Kulit Sempurna, Menawan Tanpa Bintik Hitam dalam Masa Dua Minggu

Setiap orang mesti pernah alami keadaan kulit berparut disebabkan jerawat. Lagi satu masalah yang selalu menggangu kulit adalah bintik hitam. Dua masalah ini bukan sahaja susah untuk dirawat malah mengurangkan keyakinan diri. I pun hadapi masalah yang sama untuk mengurangkan parut jerawat dan bintik hitam di wajah. Walaupun dah jaga rutin kecantikan wajah, parut jerawat dan bintik hitam masih ambil masa yang lama untuk pudar.



Hujung bulan lepas, I ada share produk baru yang I guna di instagram. Ramai juga la yang dm tanya sesuai atau tak produk yang I guna tu untuk hilangkan parut jerawat dan bintik hitam. Masa tu I baru je lagi guna jadi nak bagi tahu kesan pun macam tak boleh bagi full review. Sekarang I dah guna dalam tiga minggu dan I nak share macam mana kesan produk ni untuk kulit I.


Dekat instagram juga I ada terangkan serba sedikit mengenai fungsi produk. Produk tersebut ialah Nanowhite Dark Spot Corrective Serum !




Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dengan LumiLiteTM baharu diperkaya dengan tiga bahan pencerah yang membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata. Sebab tu ramai yang tanya I berkesan ke tidak serum ni sebab I tahu memang ramai yang ada masalah parut dan bintik hitam. Team Nanowhite dah buat ujian penggunaan untuk wanita di rumah dan ternyata wanita Malaysia mendapati kulit mereka bertambah baik dengan cepat.


Ia mempunyai gabungan teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semula Jadi untuk membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik untuk memberikan hasil kulit cerah yang berseri dan kekal lama. Masa pertama kali I pakai serum ni memang nampak kulit lebih berseri dan sihat sebab tu tak sabar nak tunggu kesan dia selepas dua minggu.






Kenapa tak sabar tunggu kesan selepas dua minggu? Sebab I pun nak tahu juga betul je dalam masa dua minggu je seperti yang dinyatakan, bintik hitam dan parut jerawat akan berkurangan. Terbukti hasil ujian yang telah dilakukan dengan penggunaan di rumah, hampir kesemua (95%) wanita berusia 22 hingga 35 tahun nampak akan pengurangan bintik hitam dan parut jerawat selepas hanya menggunakan produk selama dua minggu!


Antara bahagian yang selalu ada bintik hitam dan parut jerawat ni ialah pipi, dagu dan dahi. Ujian yang telah dilakukan pada 50 wanita Malaysia menunjukkan pemulihan yang ketara pada bahagian-bahagian tersebut.






Apa yang I paling suka mengenai serum ni dia bukan sahaja membantu memudarkan jerawat dan bintik hitam tetapi mencerahkan wajah dan tona tidak sekata. Banyak sangat manfaat. Bila dah ada banyak manfaat dalam serum ni lebih jimat masa. Tak susah dah nak fikir produk lain. Kesan dia pun cepat dan tak perlu la risau mana nak sorok parut jerawat lepas ni hihi.


Yang paling best sekali, Nanowhite telah memperkenalkan apps terbaru iaitu Nanowhite AR+. Aplikasi mudah alih ini membantu wanita yang mempunyai parut jerawat, bintik hitam dan tona tidak sekata untuk membayangkan wajah mereka tanpa cela dan masalah kulit yang lain ! menarik kan? Bila dah tahu macam mana keadaan kulit kita yang bersih dan berseri mesti lagi gigih usaha konsisten pakai Nanowhite Dark Spot Corrective Serum.


Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la download aplikasi ini di Google Play Store dan Apple App Store. Kemudian, imbas pembungkusan serum dengan aplikasi tersebut dan ketahui lebih lanjut mengenai produk-produk Nanowhite dan panduan langkah-langkah penjagaan kulit sambil membayangkan penambahbaikan kulit melalui fungsi realiti berperantaraan.




Bukan itu sahaja - pengguna aplikasi berpeluang memenangi hamper produk Nanowhite bernilai RM2,500! 


Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik dalam aplikasi mudah alih Nanowhite AR+, dan pemenang bertuah akan dimaklumkan melalui telefon. I dah donwload apps ni, korang bila lagi?



