Sejak akhir-akhir ni kulit I memang agak kusam. Kalau tak pakai makeup ataupun lipstick confirm nampak macam orang sakit. Kadang macam lantak la nampak macam mana pun malas nak layan. Kadang menakutkan jugak tengok muka sendiri dekat cermin. Nak tak nak kena juga la cari produk yang boleh buat muka nampak berseri sikit dan semestinya pantas sebab I dalam mood malas.



Semua benda malas nak buat. Malas nak buat skincare routine, malas nak makeup, itu sebab nya kulit jadi kusam tak berseri macam ni. Kejap lagi I tunjuk sikit muka tak makeup tak ada apa tu ye jangan terkejut pulak.



Tapi nasib baik la ada Goddess Skin 2 Minutes Makeover ni. Tepat pada masanya sampai dekat rumah I. Goddness Skin Whitening Face Cream ni diformulasikan di France. Jadi kualiti dia memang terbaik. I baru pakai pun macam wow terus jatuh cinta.








Goddess Skin Whitening Face Cream mengandungi bahan-bahan seperti Bird Nest, Alpha Arbutin Bearberry, Aloe Vera serta vitamin C dan E. Bahan yang ada dalam face cream ni bukan sahaja memberikan kecerahan serta merta pada kulit tetapi memberikan kelembapan dan perlindungan dari cahaya matahari juga.



INGREDIENTS : 
Aqua, Acrylates / C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Stearic Acid, Glyceryl Stearate, Cetyl Alcohol, Capyrylic / Capric Trigliceride, Dimethicone, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Titanium Dioxide, Isononyl Isononate, Alpha-Arbutin, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Pachyrrhizus Erosus Root Extract, Propolis Extract, Sodium Hyaluronate, Ascorbic Acid, Tocopheryl Acetate, Swiftlet Nest Extract Bird Nest, Phenoxyethanol, Titanium Dioxide, Isononyl Isononate, Fragrance.







Lima sebab kenapa I suka dengan Goddess Skin 2 Minutes Makeover ni :



Tak perlukan makeup remover pun kalau nak cuci. Senang kerja macam ni tak payah nak bawak wipes or cleansing oil pergi mana-mana. 







5 in 1 - Berfungsi sebagai pelembap, sunblock, primer, CC Cream dan whitening cream. Lepas ni dah tak payah nak pakai banyak produk. Jimat masa.









Travel size. Size dia tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Muat je nak masukkan dalam handbag ataupun nak selit dekat mana-mana. Balik kampung pun senang nak bawak.



I suka botol skincare yang jenis pump macam ni berbanding dalam jar. Sebab utama ialah lebih bersih . Tangan tak sentuh produk yang belum digunakan. Bekas dia pun bukan jenis kaca jadi tak mudah pecah dan I suka design botol nampak moden dan macam produk mahal hahaha.






Matte texture. Jadi kulit tak rasa macam oily ! Sesuai untuk korang yang rimas kulit berminyak dan tak suka nampak terlalu berkilat. Tekstur dia pun sangat la ringan ! Bila pakai I rasa macam tak pakai apa-apa. Kulit rasa okay je. Dan paling penting tak sebabkan kulit naik allergik atau iritasi. Kulit I kadang kalau pakai benda tak sesuai tu mula la nak gatal dan bengkak. Tapi produk ni okay je.




Before




After



2 minit makeover. Tona kulit lebih sekata dan dapat menyerikan kulit yang kusam. Boleh tengok gambar I dekat atas ni before dan after. Gambar before kulit nampak tak sekata sangat lepastu kulit I ada redness. Kalau kena cahaya matahari berpanas ke apa confirm cepat sangat merah -.- Lepas pakai krim muka ni kulit nampak lebih licin dan flawless. Nampak putih pun sama tapi tak keterlaluan dari warna kulit asal dan tak nampak macam pakai krim setompok putih macam tu.






Gambar dekat atas tadi I pakai semata-mata krim tu saje. Bila pakai dengan makeup lagi la lawa. Makeup pun senang nak apply sebab based dah cantik kan. Kulit pun nampak lebih sihat, glowing dah tak kusam.



Cara nak pakai pun senang je. Pump je botol tu, ambil amount krim yang mencukupi untuk satu muka dan sapu je macam biasa. Kalau korang nak tengok tekstur dan demo macam mana I pakai krim tu boleh check instagram I dekat post sini ataupun di instagram highlight nanti I letak dekat profile instagram jadi senang nak refer okay.






