Giveaway 'Nak Hadiah, Jawab Dulu' By OmbakBergigi




Harini I nak join giveaway dari Om. Bagi I giveaway Om menarik sebab dia minta pendapat apa yang perlu ada dalam sebuah perhubungan. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang menarik. Kalau berminat nak join boleh tekan banner dekat atas.



Apa Yang Perlu Ada Dalam Sebuah Perhubungan?

Saling mempercayai.
Disebabkan I dah kahwin mungkin I punya pendapat lain sikit. Bukan sebab dah kahwin je, semua bergantung pada sikap diri sendiri dan pasangan masing-masing jadi bagi I mungkin setiap orang berbeza keperluan yang dia nak pada hubungan dengan pasangan dia. 



Sikap saling percaya antara satu sama lain penting sangat bagi I. Yela kalau asyik tak percaya je, nak keluar dengan kawan tak percaya, semua benda nak ragu-ragu, I pun rasa rimas jugak kalau ada pasangan macam ni hahaha. First sekali kena kenal pasangan sendiri. Kalau pasangan jenis dah sepuluh kali curang memang wajib tak payah percaya. Kalau pasangan okay, tak pernah buat hal, kita pun boleh percaya kot sebab tak ada benda nak bangkitkan.



Kalau ada benda yang mencuriga kan pun boleh tanya elok-elok.



Saling memahami
Yang ni penting untuk pasangan yang sentiasa sibuk. Kalau sorang selalu busy dengan kerja, sorang lagi banyak waktu terluang, mungkin boleh timbulkan rasa tak memahami antara satu sama lain. Kalau jenis tak memahami kerja pasangan ni, kau bila nak matang tak faham lagi ke orang punya kerja macam mana -.- 



Kena ambil berat situasi pasangan mungkin tak cukup masa nak call, nak text. Macam I dengan Aiman, waktu kerja kiteorang tak sama. Kadang I kerja, dia cuti, I cuti, dia kerja. Jadi masa tu kadang nak luangkan sama-sama kena pandai cari masa la. Sorang penat, sorang lagi boleh tolong buat kerja rumah. Kena memahami pasangan kita macam mana dan apa yang dia lalui sebab bukan semua orang pandai nak curi waktu sendiri buat benda lain.








Komunikasi
Bab ni paling complicated lagi-lagi perempuan. Kadang dekat mulut cakap A, tapi dalam hati B. Kadang cakap tak jelas. Perempuan ni pun kadang tak tahu diri sendiri nak apa. I pun sama ! 



Kalau bergaduh komunikasi paling penting. Ye dua-dua boleh merajuk tapi jangan lama sangat. Kena bincang jugak kalau ada masalah yang boleh bawak gaduh tu. Dua-dua kena tahu salah silap masing-masing. Kalau I memang tak boleh merajuk lama kang ada la yang ikut I pergi dapur, pergi bilik, pergi ruang tamu tanpa henti -,- 



Kalau I merajuk Aiman akan tanya-tanya sampai I bagitau apa masalah yang tak kenanya. Lepastu bincang, okay lepasni tak buat lagi blababla…… Bila ada masalah kena bincanggggg. Jangan diam lama sangat, jangan buat tak endah je sebab nanti hati sendiri yang sakit okay.



Luangkan masa sama-sama
Lebih banyak luang masa sama-sama, lebih kenal kita dengan sikap pasangan. Kalau nak lebih kenal kena kahwin la nanti macam-macam keluar hihihi. Bila luangkan masa bersama ni, jadi lebih rapat. Boleh cerita masalah dekat tempat kerja, kongsi cerita itu ini, gosip (ops). I memang selalu akan tanya Aiman, harini apa jadi dekat office? Ataupun ada gosip apa2 tak dekat office? Bila dah luangkan masa bersama kena juga hormat privasi pasangan.



Terima kelemahan pasangan
Tak ada orang yang sempurna. Semua ada kelemahan masing-masing. Kalau pasangan kita kurang bab ni, kita tolong la tutup kekurangan tu. Tapi bukan kelemahan terhadap perempuan tau. Matilanak kalau pasangan lemah dengan perempuan ni kau dah kenapaaaa. 



Contohnya kalau pasangan tak pandai masak, jum la belajar sama-sama. Pasangan tak rajin nak tolong kemas, jum buat sama-sama. 




Okay itu sahaja kot apa yang I boleh kongsi hahahha walaupun entah apa-apa at least I rasa boleh faham. Kadang sikap seseorang ni bergantung banyak mana dia sayang orang tu. eh yeke hahahhahha. Kalau rasa terseksa sangat dengan pasangan sampai rasa tak boleh go dah, boleh kot slow-slow angkat kaki sebab kenapa kena join hubungan yang buat kita tak gembira…… kita nak gembira-gembira je kan?????

5 comments

  1. wow banyaknyaaa tips. menarik2. all the best =D

    ReplyDelete
  2. semua yang airah senaraikan tu memang elemen penting dalam perhubungan. Goodluck airah :D

    ReplyDelete
  3. Betul tu, komunikasi dan terima kelemahan pasangan masing2...lg satu kena jaga aib pasangan juga utk elak dendam tak sudah...bahaya tu kan.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.