NEW Hot N’ Cripsy Chicken And Smoky Grilled Beef



Dah cuba menu baru Mcdonalds? I tak plan pun nak cuba burger terbaru Mcd ni tapi haritu penat baru balik kerja, hadap jem lagi, tak ada mood pula nak masak hahaha. Aiman baik hati ajak pergi dinner Mcd je malam tu weee. Kan bagus kalau tiap hari baik hati macam ni. Tapi melayang la duit setiap hari nak makan Mcd -.-


I macam tak tergoda pun nak cuba burger baru ni. Lagi berminat dengan burger baru KFC tapi KFC jauh sikit dari rumah. Aiman nak pergi kerja malam tu jadi kita pergi Mcd depan rumah jela.




Yang atas ni Mcdonald Smoky Grilled Beef. Special dia sebab guna smoky chipotle sauce. I rate 2/5 je sebab sos dia tak rasa langsungggg.... Kalau tak tambah sos biasa sumpah tah apa-apa je rasa hahaha. I tak suka. Rasa biasa je cuma daging dia okay la lembut je. Bawang banyak boleh tengok gambar dekat atas tu.


I bukan peminat bawang. Walaupun I order yang ni last-last tukar dengan Aiman sebab tak sedap dan bawang banyak.




Atas ni pula Hot N' Crispy Chicken. Menggunakan Tange jalapeno sauce. I suka yang ni. Rate 4.5/5 ! Ayam dia memang crispy, gabungan dengan sos dia memang sedap. Ayam pun lembut je. Hot N' Crispy Chicken gabungan roti, daging ayam, sayur salad tu dan tomato.


Aiman order yang ni tapi sebab I tak suka yang beef tadi kiteorang tukar hahaha. Set dia macam biasa ada air dan fries biasa tu. I order sekali McFlurry Oreo so total RM 30++. Harga untuk satu set ni serius tak ingat haha. 



9 comments

  1. Siqah tak tahu pun kewujudan burger baru McD. Loser gila rasa. Hihi.

    ReplyDelete
  2. dah rasa dua-dua jenis burger, rasanya bolehlah tahan..

    https://aerillhassan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Burger nya sedap.. kalau i suka dengan bawang is very good.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suka bawang okay la airah tak suka huargh tak boleh telan

      Delete
  4. huwaaa menyesal tak order haritu. padahal dah nampak kat menu hahaha. tapi takpela kan. atleast bila baca review ni tahu la mana satu yang lebih sedap. so that nanti saya order yang lebih sedap tu kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahaha ada yang cakap dedua sedap kc kena suba sendiri.airah lagi prefer ayam tu

      Delete
  5. tak rasa lagi ayam tu tapi yang smoky beef tu tak sedap sangat pun. Tak pedas pun

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.