Jum ramai-ramai memeriahkan Giveaway Ramadhanraya 2018 by Aerillhassan ni. Syarat mudah je hanya perlu follow dan like. Kalau nak join dan tengok syarat-syarat giveaway ni boleh tekan banner di atas okay.


Hadiah pun menarik ! Antara hadiahnya ialah





1 X Facial mask - gambar hanya hiasan



Related image

1 X tumblr inspired pillow case


Tudung
Topup
Voucher Printcious
Fridge Magnet
Polaroid Photo


Banyak sangat hadiah menarik. Jum join !



Giveaway ini akan berlangsung dari 11.59 malam 17 Mei 2018 sehingga 11.59 malam 11 Jun 2018


Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan



Sebelum ni bila orang cakap pasal susu kambing je mesti ada yang cakap rasa dia tak sedap ataupun bau tak menyenangkan. Ada juga yang suka susu kambing tapi nak dapatkan susu kambing pula susah. Walaupun I suka minum susu, tak pernah terfikir pun nak rasa susu kambing sebab I rasa buat apa susah susah nak cari susu kambing kalau dah banyak susu dekat pasaraya.


Sejak I google khasiat susu kambing ni rasa teringin pula nak beli haha. Dan hanya satu jenama je yang I terfikir bila fikir susu kambing. Lazz ! Dah banyak kali dengar iklan dekat radio, dengar lagu tema susu ni, tengok iklan dekat tv lagi, dekat social media lagi tapi baru sekarang nak mencuba. I ada juga terbaca yang susu biasa dekat pasaraya tu lebih banyak gula dan tak elok la untuk kesihatan ni bila banyak gula. Niat nak minum susu untuk kesihatan tapi gula lagi banyak.


Kalau korang tak tahu lagi antara kebaikan minum susu kambing ni

- Tidak menyebabkan alahan.
- Membantu sistem imunisasi tubuh.
- Bersifat alkali.
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
- Membantu sistem penghadaman.
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
- Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
- Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu




Kenapa susu kambing Lazz? Masa I search pasal khasiat susu kambing ni banyak positif review susu kambing dari Lazz. Susu Lazz ni dalam bentuk serbuk jadi senang sangat nak simpan dan senang juga nak bancuh bila nak minum. Ada juga yang dalam bentuk sachet kecil tu lagi la senang nak bawa minum kemana-mana. Nak bawa travel pun senang !


Jadi dalam bulan ramadhan ni I berkesempatan la nak rasa susu kambing Lazz ni. Ada banyak perisa yang sedap seperti susu kambing Lazz Asli, Lazz Kurma, LAZZ Choco dan Lazz Cafe. Antara kebaikan susu kambing Lazz ialah

- Rendah Risiko Alergik.
- Mengurangkan Kulit Sensetif
- Melegakan pedih perut dan ulu hati
- Mengeluarkan Angin
- Melawaskan dan Baik untuk Penghadaman.
- Cegah anemia


Banyak lagi khasiat susu kambing Lazz ni kalau dah rasa baru tahu tau. Macam I untuk bulan ramadhan ni I akan bancuh satu mug susu kambing Lazz semasa sahur. Bila dah minum susu kambing masa sahur insha Allah kenyang sampai petang. Aiman selalu tanya I tak lapar ke dan memang I rasa tak terlalu lapar. Boleh tahan lagi dan boleh aktif lagi buat kerja.


Berbanding dengan puasa tahun lepas memang I tak larat sikit sebab nak kerja, balik kerja nak masak lagi, nak pergi solat terawih lagi. Ada hari-hari nya nak pergi tawaf bazar ramadhan lagi. Penat ! Tapi tahun ni bila minum susu kambing Lazz rasa okay pula. Banyak kerja boleh buat sebab banyak tenaga. Kenyang pun lebih lama.




Apa yang I suka susu kambing lazz ni rasa dia sedap. Tak ada bau yang tak menyenangkan pun. Kalau yang Lazz kurma tu ada rasa manis kurma dan kalau nak tahu susu kambing Lazz tak ada gula tambahan. Yang asli pun tak rasa muak. Kalau yang choco dan Lazz cafe lagi la sedap sebab rasa coklat dan rasa kopi. Sesuai nak jadikan sarapan juga kalau bukan dalam bulan ramadhan. Bila bulan ramadhan I lagi suka bancuh yang kurma tu sebab yang tu paling favourite.