Untuk pembelian :
Website : Goddessbeauty
Instagram : @goddessbeauty.co
#GoddessBeautyCo #2MinutesMakeover #GoddessSkin #AllDayInstantWhitening #NoMakeupRemoverNeeded








Kulit Lebih Cerah Dengan Goddess Skin by Goddess Beauty

Cepat betul masa berlalu. Banyak benda yang dikejar, banyak benda nak capai kadang tu sampai tak ada masa nak berehat dan luangkan masa dengan family kan? I pun kadang curi masa juga nak luangkan masa dengan family. Kalau boleh masa balik Perak tu nak kurangkan tidur, lebihkan aktiviti haha. Lepastu penat sebab banyak benda nak kejar haha.



Salah satu aktiviti yang I nak rekomen kalau nak luangkan masa dengan family adalah pergi waterpark !



Baru-baru ni I berkesempatan pergi ke Bangi Wonderland Themepark & Resort. Lepas settle Bengkel Personaliti dan Kecantikan (tekan untuk baca) hari sabtu, ahad pula join ahli KBBA9 yang lain mandi dekat waterpark yeay. Walaupun I tak suka naik slides tapi I suka mandi manda berendam ni haha.




Kalau nak tahu harga tiket masuk Bangi Wonderland Themepark & Resort ni boleh tengok gambar di bawah okay. Bagi I harga dia berbaloi dan murah la.






I sampai tengah hari macam tu. Time panas terik tu terus nak berendam haha dah tak kisah panas dah. First time datang Bangi Wonderland ni boleh tahan besar jugak, sesuai kalau nak buat family day atau event lain sebab kawasan dia luas. Ada bahagian macam dewan terbuka macam tu sesuai untuk berkumpul ramai-ramai. Pentas pun ada tau.








Lengkap la kalau nak buat aktiviti ramai-ramai dekat sini. Kemudahan pun banyak. Kalau tercedera ke masa buat aktiviti, turut disediakan medic room. Tak payah risau untuk dapatkan rawatan. Locker untuk simpan barang pun ada tak ada la risau masa nak main slides nanti kan. Tak payah dah sorang kena tunggu jaga beg.



Selain itu ada juga baby room, surau dan kaunter sewa pelampung. Yang paling I suka tempat tukar pakaian dia. Banyak bilik tukar pakaian, selesa dan luas. Paling penting bersih. Turut disediakan pondok kecil untuk family yang nak lebih selesa. Pondok tu pun open sambil tu boleh selak langsir tengok anak main air.



Dekat Bangi Wonderland ni boleh tahan banyak juga slides yang disediakan. I naik satu slides je sebab penakut hahaha. Ada slides yang sesuai untuk kanak-kanak jugak dan semestinya orang dewasa. Pihak Bangi Wonderland memang pentingkan keselamatan jadi ada beberapa slides yang diaorang titikberatkan kesihatan, berat dan lain-lain info sebelum boleh naik slides tersebut.



Magic Funnel


Satu slide je I naik, Magic Funnel. Slide yang macam pembesar suara ni, besar gila dan scary sangat bagi I. Mula-mula tak nak naik sebab taubat laaa memang tak nak naik, tapi tak cukup lagi sorang terpaksa la naik jugak. Bila dah naik tu memang pejam mata jela -.- Masa I pergi A'Famosa Waterpark haritu tak jadi naik sebab berdua je dengan Aiman, kali ni dah cukup orang memang tak ada alasan dah.



Selain Magic Funnel ni banyak lagi slides lain yang best untuk penggemar slides seperti Spiralax, The Fall, Wonder Loop dan Insane Racer. Boleh refer sini kalau nak tahu semua slide yang ada di Bangi Waterpark ni. Aiman memang semua slides la dia try lagi-lagi bila ada peer pressure ni haha.



The fall (purple), Anaconda Trail (kuning hijau), Insane Racer



Insane Racer


The Fall and Anaconda Trail


Kids Adventure



Dekat belakang I ni tempat slides dan mainan air untuk kanak-kanak. Yang bestnya dekat sini ada orang yang jaga keselamatan kanak-kanak ni. Jadi bila ramai yang naik slides tak ada la belaku kecederaan ke apa sebab bahagian slides pun ada orang jagakan. Keselamatan terjamin. I tengok bahagian kanak-kanak ni pun nampak best tapi tak main situ pun. Dah ada anak nanti boleh la kot main situ je hihi








Water Cannon



Water Cannon ni I excited tengok orang main. Siapa yang selalu tengok RunningMan tu mesti pernah tengok ahli runningman main benda ni. Best tapi I tak naik pun sebab macam scary je kena tembak dengan air macam tu. Kalau nak naik Water Cannon ni hati-hati dengan seluar takut tertanggal sebab air tu tolak dari bahagian belakang kan hihihi (mangsa rahsia)



Untuk bulan August ni tak silap I ada special price dan event dekat Bangi Wonderland. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la ke website Bangi Wonderland Themepark. Sesuai sangat nak habiskan masa dengan keluarga dekat sini. Bab parking pun tak perlu risau, parking banyak disediakan dan tak kena panas pun. Boleh mandi dari pagi sampai petang kat sini.




