Kejadian Seluar Tertanggal di Bangi Wonderland Themepark

Cepat betul masa berlalu. Banyak benda yang dikejar, banyak benda nak capai kadang tu sampai tak ada masa nak berehat dan luangkan masa dengan family kan? I pun kadang curi masa juga nak luangkan masa dengan family. Kalau boleh masa balik Perak tu nak kurangkan tidur, lebihkan aktiviti haha. Lepastu penat sebab banyak benda nak kejar haha.



Salah satu aktiviti yang I nak rekomen kalau nak luangkan masa dengan family adalah pergi waterpark !



Baru-baru ni I berkesempatan pergi ke Bangi Wonderland Themepark & Resort. Lepas settle Bengkel Personaliti dan Kecantikan (tekan untuk baca) hari sabtu, ahad pula join ahli KBBA9 yang lain mandi dekat waterpark yeay. Walaupun I tak suka naik slides tapi I suka mandi manda berendam ni haha.




Kalau nak tahu harga tiket masuk Bangi Wonderland Themepark & Resort ni boleh tengok gambar di bawah okay. Bagi I harga dia berbaloi dan murah la.






I sampai tengah hari macam tu. Time panas terik tu terus nak berendam haha dah tak kisah panas dah. First time datang Bangi Wonderland ni boleh tahan besar jugak, sesuai kalau nak buat family day atau event lain sebab kawasan dia luas. Ada bahagian macam dewan terbuka macam tu sesuai untuk berkumpul ramai-ramai. Pentas pun ada tau.








Lengkap la kalau nak buat aktiviti ramai-ramai dekat sini. Kemudahan pun banyak. Kalau tercedera ke masa buat aktiviti, turut disediakan medic room. Tak payah risau untuk dapatkan rawatan. Locker untuk simpan barang pun ada tak ada la risau masa nak main slides nanti kan. Tak payah dah sorang kena tunggu jaga beg.



Selain itu ada juga baby room, surau dan kaunter sewa pelampung. Yang paling I suka tempat tukar pakaian dia. Banyak bilik tukar pakaian, selesa dan luas. Paling penting bersih. Turut disediakan pondok kecil untuk family yang nak lebih selesa. Pondok tu pun open sambil tu boleh selak langsir tengok anak main air.



Dekat Bangi Wonderland ni boleh tahan banyak juga slides yang disediakan. I naik satu slides je sebab penakut hahaha. Ada slides yang sesuai untuk kanak-kanak jugak dan semestinya orang dewasa. Pihak Bangi Wonderland memang pentingkan keselamatan jadi ada beberapa slides yang diaorang titikberatkan kesihatan, berat dan lain-lain info sebelum boleh naik slides tersebut.



Magic Funnel


Satu slide je I naik, Magic Funnel. Slide yang macam pembesar suara ni, besar gila dan scary sangat bagi I. Mula-mula tak nak naik sebab taubat laaa memang tak nak naik, tapi tak cukup lagi sorang terpaksa la naik jugak. Bila dah naik tu memang pejam mata jela -.- Masa I pergi A'Famosa Waterpark haritu tak jadi naik sebab berdua je dengan Aiman, kali ni dah cukup orang memang tak ada alasan dah.



Selain Magic Funnel ni banyak lagi slides lain yang best untuk penggemar slides seperti Spiralax, The Fall, Wonder Loop dan Insane Racer. Boleh refer sini kalau nak tahu semua slide yang ada di Bangi Waterpark ni. Aiman memang semua slides la dia try lagi-lagi bila ada peer pressure ni haha.



The fall (purple), Anaconda Trail (kuning hijau), Insane Racer



Insane Racer


The Fall and Anaconda Trail


Kids Adventure



Dekat belakang I ni tempat slides dan mainan air untuk kanak-kanak. Yang bestnya dekat sini ada orang yang jaga keselamatan kanak-kanak ni. Jadi bila ramai yang naik slides tak ada la belaku kecederaan ke apa sebab bahagian slides pun ada orang jagakan. Keselamatan terjamin. I tengok bahagian kanak-kanak ni pun nampak best tapi tak main situ pun. Dah ada anak nanti boleh la kot main situ je hihi








Water Cannon



Water Cannon ni I excited tengok orang main. Siapa yang selalu tengok RunningMan tu mesti pernah tengok ahli runningman main benda ni. Best tapi I tak naik pun sebab macam scary je kena tembak dengan air macam tu. Kalau nak naik Water Cannon ni hati-hati dengan seluar takut tertanggal sebab air tu tolak dari bahagian belakang kan hihihi (mangsa rahsia)



Untuk bulan August ni tak silap I ada special price dan event dekat Bangi Wonderland. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la ke website Bangi Wonderland Themepark. Sesuai sangat nak habiskan masa dengan keluarga dekat sini. Bab parking pun tak perlu risau, parking banyak disediakan dan tak kena panas pun. Boleh mandi dari pagi sampai petang kat sini.