Nabi Muhammad s.a.w juga menggemari susu kambing kerana terdapat keberkatan dan kesihatan jika diamalkan. Boleh dijadikan amalan sunnah seisi keluarga. I memang akan bancuhkan untuk Aiman susu kambing Lazz ni. Ajak dia minum sekali dan dia pun suka. Satu family boleh minum susu Lazz.


Kalau yang ada masalah tak dapat berpuasa sebab ada gastrik boleh cuba minum susu kambing Lazz ni. Kalau nak lebih kenyang boleh campur dengan oat ataupun nestum. Sifat alkali susu kambing dapat neutralkan asid berlebihan dalam perut dan hilangkan pedih. Memang sesuai sangat untuk mereka yang ada gastrik. Rugi kalau tak dapat berpuasa dalam bulan ramadhan ni kan jadi boleh la cuba tips dan resepi untuk kekal kenyang seharian berpuasa.





Masa scroll facebook I ada terbaca dekat page Lazz Susu Kambing untuk ikhtiar hamil dengan amalkan susu kambing. Ini tahun kedua I kahwin tapi I tak ada la ambil berat sangat nak ikhtiar hamil sebab rasa tak apa kot muda lagi. Tapi bila dah ada stok Lazz dekat rumah ni apa salahnya amalkan. Dekat page Lazz pun ada diaorang syorkan set untuk ikhtiar hamil dan memang banyak feedback positif pasangan yang ikhtiar hamil dengan susu kambing Lazz ni. 


Lazz pun banyak kongsi tips tips pemakanan kalau dalam usaha nak hamil. Kalau korang pun sedang ikhtiar hamil boleh la cuba minum susu kambing Lazz. Kalau nak lebih banyak informasi boleh follow page facebook Lazz.


Untuk pembelian boleh ke lama web http://www.lazzdelivery.com/ senang sebab ada penghantaran sampai depan pintu rumah lagi. Tak payah dah susah nak keluar pergi kedai. Untuk lebih banyak info boleh ke instagram @lazzsusukambinghq ataupun whatsapp 0182777290.










Susu Kambing Untuk Bulan Ramadhan

Setiap orang mesti pernah alami keadaan kulit berparut disebabkan jerawat. Lagi satu masalah yang selalu menggangu kulit adalah bintik hitam. Dua masalah ini bukan sahaja susah untuk dirawat malah mengurangkan keyakinan diri. I pun hadapi masalah yang sama untuk mengurangkan parut jerawat dan bintik hitam di wajah. Walaupun dah jaga rutin kecantikan wajah, parut jerawat dan bintik hitam masih ambil masa yang lama untuk pudar.



Hujung bulan lepas, I ada share produk baru yang I guna di instagram. Ramai juga la yang dm tanya sesuai atau tak produk yang I guna tu untuk hilangkan parut jerawat dan bintik hitam. Masa tu I baru je lagi guna jadi nak bagi tahu kesan pun macam tak boleh bagi full review. Sekarang I dah guna dalam tiga minggu dan I nak share macam mana kesan produk ni untuk kulit I.


Dekat instagram juga I ada terangkan serba sedikit mengenai fungsi produk. Produk tersebut ialah Nanowhite Dark Spot Corrective Serum !




Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dengan LumiLiteTM baharu diperkaya dengan tiga bahan pencerah yang membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata. Sebab tu ramai yang tanya I berkesan ke tidak serum ni sebab I tahu memang ramai yang ada masalah parut dan bintik hitam. Team Nanowhite dah buat ujian penggunaan untuk wanita di rumah dan ternyata wanita Malaysia mendapati kulit mereka bertambah baik dengan cepat.


Ia mempunyai gabungan teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semula Jadi untuk membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik untuk memberikan hasil kulit cerah yang berseri dan kekal lama. Masa pertama kali I pakai serum ni memang nampak kulit lebih berseri dan sihat sebab tu tak sabar nak tunggu kesan dia selepas dua minggu.






Kenapa tak sabar tunggu kesan selepas dua minggu? Sebab I pun nak tahu juga betul je dalam masa dua minggu je seperti yang dinyatakan, bintik hitam dan parut jerawat akan berkurangan. Terbukti hasil ujian yang telah dilakukan dengan penggunaan di rumah, hampir kesemua (95%) wanita berusia 22 hingga 35 tahun nampak akan pengurangan bintik hitam dan parut jerawat selepas hanya menggunakan produk selama dua minggu!


Antara bahagian yang selalu ada bintik hitam dan parut jerawat ni ialah pipi, dagu dan dahi. Ujian yang telah dilakukan pada 50 wanita Malaysia menunjukkan pemulihan yang ketara pada bahagian-bahagian tersebut.