Bangi Wonderland Themepark
Website - http://www.bangiwonderland.com.my








Kejadian Seluar Tertanggal di Bangi Wonderland Themepark

Di entry lepas, Bengkel Personaliti Bersama Puan Azie Sam, I ada share beberapa tips personaliti dari Puan Azie. Kalau tak baca lagi pergi baca okay. Untuk entry kali ini pula paling favourite sebab ada kena mengena dengan bab kecantikan yeay. 







Siapa pernah dengar pasal Peek-A-Box? Disebabkan I sejenis yang suka bab-bab kecantikan ni dan follow kebanyakkan beauty and makeup junkie mesti la I dah tau apa itu Peek-A-Box dan dah lama follow instagram diaorang. Apa yang menariknya mengenai Peek-A-Box ni, dia macam surprise box yang mengandungi produk berkaitan kecantikan. Kecantikan tu tak terhad pada produk penjagaan kulit atau makeup je tau, ada juga tudung dan macam-macam lagi. 




Peek-A-Box ni setiap bulan akan tukar-tukar produk dalam tu mengikut tema bulanan. Masa I follow instagram Peek-A-Box macam tak kisah pun nak tahu harga dia sebab mesti mahal. Kotak cantik, isi dia pun semua produk best-best jadi tengok gambar je la. Baru-baru ni bila join bengkel dan Puan Shuhada bagi tau harga dia macam wow, murahnyaaaaaaa.






Bayangkan kalau dapat surprise box macam ni setiap bulan. Mesti happy je. Rasa berbaloi je kalau paksa Aiman langgan untuk I hehehehe




Untuk slot Bengkel Kecantikan pula banyak sangat aktiviti best seperti
- Unboxing Peek-A-Box
- DIY face mist
- DIY lipbalm
- Makeup demo



I enjoy semua aktiviti lagi-lagi bila buat diy tu. Jadi I nak share juga macam mana nak buat face mist dan lipbalm sendiri. Bila dah taip dekat blog senang I nak refer sendiri hihi.







DIY Face Mist
- Drinking water
- Rose water
- optional : honey / essential oil
- Container jenis spray






Mula-mula campurkan drinking water dan rose water. Kacau sebati. Kemudian boleh tambah honey ataupun essential oil dan kacau sebati lagi. Lepastu boleh simpan dalam container. Siap ! Expired dalam seminggu dua macam tu ataupun bila dah tukar bau jadi tak sedap boleh buang haha. Serius best je pakai face mist sendiri ni jimat duit nak beli.




Untuk lipbalm pula lagi best nak buat sebab kena masak-masak sikit haha. Cara nak buat lipbalm pula hanya guna cocoa butter, vaseline dan madu atau pewarna. Senang sangat. Kalau beli semua bahan sendiri banyak stok boleh buat. 




Seterusnya Tutorial Makeup dan Hijab dari Khai Azwan.






Banyak sangat tips makeup yang Khai Azwan sempat share dalam slot ni. Sambil dia tunjuk cara-cara nak makeup, sambil tu kita boleh tanya soalan mana-mana yang tak faham. Dia pun senang je share semua benda sampai bagi kiteorang faham haha.










Paling I suka part bila tanya dia suggest makeup brand apa yang best. Untuk newbie macam I ni biasala kena noted down semua benda sebab bukan reti makeup sangat punnnn..... Tengok koleksi makeup yang Khai Azwan gunakan pun macam wow. Banyak. Kalau I ada koleksi macam tu setengah jam nak pilih brush mana nak guna, palette mana nak guna. Seronok bila dapat tengok dekat-dekat tutorial makeup ni.







Terima kasih Puan Shuhada, Kak Gee dan Khai Azwan untuk semua ilmu yang diberikan.




Untuk breakfast dan lunch kiteorang untuk kedua-dua slot bengkel ni

Breakfast - MrsZa Kitchen. Sandwich sedap gila terus rasa macam dah lamanya tak makan sandwich yang isi dia tak kedekut.......







Lunch - Nurul Izzah Katering. Nasi lembut, ayam sedap ! Puas hati dan kenyang. Terliur lagi taip entry ni T.T




Bengkel Kecantikan Bersama Puan Shuhada Alauddin

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.