Nanowhite Dark Spot Corrective Serum 30ml dijual pada harga RM69.90 di semua farmasi dan pasaraya utama di seluruh negara. Apa yang paling I suka mengenai serum ni, dia cepat serap pada kulit dan tak tinggalkan kesan melekit langsung. Sesetengah orang memng tak suka la pakai produk yang buat muka rasa melekit ni kan jadi memang sesuai sangat kalau nak cuba serum Nanowhite.


Bau pun tak ada bau yang menggangu hidung. kesan dia pun nampak kulit lebih berseri, glowing sihat dan semestinya bintik hitam dan parut jerawat pudar. Kalau beli satu set produk Nanowhite, pakai serum ni untuk step ke tiga. I ada share juga step-step nya dekat instagram story.







Untuk step pertama boleh guna Cleanser Awakening Snow Wash. Pertama kali guna cleanser ni I macam Wow ! Lepas cuci muka kulit rasa lembut dan rasa macam lembap. Tak ada rasa tegang walaupun pencuci ni dalam bentuk foam. Foam dia pun lembut. Teruja I sebab kulit muka rasa lembap je lepas cuci.


Serius rasa lepas cuci muka berbeza dengan pakai cleanser lain. I mungkin akan repeat beli cleanser ni sebab best. 








Step kedua pula ialah tone, Nanowhite Refining Treatment Toner. Toner dia tak memedihkan kulit dan buat kulit I rasa lembap dan lembut. Bau toner dia lembut dan segar. Bila pakai pun rasa segar je kulit. I guna cotton pad untuk pakai toner ni.


Toner membantu untuk pori nampak lebih kecil dan membersihkan pori. Paling best membantu mengawal minyak tanpa membuat kulit rasa kering.






Step ketiga ialah treat. Treat ni la step untuk Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. I perasan perubahan ketara juga pada bintik hitam dan parut jerawat I. Nampak lebih pudar walaupun dalam kamera tak nampak sangat perubahan dia tapi I suka bila I sendiri nampak perbezaan kulit I.


Macam I bagitahu tadi, serum ni cepat je serap pada kulit bila pakai. tekstur dia tak terlalu cair. Untuk muka I dalam tiga drop dah cukup rata pada kulit muka. Sapu je sambil urut sikit dan terus serap. Tak ada rasa melekit langsung dan rasa ringan je kulit macam tak pakai apa. 


Kalau korang ada parut jerawat atau dark spot yang macam susah sangat nak hilang mungkin boleh cuba Nanowhite Dark Spot Corrective Serum ni. Kalau parut baru confirm cepat je pudar.


Bila dah pakai satu lapisan serum ni pada muka kemudian pakai satu drop atau secukupnya la pada parut pula untuk lapisan kedua.






Step ke empat pula ialah moisturize menggunakan Nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream. I suka kesan pelembap ni yang buat kulit I rasa lebih lembut dan next day bila bangun nampak kulit sihat dan segar. Moisturizer ni unik juga la sebab ada biji kecil tak silap I itu ialah encapsulated essence yang membantu memberi dua kali ganda kelembapan pada kulit.


Kulit jadi lebih licin dan lembut. Bila sapu pun rasa best je sebab ada rasa biji kecil tu macam pop bila sapu pada kulit haha. Moisturizer ni dalam bentuk cream, tak buat kulit I rasa melekit atau berminyak. Just nice tekstur dia.





Atas ni gambar kulit I before dan after pakai satu set Nanowhite ni. Kalau tengok gambar yang ada arrow tu kulit I ada parut jerawat dan ada dark spot juga. Walaupun dark spot tak berapa ketara tapi I rasa macam rimasnya bila nak hilang dark spot ni. Dark spot memang susah nak pulih. Jadi lepas pakai satu set Nanowhite ni dalam dua minggu lebih tengok la kulit I belah kanan.


Bagi I kulit lebih lembut dan parut pudar. Ada yang parut dah tak kelihatan lagi. Kulit pun nampak lebih sihat. Kulit I memang tak ada masalah iritasi, allergic ataupun masalah jerawat bila pakai produk ni.





Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman Facebook Nanowhite di www.facebook.com/nanowhite, atau lawati laman web rasmi di www.nanowhite.com.my.


Kalau ada soalan mengenai produk ni atau komen boleh je dm I dekat instagram ataupun tinggalkan dalam komen box dekat bawah okay.



