Resepi Ayam Masak Kurma Ringkas


Harini I nak share Ayam Masak Kurma yang ringkas je sebab I pun tak cukup masa nak masak lama-lama dekat dapur hihihi. Sekarang nak kumpul resepi senang-senang dekat blog supaya nanti bila dah tak ada idea nak masak apa boleh la refer blog sendiri. 


Walaupun tak ada la pandai sangat memasak tapi I usaha juga nak masa dan bagi masakan tu sedap. Bukan sedap level chef tau, sedap level bila makan dengan nasi boleh telan hahaha. Nak dekat bulan puasa ni boleh la jadikan ayam masak kurma sebagai salah satu menu berbuka. 





Bahan -

Ayam - Sukahati la nak berapa ketul. Biasa I masak untuk sehari dalam empat ketul untuk dua orang.
Bawang besar sebiji
Sebiji Tomato - Nak letak boleh tak letak pun boleh. Dalam peti tinggal sebiji ni je so I letak nak habiskan stok hihi
Dua biji ubi kentang - Selalu letak lebih sebab Aiman suka makan ubi
Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga - selalu masukkan satu je setiap jenis sebab nak masak pun tak banyak
3 sudu besar rempah kurma - rempah kurma ni ikut la nak banyak mana, I selalu letak banyak sebab nak kuah banyak. Kalau letak sikit tapi nak kuah banyak nanti kurang rasa kurma
Cili
Garam
Gula
Sebuk perasa


Untuk menu kali ni I tak letak santan sebab santan dah habis. Tak letak santan pun masih sedap cuma tak ada la rasa berlemak.


Air rebusan ayam.

Selalu I akan rebus ayam dulu nak bagi masak elok. Lagipun nak guna air rebusan ayam untuk jadikan kuah.




Step -
1. Panaskan minyak dan tumis bawang, cili, bunga lawang, kayu manis dan pelaga.
2. Dah naik bau, masukkan rempah kurma pula. Kacau rata sampai terbit minyak.



3. Masukkan ayam dan kacau lagi sampai rempah rata pada ayam.




4. Masukkan air rebusan ayam tadi. 



5. Masukkan ubi bila air kuah dah mengelegak. Lepas ubi dah empuk boleh la masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Rasa la sampai sesuai dengan citarasa haha. Lepastu last baru masukkan tomato sekejap je.


Bila dah sedap boleh hidang. Biasa memang I akan masukkan santan tapi masa nak masak santan dah habis pula. Jadi guna jela bahan apa yang ada dekat dapur. Kalau nak rasa yang lebih kaw lagi boleh tambah kerisik, asam keping dan halia. I masukkan apa yang ada je. 


Okay itu sahaja untuk menu ringkas ayam masak kurma tanpa santan dan bahan yang ada di dapur sahaja. Asalkan boleh makan dengan nasi I okay je. Aiman pun okay je makan haha. Selamat memasak !


Sorry gambar dah siap tak ada sebab penat la nak tangkap gambarrr. Nak makan je.


20 comments

  1. Wahhhhterbaik. Nanti boleh la cuba resepi awak. Kita jarang gak memasak..wahwah.. cuma kadang kalau datang time rajin..memang rajin gak la nak masak...heee...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Lama Ty xmkn lauk menu ni. Selalunya time pi makan kenduri ja. Boleh la nanti kalau datang mood rajin sekali sekala berasaplan dapur and sambil tu refer balik entrt akak ni.

    ReplyDelete
  3. Nampak saya Rawlins nak try la resepi nie tapi guna multi-cooker. Hahaha. Nanti Rawlins share kalau menjadi ye.

    ReplyDelete
  4. Lama xmasak ayam kurma. .Bole la masak untuk berbuka puasa nanti.. SSalam ramadhan dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  5. Thanks for the recipe. This dish looks delicious and I will try to cook it out for my family to try it out.

    ReplyDelete
  6. Early morning saw the nice Kurma make me feel hungry. Not easy process but seem nice. I want to learn do Ayam masak kurma too. By the way, happy fasting.

    ReplyDelete
  7. Time nak raya.. Ini menu yg sllu kita masak dipagi raya.. Kalau bosan ayam masak opor, sekali sekala mesti masak ayam masak kurma.. Senang nk sediakan dan sedap.. Tq share boleh try resepi awak pula nnti..

    ReplyDelete
  8. huda suka makan ayam kurma ni dengan nasi minyak atau nasi tomato. Abah kat kampung suka masak lauk ni. Huda tahu makan jer..tak pernah lagi masak ayam kurma

    ReplyDelete
  9. Resepi ni simple dan hampir sama cara masak dengan saya, style Penang. Tapi kami pakai banyak jenis rempah lg.

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaaaa...hujung minggu ni nak masak kurma ayam atau daging la..lama l makan masak kurma..nao masak kurma pun agak failed akak ni sebab x masak selalu kan..

    ReplyDelete
  11. Senang jer rupa resipi nak buat ayam masak kurma ni hehehe kita tak pernah nak buat sebab kita kurang gemar sikit masak kurma ni kalau makan buah kurma kita suka heheheheh...

    ReplyDelete
  12. This looks like an interesting rendition of kurma ayam. I'd like to give it a try and serve it for buka puasa. Will make a great add on dish

    ReplyDelete
  13. Sedapnya Ayam masak Kurma ni, 2 minggu lepas Bonde puan buat lauk yang sama Ayam masak kurma sedapnya kalau dapat makan dengan nasi beriani he he he

    ReplyDelete
  14. Alamak...sedaplah pulak tengok ayam masak kurma ni. Tak leh jadik ni, nanti nak buat jugaklah untuk resepi berbuka. Sis kalau masak kurma ni..memang tak letak santan pun..cam org india masak kurma..sedap jugak apa..:D

    ReplyDelete
  15. Favorite akak ni ayam masak kurma. Letak bawang holland potong 4 memang merecik. Resepi pun mudah nak buat kan? Hmm...boleh dijadikan menu berbuka petang nanti ni. Rempahnya dah ada siap kat rumah.

    ReplyDelete
  16. aduhhh pagi2 dh bukak entry makan mmg mendugatau.. dh lapagi ni terlajak tidur.. hihihi.. tapi liez time puasa mmg tak masak mcm ni...tp sesekali masak best gak menu ni

    ReplyDelete
  17. Boleh cuba resepi ni semasa berbuka ni. Sebab lama-jadi takde idea nak masak apa kan. Anyway nak wish selamat menunaikan ibadah puasa.

    ReplyDelete
  18. Owhhh mudah rupanya nk masak ayam masak kurma. Ini merupakan menu feveret sy. Boleh lah cuba lepas nie. Thanks for sharing !

    ReplyDelete
  19. Bestkan kalau dapat masak sendiri. Campk2 dah siap masakan tu. Tak pyah pening kepala nak pg bazar, pilih lauk semua nampak best ended up x makan hehe

    ReplyDelete
  20. Oh I can try this recipe, I think I have magic post just put everything in the pot and its done after 40 minutes

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.