Apa yang I paling suka mengenai serum ni dia bukan sahaja membantu memudarkan jerawat dan bintik hitam tetapi mencerahkan wajah dan tona tidak sekata. Banyak sangat manfaat. Bila dah ada banyak manfaat dalam serum ni lebih jimat masa. Tak susah dah nak fikir produk lain. Kesan dia pun cepat dan tak perlu la risau mana nak sorok parut jerawat lepas ni hihi.


Yang paling best sekali, Nanowhite telah memperkenalkan apps terbaru iaitu Nanowhite AR+. Aplikasi mudah alih ini membantu wanita yang mempunyai parut jerawat, bintik hitam dan tona tidak sekata untuk membayangkan wajah mereka tanpa cela dan masalah kulit yang lain ! menarik kan? Bila dah tahu macam mana keadaan kulit kita yang bersih dan berseri mesti lagi gigih usaha konsisten pakai Nanowhite Dark Spot Corrective Serum.


Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la download aplikasi ini di Google Play Store dan Apple App Store. Kemudian, imbas pembungkusan serum dengan aplikasi tersebut dan ketahui lebih lanjut mengenai produk-produk Nanowhite dan panduan langkah-langkah penjagaan kulit sambil membayangkan penambahbaikan kulit melalui fungsi realiti berperantaraan.




Bukan itu sahaja - pengguna aplikasi berpeluang memenangi hamper produk Nanowhite bernilai RM2,500! 


Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik dalam aplikasi mudah alih Nanowhite AR+, dan pemenang bertuah akan dimaklumkan melalui telefon. I dah donwload apps ni, korang bila lagi?



Nanowhite Dark Spot Corrective Serum 30ml dijual pada harga RM69.90 di semua farmasi dan pasaraya utama di seluruh negara. Apa yang paling I suka mengenai serum ni, dia cepat serap pada kulit dan tak tinggalkan kesan melekit langsung. Sesetengah orang memng tak suka la pakai produk yang buat muka rasa melekit ni kan jadi memang sesuai sangat kalau nak cuba serum Nanowhite.


Bau pun tak ada bau yang menggangu hidung. kesan dia pun nampak kulit lebih berseri, glowing sihat dan semestinya bintik hitam dan parut jerawat pudar. Kalau beli satu set produk Nanowhite, pakai serum ni untuk step ke tiga. I ada share juga step-step nya dekat instagram story.







Untuk step pertama boleh guna Cleanser Awakening Snow Wash. Pertama kali guna cleanser ni I macam Wow ! Lepas cuci muka kulit rasa lembut dan rasa macam lembap. Tak ada rasa tegang walaupun pencuci ni dalam bentuk foam. Foam dia pun lembut. Teruja I sebab kulit muka rasa lembap je lepas cuci.


Serius rasa lepas cuci muka berbeza dengan pakai cleanser lain. I mungkin akan repeat beli cleanser ni sebab best. 








Step kedua pula ialah tone, Nanowhite Refining Treatment Toner. Toner dia tak memedihkan kulit dan buat kulit I rasa lembap dan lembut. Bau toner dia lembut dan segar. Bila pakai pun rasa segar je kulit. I guna cotton pad untuk pakai toner ni.


Toner membantu untuk pori nampak lebih kecil dan membersihkan pori. Paling best membantu mengawal minyak tanpa membuat kulit rasa kering.






Step ketiga ialah treat. Treat ni la step untuk Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. I perasan perubahan ketara juga pada bintik hitam dan parut jerawat I. Nampak lebih pudar walaupun dalam kamera tak nampak sangat perubahan dia tapi I suka bila I sendiri nampak perbezaan kulit I.


Macam I bagitahu tadi, serum ni cepat je serap pada kulit bila pakai. tekstur dia tak terlalu cair. Untuk muka I dalam tiga drop dah cukup rata pada kulit muka. Sapu je sambil urut sikit dan terus serap. Tak ada rasa melekit langsung dan rasa ringan je kulit macam tak pakai apa. 


Kalau korang ada parut jerawat atau dark spot yang macam susah sangat nak hilang mungkin boleh cuba Nanowhite Dark Spot Corrective Serum ni. Kalau parut baru confirm cepat je pudar.


Bila dah pakai satu lapisan serum ni pada muka kemudian pakai satu drop atau secukupnya la pada parut pula untuk lapisan kedua.