39 comments

  1. Best produk ni... Bagus utk jeragat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu banyak review positif untuk masalah kulit

      Delete
  2. Nano white ni sesuai untuk remaja tak..anak dara akak sekarang dah umur 14 tahun..so sekarang tengah cari skincare yang sesuai untuk kulit dia...nasib baca entry ni..nampak menarik product ni sebab sesuai untuk semua jenis kulit kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai kak SA tapi tak silap nanowhite ada juga range untuk remaja

      Delete
  3. Produk nano white pernh kwn guna juga.. Berkesan utk kulitnya. .kalo wajah cerah tp bila ada bintik hitam pasti ketara nmpknya.. Jika produk ini mampu menutup parut dan bintik hitam pasti hati gembira..wanita dan kecantikan berpisah tiada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak.masalah bintik hitam ni memang susah nak hilang.kena cari produk yang khusus untuk masalah tu macam nanowhite ni

      Delete
  4. Nampak menarik je produk ni, boleh bagi anak dara cuba ni. Sis tak berani nak tukar-tukar produk, masih setia pada yang satu..hehehe. Lagi pun dah lama pakai produk sis ni so dah tahu serasi atau tidak kat kulit wajah sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la bagi anak cuba nanti sis.airah memang suka try produk lain lain ikut masalah kulit dan nak tahu produk tu berkesan atau tak hihi

      Delete
  5. Memang nampaklah perbezaan tuh. Paling risau bila jerawat tinggalkan parut dan payah nak pulih. Nampak gaya kena try serum Nano nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ada sesetengah parut jerawat ni susahnya nak hilang.airah guna serum tu cepat je pudar

      Delete
  6. good to know about this as I have dark spots too. shall chek this brand soon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sure since this product special for dark spot I hope it's work on your skin too

      Delete
  7. Great to see a product to help with dark spots. I've had a problem with my pores for so long, will need to get this asap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya you should try this one I love how this moisturizer works for my skin

      Delete
  8. Blackhead mmg yg big problem. Belum lg big pores. Mmg susah nak cr product yg murah. But thinks Nano white ni mmg liez kena cr la

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu macam macam kena jaga kulit haha nasib produk ni works for my skin

      Delete
  9. Wow! Bestnya bila dapat produk yang berkesan kan. Rawlins mempunyai kulit yang sensitif dan memang rasa bahagia bila produk berkesan pada kulit ini. Rasa macam nak try pula produk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun kulit sensitif jugak nasib baik produk ni sesuai

      Delete
  10. Tak sabat nk cuba produk ni .Geram jerawat tumbuh ni kat pipi .Kesan jerawat lagi lah x suka. Mana tau lepas cuba produk ini kulit makin elok .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau parut jerawat tu memang geram je.mesti nak cari produk nak hilangkan parut tuuuu

      Delete
  11. Oky boleh lah sy dapatkan produk nie sbbnya bintik2 hitam banyak sgt kat muka. Stress betul. Pakai mask pon x tanggal2. Degil

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bintik hitam memang susah sangat nak hilang kena guna produk yang memang khusus untuk bintik hitam tu

      Delete
  12. Bestnya produk Ni dapt mencerahkan kulit dan mencantikkan lagi dengan menghilangkan bintik hitam. Jenama produk ni memang popular terutama dikalangan anak remaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu memang famous dah brand ni sebab kebanyakkan feedback semua positif

      Delete
  13. Wah, produk ni menarik betul la. Huda pun nak beli la, boleh cantik raya nanti. Masalah bintik hitam ni memang susah nak hilang, nak try corrective serum ni. hope it works on me

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu memang ramai ada masalah bintik hitam ni. cuba la :)

      Delete
  14. fuuuh macam menarik! tapikan lelaki boleh ke pakai? since laki pun kadang ada masalah ni? kalau ada boleh war-warkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki pun boleh ! I dah try dekat kulit husband I ada kesan

      Delete
  15. I have heard of this brand and range but have not try them yet. Looks effective also.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes this brand quite famous you should try it too

      Delete
  16. Looks like it's a great product to vanish our spot... Gonna looks beautiful and pretty after using it yeah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. true. I hope my skin looks flwless soooon

      Delete
  17. Replies
    1. hahaha packaging dia pun nampak cantik

      Delete
  18. Nampak menarik produk ni. mudahlah nak beli kalau leh dapat kat farmasi kan. nnti nak try cari la

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang nak cari jenama ni rasa semua tempat drugstore dan pasaraya ada

      Delete
  19. Nano white punya cleanser Awakening Snow Wash dengan Refining Treatment Toner memang best sangat cuma serum dia belum pernah guna lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ! best dua dua produk ni hahaha bagi I semua best

      Delete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.