Kerja Kahwin : DIY goodiebag orang kahwin


Hai. Harini I nak share DIY buat goodie bag orang kahwin tu. Bag sahaja tau bukan isi dalam dia haha. Apa itu DIY? DIY tu Do It Yourself. Buat sendirian berhad la kiranya. Sekarangkan cuti sekolah, musim majlis kahwin sini sana. I memang taip entry ni masa cuti sekolah, waktu publish dia I tak pasti bila hahaha. Ini pun dah setahun tau gambar tak berusik dalam draft ! 


Setahun la jugak sebab I tangkap gambar step by step buat paperbag ni masa gigih tengah siapkan paperbag majlis kahwin sendiri.




Ye kalau korang nak tahu I memang buat sendiri je bag goodies tu tau. Bagi I kalau buat sendiri lagi jimat, lepastu boleh ikut sukahati nak design macam mana. Budget semua I dah ambil kira untuk buat paperbag ni. Rindu sangat waktu buat paperbag ni. Seronok, excited nak kahwin hahaha tak sabar nak majlis pun ada juga.


Sebelum mula dengan cara nak buat goodie bag sendiri ni I nak bagitau la hakikat yang betulnya macam masalah-masalah yang korang akan hadapi dalam proses menyiapkan paperbag ni.


Satu, printer rosak. Rosak bukan sebab apa tau, kalau I punya printer mungkin dia dah penat nak kena print banyak paperbag. Walaupun printer I dikira baru jugak tapi dia tak boleh buat kerja berat berat kalau tak dia buat hal kertas bag tu tak nak keluar la, ink berselerak tak kemas la macam-macam lagi.


Yang kedua bersangkut dengan point pertama juga. Banyak tau nak buat. Kalau korang nak buat dalam kuantiti sedikit beberapa ratus tu tak apa la. I buat dalam 500 ke 800 tak silap I hahaha. Gigih tak? I tiap-tiap hari buat benda ni dekat asrama masa belajar sebab majlis I dalam dua bulan selepas habis belajar. Nak tak nak kena siapkan cepat dan pantas.


Tapi jangan risau walaupun I busy buat persiapan perkahwinan masih dekan sem last tu tau. Ehem.


Ketiga, stress. Semua point memang related. Bila kena buat banyak-banyak terus rasa stress nak habiskan. Bila printer rosak stress lagi. I banyak kali jugak putus asa nak buat benda ni tapi kejap je lepastu sambung balik sebab bila tengok hasil dia boleh tahan. Jadi lebih semangat !


Bahan-bahan
Paperbag 
Gam 
Kertas tak berguna
Printer
Ink printer


Bahan dia senang je haha. Bahan utama paperbag dengan printer dan ink jela. Yang lain-lain tu untuk kekemasan yang lebih. 


Paperbag ni banyak pilihan tau. Ada warna putih dan coklat macam I punya. Lepastu ada yang tebal, sesuai untuk letak pisang goreng, cucur yang biasa peniaga guna. I ambil yang nipis sahaja. Memang paling nipis. Kemudian ada yang paperbag bertapak. Kalau ada tapak jadi paperbag tu boleh berdiri. Ada yang tak ada jadi kena sandarkan dia la. I punya bertapak senang nak susun di bahagian door gift.


I beli paperbag ni online dalam 800pcs. No telefon orang tu memang dah hilang la dah setahun lebih ! Tak dapat nak bagi jadi cari sendiri okay. 


Cara- cara

1. Kalau paperbag bertapak, kena gam dulu tapak dia bagi tak tersekat dalam printer. I guna gam selotep nanti dah settle boleh je bukak gam tu.




2. Sebab paperbag ni agak nipis, I letak kertas keras sikit untuk bagi senang dia nak lalu dekat printer.
Ada sebab lain jugak tapi I tak hengatttttt.



Letak la kertas apa-apa dalam tu.


settle letak kertas so kukuh sikit paperbag tu kalau tak lembik je.



3. Boleh la mulakan proses cetakan. Pastikan tempat letak kertas tu fit dengan saiz paperbag jadi tak ada la paperbag tu tak ada arah tujuan.


Kadang jadi masalah juga dekat sini. Paperbag senget, paperbag taknak masuk dalam printer, paperbag tersekat. Pepandai la adjust okay.


Bila paperbag dah settle print jadi dah settle la diy goodie bag kahwin awak hahaha. Kalau ink comot dekat paperbag tu print lain, kalau kertas tetiba kemik, konyok, print lain juga.




I letak design untuk paperbag tu dalam bahagian word sahaja. Senang nak print. Macam gambar atas tu design I terbalik kan itu salah satu cara I nak adjust macam mana design tu nak keluar nanti hahaahhaha.


Tadaaa dah siap.


Ini printer yang I guna. HP Deskjet Ink Advantage 1515. Ink dia no 678. I guna ink warna hitam sahaja.


Proses menghabiskan cetakan.


Okay design logo pada paperbag tu 100% I guna photogrid je untuk edit. Membantu sangat photogrid ni. Kalau korang nak boleh la download apps photogrid di handphone. Untuk pemilihan gambar seperti flower frame tu I search dekat google je. Ambil yang dah siap transparent background dia jadi senang nak edit.


Nak edit logo tu pun I ambil masa yang lama sebab kadang ada yang tak puas hati juga haha. 
Paling I suka bila buat sendiri ni, I boleh buat dua puluh ke, tiga puluh ke design yang I suka. Kalau order selalu boleh pilih satu design je kan. I nak variasi.


Jadilah goodie bag untuk doorgift I dengan lima design tak silap.










Boleh tengok antara design paperbag I dekat atas ni. Ada yang comot, ada yang okay, ada yang kertas pun tak okay. Kena banyak bersabar kalau nak buat sendiri ni. Lagi satu kalau boleh beli paperbag tu lebih dari yang korang nak sebab mesti akan ada yang tak boleh guna.


Masa I beli paperbag tu kan sepatutnya order 800 sahaja. Bila dah siap print semua ada lebih dari seribu kot. I tak pasti kenapa ada banyak gila lebih mungkin bila beli dalam sesetengah jumlah tu dapat free kot. Bayangkan patut nak guna 800 je, print sampai seribu nak buat ape entah. Nak cari gaduh dengan I je penat nak print. I pun memang tak kira, dah siap semua baru kira hahahahah.


I fikir banyak kali juga nak buat sendiri atau order je paperbag macam ni kan. Sebab I rajin I buat sendiri jelah. Ada jugak beberapa jenis bag goodie yang dah siap beli sebab nak fikir nak guna yang mana satu. Kira-kira budget buat sendiri jela.


Mine



Kalau nak lebih kreatif korang boleh je cari idea di Pinterest ke mana-mana banyak yang comel dan kreatif ! I punya biasa je.


4 comments

  1. Wahh. kreatifnya. Dan mmg jimat kalau buat sendiri. Effort mesti mau ada hehe. Serious kagum hee. Semangat and aura nak kahwin tu yang buat jadi rajin nak DIY tu hee. Thanks for sharing hee.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.my/2018/04/accident-x-april-2018.html

    ReplyDelete
  2. pernah nak buat hari tu. printer pulak tak rolling kertas ni. tebal sngt kot kan. sudahnya print banyak2 tampal balik. hehehe

    ReplyDelete
  3. macamni caranya nak buat diy goodie bag.tak adalah susah sangat

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.