Step ke empat pula ialah moisturize menggunakan Nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream. I suka kesan pelembap ni yang buat kulit I rasa lebih lembut dan next day bila bangun nampak kulit sihat dan segar. Moisturizer ni unik juga la sebab ada biji kecil tak silap I itu ialah encapsulated essence yang membantu memberi dua kali ganda kelembapan pada kulit.


Kulit jadi lebih licin dan lembut. Bila sapu pun rasa best je sebab ada rasa biji kecil tu macam pop bila sapu pada kulit haha. Moisturizer ni dalam bentuk cream, tak buat kulit I rasa melekit atau berminyak. Just nice tekstur dia.





Atas ni gambar kulit I before dan after pakai satu set Nanowhite ni. Kalau tengok gambar yang ada arrow tu kulit I ada parut jerawat dan ada dark spot juga. Walaupun dark spot tak berapa ketara tapi I rasa macam rimasnya bila nak hilang dark spot ni. Dark spot memang susah nak pulih. Jadi lepas pakai satu set Nanowhite ni dalam dua minggu lebih tengok la kulit I belah kanan.


Bagi I kulit lebih lembut dan parut pudar. Ada yang parut dah tak kelihatan lagi. Kulit pun nampak lebih sihat. Kulit I memang tak ada masalah iritasi, allergic ataupun masalah jerawat bila pakai produk ni.





Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman Facebook Nanowhite di www.facebook.com/nanowhite, atau lawati laman web rasmi di www.nanowhite.com.my.


Kalau ada soalan mengenai produk ni atau komen boleh je dm I dekat instagram ataupun tinggalkan dalam komen box dekat bawah okay.



Kulit Sempurna, Menawan Tanpa Bintik Hitam dalam Masa Dua Minggu




I nak ajak semua orang join giveaway blog SiqahIqa ni sebab hadiah dia menarik sangat ! Kalau nak tahu hadiah apa boleh la tekan banner atas ni tau.


Syarat nak join pun senang je. I memang dah lama follow blog dan media social Siqah jadi I lagi la senang nak join hahaha. I suka sangat dengan blog Siqah sebab blog dia kemas dan warna pink ! Suka juga baca semua review buku, movie dan lain-lain sebab I percaya kalau Siqah cakap best mesti best punya la.


Untuk blog Siqah I memang dari dulu suka template dia. Yang lama dan yang sekarang ni. Kemas dan warna yang digunakan pun lembut je. Jadi kalau korang nak tengok macam mana blog Siqah boleh la tekan banner kat atas ni dan join terus giveaway.

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa




Finally ada juga masa nak join Giveaway Sis Nadia ni. Dah lama tengok ramai yang join tapi masa tak mengizinkan I nak join. Korang pun jum la join sekali Giveaway ni sebab hadiah dia memang best ! Barang dari Korea tau sebab Nadia baru balik dari Korea.


I dah lama follow social media dia termasuk lah Bloglovin dan instagram semua la jadi syarat-syarat nak join giveaway semua dah settle lama dah haha. I suka tengok blog Nadia ni sebab semua gambar flatlay, gambar yang dalam entry semua cantik. Jealous betul dengan orang yang kreatif tangkap gambar cantik-cantik ni. 


I tak ada komen pun pasal blog sis Nadia sebab memang dari dulu suka singgah blog ni. Gambar besar dan best, ayat blog pun senang je nak faham. I pun suka baca entry travel macam tu. Kalau korang pun nak join boleh la tekan banner cantik dekat atas ni okay.

SPRING & DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA


Harini I nak share Ayam Masak Kurma yang ringkas je sebab I pun tak cukup masa nak masak lama-lama dekat dapur hihihi. Sekarang nak kumpul resepi senang-senang dekat blog supaya nanti bila dah tak ada idea nak masak apa boleh la refer blog sendiri. 


Walaupun tak ada la pandai sangat memasak tapi I usaha juga nak masa dan bagi masakan tu sedap. Bukan sedap level chef tau, sedap level bila makan dengan nasi boleh telan hahaha. Nak dekat bulan puasa ni boleh la jadikan ayam masak kurma sebagai salah satu menu berbuka. 





