Pure Beauty Makeup Remover & Facial Cleansing Wipes Review






Dekat entry New Team Member ni, I ada tanya kalau ada yang nak request review produk yang I baru beli. Antara yang dapat vote paling tinggi ialah makeup remover dan facial cleansing wipes dari Pure Beauty ni.


Sebelum ni I guna wet tissues dari Watsons yang banyak jenis tu je. Itu pun agak pedih bila pakai di muka tapi tak tak sure kenapa asyik guna yang tu je -.- 


Produk : Pure Beauty Makeup Remover & Facial Cleansing Wipes
Isi : 20 wipes
Harga : rm15.90 (Harga Asal) RM11.90 (Harga sales)


Produk Pure Beauty ni hanya boleh didapati di Watsons sahaja. Banyak juga review dan feedback positif produk lain Pure Beauty ni tapi I baru nak cuba wipes dia je. Selalu sebelum beli apa-apa produk I akan buat research dulu. Baca review di blog lain dan di twitter. Kalau macam lebih banyak bad review dari good review, I tak beli. Sebab tu kebanyakkan produk yang I dah buat review di blog sesuai dengan jenis kulit I.





Dekat packaging belakang ada tulis expired date semua. Untuk bahan dalam dia boleh refer packaging atas ni. I nak salin semula malas tau banyak sangat bahan dia hahhaha. Tapi antara bahan utama dia ialah 


Patended IBR ingredients: Anti-pollution, Strengthen natural skin defense, Anti-ageing
GFF (Galactomyces Fermented Filtrate): Ultra-Shielding, Even skin tone 
Phyto-Placenta: Skin rejuvenation, Anti-wrinkle








Antara info yang ada pada packaging dia. Meriah betul dengan tulisan hahaha rajin ke nak baca banyak-banyak ni. Pure Beauty ni produk dari korea yang dijual di watsons sahaja tak silap I. Untuk makeup remover wipes ni ada dermatologically tested jadi agak meyakinkan la nak guna.


Bagi yang anti sangat dengan paraben dan alcohol, produk ni tak mengandungi semua tu jadi boleh guna dengan gembira okay.




Sebenarnya I tak berniat pun nak cuba wipes ni tapi masa pergi Watsons haritu ada sales dan tergoda pulak nak beli. Packaging dia pun cantik warna pink. I selalu bawa wipes ni dekat tempat kerja sebab senang nak tanggalkan makeup bila nak solat. Packaging dia pun senang nak letak celah handbag ataupun celah beg telekung.


Setakat ni bila I asyik bukak tutup seal dia tu tak buat wipes dalam tu kering pun. Sebelum ni I ada beli wipes biasa je tapi sebab dah lama sangat mesti wipes dalam tu jadi macam kering dari sebelumnya. 


Jenis tissue wipes.


Tissue wipes ni tak kasar sesuai untuk kulit I. Tak ada buat kulit rasa pedih ke apa bila tertonyoh kuat sikit haha.




Atas ni gambar I guna wipes untuk bersihkan lipstick dan mascara. Senang je nak tanggalkan makeup guna wipes ni tak payah beria nak tonyoh pun. I biasa guna wipes bila makeup tak heavy. Kalau heavy terus guna micellar water je. Wipes ni berguna bila nak travel, road trip, pergi mall dan pergi memana la sebab senang nak guna.


Untuk kulit I tak ada kesan iritasi. Kesan pedih pun tak ada bila guna. Bau wipes ni tak ada la wangi sangat tapi masih ada bau wangi yang light je. Tak mengeringkan kulit I tapi lepas guna kulit rasa lembut dan lembap.


Kuasa pembersihan dia untuk kulit I bila pakai bb cream, concealer, blusher dan lipstick agak bagus. Guna satu wipes je dah cukup. 

2 comments

  1. Oooo. . Menarik laaa
    Nak cari laaa jap lg kat Watsons

    ReplyDelete
  2. macam bestjer, nanti nak cari juga hehe

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.