Bangi Wonderland Themepark
Website - http://www.bangiwonderland.com.my








22 comments

  1. Nampak macam best gila. Tapi pricey juga compared to other waterparks. Tunggu ada kawan baru boleh pergi 😭

    ReplyDelete
  2. Selalu tengok tak ramai orang. Baca blog airah sangat menarik 👍🏼. Nanti nak cuba. Tq ye

    ReplyDelete
  3. Themepark ni baru ke? Tak perasan pula bila ke Bangi hujung tahun lepas. Nampak best je :D

    ReplyDelete
  4. Bestnya. Saya ni dah lama tak ke waterpark. Last pergi ke wet world shah alam. Itu pun dah lamaaaaa sangat. Nanti lepas anak baru besar sikit, baru nak bawak pergi main air lagi.

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik kat sini. Walaupun dekat juga tapi tak pernah terjah. Kena tunggu cuti sekolah la kot kalau nak pergi pon....

    ReplyDelete
  6. Harga tiket boleh tahan hihihi. Tp mcm2 ada kan.seharian menghabiskan masa kat dlm tu..

    ReplyDelete
  7. Tahu bangi ada wondeeland tapi tak pernah pergi lagi. Dah dekat nih boleh bawa anak anak pergi

    ReplyDelete
  8. br je mak ajak pi sini...ada juga beberapa blogger dh share tmpt ni..tk kesempatan lg nk singgah..pakej utk 4 org tiket tu jimat juga..tq share info psl Bangi Wonderland Themepark

    ReplyDelete
  9. Aaaa kita mmg suka adventure theme park mcm ni.tapi sjenis xpandai berenang kalau kolam dia tu dalam sangat.hahaha

    ReplyDelete
  10. Haha siapa la mangsa tu ya. Best jugak tempat ni. Tapi tula bila umur dah meningkat ni, dah tak berapa berani nak buat aktiviti macam ni haha. Bolehlah kot bawak anak main sini

    ReplyDelete
  11. tak pernah singgah kat sini tapi ramai yang kata tempat ni best..ingat nk bawa famili mandi-mandi kat sini

    ReplyDelete
  12. Baru je berpeluang pergi ke sini minggu lalu. Boleh tahan syiok lah. Budak2 pasti suka tp banyak had ketinggian yg budak2 ramai x lepas.

    ReplyDelete
  13. Menarik juga Bangi Wonderland Themepark ni. Kalau pergi dengan family xpun kawan2 memang happening and enjoy .Aktiviti air ni memang best

    ReplyDelete
  14. Hehehehe kita pun ada pengalaman macam ni juga hehehe tapi kat tempat lain memang best lah Bangi ni banyak tempat menarik dan air mandi yang tinggi-tinggi...

    ReplyDelete
  15. Lolx! Lawak 🤣 but good adventure Kan hehhe. I tak eprnah with Bangi Wonderland. Have seen its advertising banyak Kali dah. Maybe should drop by soon

    ReplyDelete
  16. I have not been there yet. the waterpark looks so fun. sure the whole family would enjoy there.

    ReplyDelete
  17. Macam macam kejadian berlaku bila nak cepat kan sis, menakutkan juga kalau seluar tertanggal di luar pula tu. Sebab tu elok baca doa pakai pakaian

    ReplyDelete
  18. Baru tau ada theme park baru di bangi, cuti sekolah dah dekat ni patutlah ramai review tempat bercuti kan

    ReplyDelete
  19. I wanna go this looks do fun my daughter will enjoy the slides, wonder at what age it's suitable?

    ReplyDelete
  20. Walhal rumah Rawlins tak sampai 10 minit dari sini, Rawlins pun tak pernah sampai lagi. InsyaAllah next time la pergi, boleh bawa anak2 saudara sekali

    ReplyDelete
  21. Setuju..luang masa dgn famili ramai2 di Waterpark memang syok. Dr pagi membawa ke petang.mandi mandi, makan2..lepak2 kan

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.