Bahan -

Ayam - Sukahati la nak berapa ketul. Biasa I masak untuk sehari dalam empat ketul untuk dua orang.
Bawang besar sebiji
Sebiji Tomato - Nak letak boleh tak letak pun boleh. Dalam peti tinggal sebiji ni je so I letak nak habiskan stok hihi
Dua biji ubi kentang - Selalu letak lebih sebab Aiman suka makan ubi
Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga - selalu masukkan satu je setiap jenis sebab nak masak pun tak banyak
3 sudu besar rempah kurma - rempah kurma ni ikut la nak banyak mana, I selalu letak banyak sebab nak kuah banyak. Kalau letak sikit tapi nak kuah banyak nanti kurang rasa kurma
Cili
Garam
Gula
Sebuk perasa


Untuk menu kali ni I tak letak santan sebab santan dah habis. Tak letak santan pun masih sedap cuma tak ada la rasa berlemak.


Air rebusan ayam.

Selalu I akan rebus ayam dulu nak bagi masak elok. Lagipun nak guna air rebusan ayam untuk jadikan kuah.




Step -
1. Panaskan minyak dan tumis bawang, cili, bunga lawang, kayu manis dan pelaga.
2. Dah naik bau, masukkan rempah kurma pula. Kacau rata sampai terbit minyak.



3. Masukkan ayam dan kacau lagi sampai rempah rata pada ayam.




4. Masukkan air rebusan ayam tadi. 



5. Masukkan ubi bila air kuah dah mengelegak. Lepas ubi dah empuk boleh la masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Rasa la sampai sesuai dengan citarasa haha. Lepastu last baru masukkan tomato sekejap je.


Bila dah sedap boleh hidang. Biasa memang I akan masukkan santan tapi masa nak masak santan dah habis pula. Jadi guna jela bahan apa yang ada dekat dapur. Kalau nak rasa yang lebih kaw lagi boleh tambah kerisik, asam keping dan halia. I masukkan apa yang ada je. 


Okay itu sahaja untuk menu ringkas ayam masak kurma tanpa santan dan bahan yang ada di dapur sahaja. Asalkan boleh makan dengan nasi I okay je. Aiman pun okay je makan haha. Selamat memasak !


Sorry gambar dah siap tak ada sebab penat la nak tangkap gambarrr. Nak makan je.


Resepi Ayam Masak Kurma Ringkas






Dekat entry New Team Member ni, I ada tanya kalau ada yang nak request review produk yang I baru beli. Antara yang dapat vote paling tinggi ialah makeup remover dan facial cleansing wipes dari Pure Beauty ni.


Sebelum ni I guna wet tissues dari Watsons yang banyak jenis tu je. Itu pun agak pedih bila pakai di muka tapi tak tak sure kenapa asyik guna yang tu je -.- 


Produk : Pure Beauty Makeup Remover & Facial Cleansing Wipes
Isi : 20 wipes
Harga : rm15.90 (Harga Asal) RM11.90 (Harga sales)


Produk Pure Beauty ni hanya boleh didapati di Watsons sahaja. Banyak juga review dan feedback positif produk lain Pure Beauty ni tapi I baru nak cuba wipes dia je. Selalu sebelum beli apa-apa produk I akan buat research dulu. Baca review di blog lain dan di twitter. Kalau macam lebih banyak bad review dari good review, I tak beli. Sebab tu kebanyakkan produk yang I dah buat review di blog sesuai dengan jenis kulit I.





Dekat packaging belakang ada tulis expired date semua. Untuk bahan dalam dia boleh refer packaging atas ni. I nak salin semula malas tau banyak sangat bahan dia hahhaha. Tapi antara bahan utama dia ialah 


Patended IBR ingredients: Anti-pollution, Strengthen natural skin defense, Anti-ageing
GFF (Galactomyces Fermented Filtrate): Ultra-Shielding, Even skin tone 
Phyto-Placenta: Skin rejuvenation, Anti-wrinkle








Antara info yang ada pada packaging dia. Meriah betul dengan tulisan hahaha rajin ke nak baca banyak-banyak ni. Pure Beauty ni produk dari korea yang dijual di watsons sahaja tak silap I. Untuk makeup remover wipes ni ada dermatologically tested jadi agak meyakinkan la nak guna.


Bagi yang anti sangat dengan paraben dan alcohol, produk ni tak mengandungi semua tu jadi boleh guna dengan gembira okay.




Sebenarnya I tak berniat pun nak cuba wipes ni tapi masa pergi Watsons haritu ada sales dan tergoda pulak nak beli. Packaging dia pun cantik warna pink. I selalu bawa wipes ni dekat tempat kerja sebab senang nak tanggalkan makeup bila nak solat. Packaging dia pun senang nak letak celah handbag ataupun celah beg telekung.


