Resepi Tauhu Bergedil + Sos Kicap




Bila tauhu bergedil tengah viral haritu I macam tak ada teringin sangat nak try. Walaupun banyak gambar lalu depan mata, banyak resepi orang share, sini sana orang jual I macam sedap sangat keee hahah sampai la diri sendiri yang teringin lepastu baru gigih membeli bahan. I bukan peminat tauhu. Kalau ada tauhu dalam mee goreng ke kuetiaw goreng I tak makan pun. 


I tak sure bahan yang I beli complete ke tak tapi asalkan cukup rasa nak buat. Macam macam versi ada tapi resepi yang I buat ni simple je. Macam biasa kalau bahan tu I jumpa I beli. Kalau bahan tu tak ada lantak sana.





Bahan 
6 - Tauhu kering
1 biji - Kentang
Daun bawang
1 biji - Telur
Isi ayam
Garam/ Perasa


Bahan pun simple je. I guna tauhu kering. I tak sure tauhu lain boleh guna ke tak rasa boleh je kot tapi kena refer resepi lain la ye sebab I guna tauhu kering biasa je. Kentang pun guna kentang biasa yang murah tu. Sebab I buat dalam kuantiti yang sedikit sahaja jadi kena pandai-pandai adjust la berapa banyak bahan nak guna okay.


Cara -
1. Rebus kentang macam biasa. Buang kulit dulu la. Dah lembut boleh lenyek.
2. Isi ayam tu mula-mula goreng dulu lepastu baru carik kecil-kecil. 
3. Gaul isi ayam dan kentang. Tambah garam atau perasa bagi ada rasa sikit. Tambah juga daun bawang
4. Tauhu tu belah tak putus bentuk X atas dia dan buang isi dalam. Isi tauhu tu pulak gaul bersama  dengan ayam+kentang tadi. Masukkan campuran ayam+kentang+lain-lain tadi dalam tauhu. Bagi mampat elok-elok.
5. Tada ! Dah jadi macam dalam gambar dekat atas tadi. Bila nak goreng baru celup dalam telur dan gorenggg....


Pastikan minyak betul betul panas bila nak goreng tau. Goreng sekejap je bagi garing tauhu tu.





Sos kicap
Cili 
Bawang putih beberapa ulas
Kicap


Hahaha resepi sos kicap dia pun I guna apa yang ada je asalkan ada rasa kicap dan rasa pedas. Cili tu I potong je halus then tambah bawang putih dan kicap. Gaul sebati. Kalau rasa okay dah boleh terus makan.


Bila banyak bahan dalam tauhu begedil mahupun sos kicap dia lagi sedap la sebab banyak perasa kan. Resepi tauhu bergedil dan sos kicap I simple dan mudah je sebab I nak cepat makan hahaha. Ini pun rasa dia dah cukup dah untuk I. Kalau korang baru nak mencuba buat tauhu bergedil boleh la cuba resepi mudah dulu then baru tambah macam-macam. Ayam tu pun boleh diganti dengan daging atau seafood mungkin sedap jugak.



1 comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.