berjimat masa bercuti dengan Traveloka. Traveloka adalah pakar dalam perjalanan dan percutian. Kalau nak bercuti ke Singapore tu tempah je dengan Traveloka.








Bagi yang masih tak tahu apa itu Traveloka, Traveloka adalah “one-stop travelapp” yang menawarkan kemudahan perjalanan/percutian ke Singapore. I sukadengan laman web Traveloka ni sebab harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Setiap hari ada promo best dan ekslusif lagi-lagi untuk ahli Traveloka. Nak baca review pun senang dan banyak jadi boleh pilih ikut keselesaan diri sendiri.



Khusus untuk mereka yang berminat nak bercuti ke Singapore sama macam I, diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG.







Senang kan??? Lepas ni tak payah pening kepala nak fikir pengangkutan nak ke Singapore. Guna aplikasi Traveloka je. Jimat banyak.



Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID. Kalau korang plan nak bercuti bersama rakan-rakan boleh la ajak semua daftar dengan Traveloka sebab Traveloka sentiasa ada promo menarik untuk percutian dalam mahupun luar negara.



Kalau nak tempah flight senang je. Pergi ke laman web Traveloka dan tekan icon flight. Isikan dari mana nak ke mana, berapa orang penumpang, tarikh penerbangan dan jenis seat. Lepastu boleh la pilih masa yang bersesuaian dengan jadual percutian korang pada senarai yang dipaparkan. Selepas pilih penerbangan anda gunakan kupon “GOSG” macam yang I ada tulis atas tadi sewaktu pembayaran. Lepastu dah boleh dapat RM50 flat rate discount.







Yang I suka bila tempah flight dengan Traveloka, kita boleh jadualkan semula penerbangan kalau masa yang dipilih sebelum tu tak bersesuaian. Kadang ada masalah dan pekara yang tak dapat dielakkan, tak kan nak biar tiket burn macam tu je kan. Senang bila boleh reschedule semula. Tapi semua tertakluk pada polisi okay.



Bab pengangkutan dah settle. Lepas tu nak plan untuk tempat menginap pula. Bila dah plan siap-siap ni memudahkan waktu bercuti kita. Tak ada la kelam kabut nak cari semua benda last minit. Boleh bandingkan semua benda untuk lebih penjimatan. Dekat aplikasi dan laman web Traveloka turut menyediakan lebih dari 500 jenis hotel yang boleh anda pilih.








Tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore, dan tiada kupon diperlukan. Cara nak pilih hotel pula, pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat. Boleh la pilih itu citarasa sendiri. Kalau macam I antara kemudahan wajib untuk hotel pilihan I, ada kolam renang dan bath tub ! Memang enjoy kalau nak bercuti macam ni haha.



Bila dah pergi je laman web Traveloka, tekan icon untuk hotel dan boleh isi destinasi, Singapore. Berapa orang yang ada, nak berapa bilik dan tarikh nak check in. Lepastu boleh la tengok senarai hotel yang dipaparkan.












Salah satu sebab kenapa I suka Traveloka, pelbagai medium untuk pembayaran boleh digunakan. Kadang leceh sebab ada yang tak terima debit card untuk pembayaran, tapi dengan Traveloka, pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit, kad debit, internet banking ataupun paling senang dekat 7 Eleven je. Dekat bahagian harga per night tu ada tulisan hijau berapa % diskaun yang boleh kita save.



Bagi mereka yang mempunyai perancangan untuk bercuti ke Singapore memang tak patut lepaskan peluang macam ni. Promo code untuk tempahan penerbangan dan penginapan hotel ni dari 1 September hingga 30 September 2018 sahaja tau dan tempoh perjalanan bila-bila masa sahaja. Jadi dah boleh la plan dengan kawan- kawan dan keluarga untuk bercuti ke Singapore. Dengan Traveloka Promo Code, bercuti ke SEEngapore lebih bermakna sebab banyak boleh jimat !

BERCUTI KE SEEngapore DENGAN TRAVELOKA PROMO CODE

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.