Setakat ni bila I asyik bukak tutup seal dia tu tak buat wipes dalam tu kering pun. Sebelum ni I ada beli wipes biasa je tapi sebab dah lama sangat mesti wipes dalam tu jadi macam kering dari sebelumnya. 


Jenis tissue wipes.


Tissue wipes ni tak kasar sesuai untuk kulit I. Tak ada buat kulit rasa pedih ke apa bila tertonyoh kuat sikit haha.




Atas ni gambar I guna wipes untuk bersihkan lipstick dan mascara. Senang je nak tanggalkan makeup guna wipes ni tak payah beria nak tonyoh pun. I biasa guna wipes bila makeup tak heavy. Kalau heavy terus guna micellar water je. Wipes ni berguna bila nak travel, road trip, pergi mall dan pergi memana la sebab senang nak guna.


Untuk kulit I tak ada kesan iritasi. Kesan pedih pun tak ada bila guna. Bau wipes ni tak ada la wangi sangat tapi masih ada bau wangi yang light je. Tak mengeringkan kulit I tapi lepas guna kulit rasa lembut dan lembap.


Kuasa pembersihan dia untuk kulit I bila pakai bb cream, concealer, blusher dan lipstick agak bagus. Guna satu wipes je dah cukup. 

Pure Beauty Makeup Remover & Facial Cleansing Wipes Review






Nak pilih tudung yang selesa dan mengikut citarasa memang mengambil masa yang lama. Bukan semua pengeluar tudung boleh hasilkan tudung yang berkualiti dan mengikut citarasa pelanggan. Ramai wanita di luar sana yang mempunyai pelbagai citarasa dan pendapat sendiri dalam memilih tudung yang diingini termasuk la I.


Kalau I memang ambil berat sangat material tudung yang nak beli. Satu, mesti la senang bentuk sebab muka I gemok ! Tak nak tudung yang nampak muka gemuk sangat hahaha. Material seperti satin berat I tak suka sangat sebab susah sangat nak bentuk dan muka I jenis panjang memang rasa macam tak kena la. Serius kena pentingkan bab material ni kalau nak beli tudung.






I lagi suka pakai shawl dari bawal. Koleksi shawl memang lagi banyak la dari bawal sebab I rasa pakai shawl lagi senang dan cepat walaupun orang lain berlawanan pula dengan I. I pakai shawl dua pin sahaja pun dah cukup. Sebab tu penting nak pilih tudung yang jenis cantik terletak dan tak banyak songeh. Kalau tudung jenis licin tu eeei tak suka betul sebab susah dan banyak benda nak kena adjust.


Pertama kali pakai tudung dari SofeaRose memang dah jatuh cinta. Masa parcel sampai pun I dah excited tengok packaging dia. Cantik dan classy ! Kotak tudung warna hitam dan tudung I terletak cantik je dalam kotak tu. Kalau packaging cantik terus teruja tahap max.







Pertama kali pegang material tudung ni pun I rasa material dia lain dari yang lain. Jenis yang berat tapi bila pakai tak rasa panas. Material dia berat tapi bukan berat macam satin tak best tu, tapi berat yang buatkan bila pakai shawl ni nampak flowy cantik ! Material memang berkualiti. I nak iron shawl ni pun senang je, tak perlukan kegigihan yang over.


Apa yang menarik perhatian I mengenai jenama SofeaRose ni, kempen kerjasama antara SofeaRose dan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu). Apa kena mengena koleksi tudung SofeaRose dan SEATRU ni?






Kita sedia maklum yang populasi penyu semakin menurun dan hampir ke tahap hampir pupus. Ini sangat membimbangkan kerana generasi akan datang mungkin tidak mengenali penyu lagi kalau penyu ni pupus. Ada tak tengok gambar yang penyu tertelan plastik la, sampah-sampah yang orang ramai buang ke dalam laut. Benda-benda macam ni bukan sahaja mengancam alam sekitar bahkan mengancam hidupan laut juga.


Jadi bagi meningkatkan kesedaran dan ancaman yang dihadapi oleh penyu, SofeaRose dan SEATRU berkerjasama dalam kempen memulih dan memelihara penyu. 






Melalui kempen ini, SofeaRose mengambil inisiatif untuk menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana program 'SEATRU- Adopt A Turtle'. Dengan mengambil penyu sebagai anak angkat angkat, wang akan digunakan untuk proses pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi. Program seperti ini amat membantu untuk memelihara penyu.


