Bengkel Kecantikan Bersama Puan Shuhada Alauddin

Di entry lepas, Bengkel Personaliti Bersama Puan Azie Sam, I ada share beberapa tips personaliti dari Puan Azie. Kalau tak baca lagi pergi baca okay. Untuk entry kali ini pula paling favourite sebab ada kena mengena dengan bab kecantikan yeay. 







Siapa pernah dengar pasal Peek-A-Box? Disebabkan I sejenis yang suka bab-bab kecantikan ni dan follow kebanyakkan beauty and makeup junkie mesti la I dah tau apa itu Peek-A-Box dan dah lama follow instagram diaorang. Apa yang menariknya mengenai Peek-A-Box ni, dia macam surprise box yang mengandungi produk berkaitan kecantikan. Kecantikan tu tak terhad pada produk penjagaan kulit atau makeup je tau, ada juga tudung dan macam-macam lagi. 




Peek-A-Box ni setiap bulan akan tukar-tukar produk dalam tu mengikut tema bulanan. Masa I follow instagram Peek-A-Box macam tak kisah pun nak tahu harga dia sebab mesti mahal. Kotak cantik, isi dia pun semua produk best-best jadi tengok gambar je la. Baru-baru ni bila join bengkel dan Puan Shuhada bagi tau harga dia macam wow, murahnyaaaaaaa.






Bayangkan kalau dapat surprise box macam ni setiap bulan. Mesti happy je. Rasa berbaloi je kalau paksa Aiman langgan untuk I hehehehe




Untuk slot Bengkel Kecantikan pula banyak sangat aktiviti best seperti
- Unboxing Peek-A-Box
- DIY face mist
- DIY lipbalm
- Makeup demo



I enjoy semua aktiviti lagi-lagi bila buat diy tu. Jadi I nak share juga macam mana nak buat face mist dan lipbalm sendiri. Bila dah taip dekat blog senang I nak refer sendiri hihi.







DIY Face Mist
- Drinking water
- Rose water
- optional : honey / essential oil
- Container jenis spray






Mula-mula campurkan drinking water dan rose water. Kacau sebati. Kemudian boleh tambah honey ataupun essential oil dan kacau sebati lagi. Lepastu boleh simpan dalam container. Siap ! Expired dalam seminggu dua macam tu ataupun bila dah tukar bau jadi tak sedap boleh buang haha. Serius best je pakai face mist sendiri ni jimat duit nak beli.




Untuk lipbalm pula lagi best nak buat sebab kena masak-masak sikit haha. Cara nak buat lipbalm pula hanya guna cocoa butter, vaseline dan madu atau pewarna. Senang sangat. Kalau beli semua bahan sendiri banyak stok boleh buat. 




Seterusnya Tutorial Makeup dan Hijab dari Khai Azwan.






Banyak sangat tips makeup yang Khai Azwan sempat share dalam slot ni. Sambil dia tunjuk cara-cara nak makeup, sambil tu kita boleh tanya soalan mana-mana yang tak faham. Dia pun senang je share semua benda sampai bagi kiteorang faham haha.










Paling I suka part bila tanya dia suggest makeup brand apa yang best. Untuk newbie macam I ni biasala kena noted down semua benda sebab bukan reti makeup sangat punnnn..... Tengok koleksi makeup yang Khai Azwan gunakan pun macam wow. Banyak. Kalau I ada koleksi macam tu setengah jam nak pilih brush mana nak guna, palette mana nak guna. Seronok bila dapat tengok dekat-dekat tutorial makeup ni.







Terima kasih Puan Shuhada, Kak Gee dan Khai Azwan untuk semua ilmu yang diberikan.




Untuk breakfast dan lunch kiteorang untuk kedua-dua slot bengkel ni

Breakfast - MrsZa Kitchen. Sandwich sedap gila terus rasa macam dah lamanya tak makan sandwich yang isi dia tak kedekut.......







Lunch - Nurul Izzah Katering. Nasi lembut, ayam sedap ! Puas hati dan kenyang. Terliur lagi taip entry ni T.T




6 comments

  1. terbaek.. semoga bermanfaat utk mereka yg hadir..

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya boleh buat lipbalm sendiri, face mist sendiri.sandwich tu nampak sedap sangat. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 311

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best join aktiviti macam ni. thankyou dear, nanti I singgah

      Delete
  3. first time jumpa airah, nanti jumpa lagi yer untuk next2 event. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha Allah kalau ada rezeki memang nak join semua event jumpa semua kbba9

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.