#LetsGetMessy

Khas untuk peminat roti, entry kali ni I nak perkenalkan menu roti terbaru dari SDS Bakery & Cafe. Kalau dah jemu makan nasi, roti adalah pilihan terbaik I untuk mendapatkan sumber tenaga. Lagi-lagi bila dapat mana roti yang gebu disaluti coklat lazat !






Pertama kali tengok roti ni I dah terliur. Penuh bercoklat kan. SDS memperkenalkan roti terbaru mereka yang diberi nama 'Messy Bun'. Kalau nak tahu kenapa nama dia Messy Bun baca entry sampai habis okay haha.


SDS Messy Bun adalah jenis croissant coklat dengan inti coklat dan disaluti sos coklat dan taburan serbuk koko. Boleh kira tak berapa patah perkataan coklat dalam ayat atas ni? Roti croissant Messy Bun SDS ni penuh bercoklat tau dan berasal dari korea pada tahun 2017.


Bagi menjawab kena nama dia Messy Bun sebab....





Bila makan bun ni akan messy dan comot ! Cara nak makan dia pegang roti dengan dua belah tangan, dekatkan Messy Bun pada mulut dan hidung, gigit bun dari atas. Yeayy wajib comot tau bila makan Messy Bun SDS. Tapi sorry la I tak cukup comot hahaha


Bagi I rasa bun croissant ni memang sedap. Walaupun dipenuhi coklat, coklat dia tak melampau manis macam nak kena potong kaki tau. Rasa manis dia just nice dan I rasa yang tak suka benda manis pun confirm akan suka roti ni sebab manis dia biasa je. Roti dia pun lembut. Bukan jenis roti rapuh dan berkecai tu hahaha. Tak puas makan satu.



Messy Bun ni dah popular dekat Korea, China, Taiwan dan baru-baru ni di Malaysia. Korang bila lagi nak mencuba?


Image may contain: text


Masa first time tengok poster ni dengan gambar Messy Bun dah terliur hahaha. Nampak sedap kan. Berita baik untuk korang yang nak mencuba Messy Bun ni, pre-launch special pada 13 April hingga 15 April sahaja dengan harga RM3 ! Murah kan. Terhad untuk outlet di Kota Tinggi, JB City Square, Paradigm Mall JB, Taman Johor Jaya, Plaza pelangi dan Giant plentong.


Untuk harga biasa boleh didapati di semua outlet SDS Bakery bermula 16 April 2018. Harga biasa hanya RM5.80 sahaja.




Apa yang lebih menarik, SDS siap buat pertandingan lagi tau. Ada dua kategori untuk pertandingan ini iaitu kategori dewasa dan kanak-kanak. Nak menang senang je, yang makan paling comot dan messy tu la yang menang. Pemenang akan mendapat RM100 SDS Cafe Dining Voucher. Setiap peserta juga akan mendapat RM30 SDS Cafe Dining Voucher. Jadi menang ke tak ke masih boleh dapat voucher.


Kalau berminat nak join boleh la datang ke Fanpekka Cafe by SDS, Aeon Mall Tebrau pada 15 April 2018 pada jam 2 hingga 3 petang. Untuk maklumat lebih lanjut boleh ke laman web SDS Bakery & Cafe okay.


Orang Johor jum la memeriahkan contest ni. Orang ramai dijemput hadir.


Official Facebook : @SDS Bakery & Cafe
Official Instagram : @sdsgroups
#sdsgroups #ilovesds #messybun #LetSGetMessy



5 comments

  1. ada jugak nampak messy bun ni orang post dekat socmed tapi tak pernah teringin nak beli lagi

    ReplyDelete
  2. wow mcm sedap kebetulan hari ni nak gi city square hehehe leh belii

    ReplyDelete
  3. hi sis.. messy bun ni memang best.. sy pun dah try smlm.. btw, u stay kat jb ye.. sy pun sama.. jemput singgah blog sy ye.. www.ceriteraibu.com..

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.