SofeaRose akan menyumbang sebahagian jualan dari koleksi Mermaid kepada program ini. Kenapa SofeaRose memilih Mermaid? Seperti yang semua orang tahu, Mermaid ataupun Puteri Duyung dilihat sebagai seorang wanita yang sangat cantik, lemah lembut, penyayang dan periang. Ini membuatkan Mermaid dikagumi dan ramai mengimpikan untuk menjadi Mermaid. I pun suka sangat dengan semua benda yang bertemakan Mermaid. Lebih sweet dan lembut !







SofeaRose telah berusaha menghasilkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan Koleksi Raya tahun 2018 yang berinspirasikan Mermaid. Peminat Mermaid diluar sana memang tak patut ketinggalan untuk mengumpul koleksi Mermaid dari SofeaRose. Antara koleksi Baju Raya 2018 SofeaRose ialah Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. Koleksi Mermaid SofeaRose ini boleh berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit anda akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.



Untuk pembelian :
- Hubungi Penasihat Imej di 019 – 635 0313 (Teha)
- Kunjungi butik SofeaRose di Bangi Sentral
- Menerusi laman sesawang di www.sofearose.com





Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose. Kalau nak cuci mata tengok koleksi cantik-cantik dari SofesRose boleh singgah media social di bawah.




Facebook : www.facebook.com/sofearose.my
Instagram : www.instagram.com/sofearose_hq
Twitter : www.twitter.com/sofearose_hq
Website : www.sofearose.com

Dari SofeaRose Demi Penyu

Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka.Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan.



No automatic alt text available.




Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehinggan RM3,900. Banyak tu. Nak tahu apa pakej yang ditawarkan? 


Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Menguruskan family day ataupun majlis besar-besaran ni bukannya senang jadi pihak Agrofarm mengambil berat akan hal itu dengan menawarkan  konsep tempah dahulu dan pilih tarikh kemudian. Kalau nak buat family day, kena dapatkan persetujuan ahli keluarga yang lain dulu. Kena pastikan tarikh tu semua orang tak ada kerja. Jadi kalau lambat buat tempahan nanti promo habis pula. Dengan konsep seperti ini sangat memudahkan dan menjimatkan.



Kalau nak buat majlis untuk syarikat seperti family day ataupun sport day pun sama. Banyak proses dan perbincangan. Bila dah book tempat, lebih senang kerja. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.


Image may contain: 22 people, people smiling, outdoor



Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja. boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.



Image may contain: 2 people, outdoor, water and nature


Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.

Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tengahari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. 


Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , Cuma perlu bawa joran sendiri. Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, kami ada sediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali kami akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah. Banyak kan aktiviti. 



Image may contain: one or more people, pool, swimming and outdoor


Harga yang di tawarkan.

Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).
Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780. 
Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja. 
Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax. 


Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web kami di:

Web : https://agrofarmstay.my
Facebook Page : www.facebook.com/agrofarmstay


Whatsapp / SMS / Call:
012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647
Office:
06 – 232 2761



MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

Kecantikan memang tak dapat dipisahkan dengan perempuan. Bukan perempuan sahaja, lelaki pun dah mula ambil langkah drastik untuk menjaga penampilan diri. Yang paling dititikberatkan mesti la kecantikan kulit muka. 


Pernah tak rasa kulit macam kering, kusam dan masa tu jugak la jerawat nak naik. Bak sudah jatuh ditimpa tangga. Masa tu la semua benda nak jadi pada kulit, semua benda berlumba-lumba nak hinggap pada kulit muka ni hahaha. I pun sama. Masa tu la kulit mengelupas sebab kering, masa tu jugak jerawat nak naik ! Geram je.





Sekarang dah tak risau dah semua benda nak serang dalam satu masa sebab dah ada stok Lovera Magic Jelly. Bagi yang tak tahu lagi, Lovera Magic Jelly ni adalah produk ajaib serbaguna. Banyak yang boleh dirawat dengan hanya satu produk. 


Bukan itu sahaja, Magic Jelly ni boleh digunakan untuk satu badan. Tak terhad hanya pada muka sahaja. Jadi bagi I dah jimat dah dekat situ sebab tak payah nak guna banyak produk. Beli sebotol ni je dah boleh guna untuk macam-macam benda.



Magic Jelly boleh digunakan sebagai :
 - Face moisturizer
- Mengecutkan jerawat
- Serum rambut
- Melebatkan dan memanjangkan bulu mata
- Pelembap bibir
- Makeup primer
- After shave gel
- Menghilangkan parut
- Penyegar wajah
- Sunburn gel
- Ruam pada badan bayi
- Lotion Badan
- Makeup remover



Dan banyak lagi la manfaat lain yang boleh diperolehi dalam hanya satu botol sahaja. Sebab tu I dah tak risau kalau kulit kering dan ada jerawat tambah lagi dengan merah-merah allergic, boleh je sapu Magic Jelly sebab berguna untuk semua masalah. Kenapa banyak sangat manfaat dia? Kalau nak tahu Magic Jelly ni mengandungi glycerin yang dapat melembapkan kulit dan membentuk lapisan perlindungan menghalang dari kehilangan lembapan pada kulit. Sebab tu Magic Jelly boleh digunakan sebagai pelembap dan sesuai dipakai pada bila-bila masa sahaja. 


Bila kulit terasa kering tu pakai je terus Magic Jelly. Selain itu, Magic Jelly mengandungi Aloe yang dah beribu tahun digunakan untuk pelbagai fungsi. Aloe sebagai anti radang dapat membantu kalau ada jerawat yang merah dan sakit tu, supaya jerawat tu boleh bertenang. 





Magic Jelly Lovera ni ada kelulusan KKM dan harga pun berbaloi dengan kualiti dan manfaat yang ada pada produk ni. Selain itu, Magic Jelly ni halal tanpa ada bahan berunsurkan haiwan. Hanya bahan semulajadi digunakan. Jadi tak perlu risau nak beli dan guna Magic Jelly.



- Tiada bahan kimia terlarang
- Tiada paraben
- Tiada pewarna tiruan
- Tiada mercury
- Tiada steriod
- Tidak menghakis kulit 
- Tiada kesan sampingan



Boleh tengok ribuan #MagicJellyTestimonials di facebook ataupun instagram okay. Packaging dia dari plastik jadi tak risau terjatuh ke tak mudah pecah. Botol kalis cahaya matahari yang melindungi kandungan gel di dalam supaya komposisi kimia tidak berubah apabila terkena haba dan akan memberi kesan kepada pemakai.


I suka packaging jenis pump macam ni. Senang nak ambil produk dan lebih bersih. Botol dia pun tak kecil sangat tapi masih muat nak letak dalam handbag tanpa tambahan beban berkilo-kilo hahaha. Senang juga nak selit celah mana-mana.










Cara penggunaan Magic Jelly pun senang je. Bergantung pada tujuan penggunaan produk ni. Kalau I suka pakai sebagai pelembap lagi-lagi pada tangan sebab kerja dalam aircond lama sangat, kulit pun rasa kering dan tak selesa. Memang berguna sangat. Selalu I akan basuh tangan dan sabun dulu, kemudian keringkan tangan dan sapu je Magic Jelly ni.


Kalau nak jadikan sebagai pelembap picit je produk pada tangan. Dalam satu pump pun dah cukup untuk satu muka. Kemudian sapu rata pada muka. Urut sikit bagi produk serap dengan cepat. Bagi kulit I, produk ni serap cepat ! Tak leceh nak tunggu kering.


Kalau ada jerawat pun boleh sapu lebih sikit pada jerawat ataupun parut. Bila malam boleh pakai lebih sikit sebab proses untuk pembaikan kulit dan pertumbuhan semula sel pada waktu malam ni lebih cepat.  Jadi bila bangun pagi esok boleh la merasa kulit lembut dan lembap. Nak sapu pada bulu mata pun boleh untuk melebatkan dan memanjangkan bulu mata.


Untuk rambut pula boleh dijadikan sebagai serum rambut. Rambut akan lebih lembut dan mudah diurus. Caranya lepas cuci rambut, masa basah-basah sikit tu sapu je Magic Jelly ni. Tak perlu bilas.





Tekstur Magic Jelly ni macam gel. Cepat serap dan tak ada bau wangi yang kuat. Bau dia lembut je. Kalau tak dekatkan pada hidung, tak perasan pun ada bau. Boleh la beli Magic Jelly untuk pelbagai kegunaan kecantikan mahupun rawatan. Bagi yang ingin mencuba produk ini, bolehlah mendapatkannya dengan harga seperti berikut :-

Produk : Lovera Magic Jelly
Isi : 60ml
Harga : RM70





Dekat mana nak beli? Boleh check media social Lovera Malaysia di


Instagram : @LoveraMalaysia
FB : Lovera Malaysia
Website : www.Lovera.com.my
e-Mail : hello.lovera@gmail.com
Hotline : +6011 3234 8255



Magic Jelly. Protect, Repair, Enhance

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.