Innisfree Green Tea Seed Serum





Sebelum ni I guna The Body Shop Vitamin E Overnight Serum-In-Oil. I suka sangat dengan serum The Body Shop tu sebab buat muka lembap dan lembut bangun pagi esok. I tak sempat buat full review serum tu sebab dah habis hahah tapi boleh baca dekat Skincare Routine | Night. Serum tu termasuk dalam skincare rutin I yang dulu.


Bagi yang tak tahu apa itu serum, Serum ialah salah satu skincare produk yang dipakai selepas cuci muka dan sebelum pakai pelembap. Serum ni kesan dia lebih power sebab molecules dia lebih kecil, senang nak serap dalam kulit jadi lebih berkesan. Serum ni kebanyakkan fungsi dia satu je. Dia lebih kepada nak target selesaikan satu masalah dalam satu masa. Ada serum untuk melembapkan kulit, untuk kedutan, untuk mencerahkan dan lain-lain lagi.


Untuk serum I suka beli yang melembapkan kulit sebab kulit I tak ada banyak masalah. Cuma sejak akhir ni kawasan hidung dan pipi agak kering jadi sesuai la pakai serum untuk hydrate kulit.


Produk : Innisfree Green Tea Seed Serum
Type : Serum
Isi : 80ml
Made in Korea
Harga : RM 89 (Althea.kr


I beli dekat Hermo tapi bila search semula dah tak ada.... I pun tak ingat harga Hermo berapa. Selain tu boleh beli di outlet, counter Innisfree juga.





Dah nak dekat dua bulan lebih pakai serum ni tapi baru suku je habis tau. Jimat? Macam ye hahaha tak pasti serum ni bertahan berapa bulan. Tesktur dia agak cair sikit tapi bukan cair macam essence tau. Warna dia transparent.  Bau dia wangi bagi I tapi tak kuat sangat. Just nice masa pakai tu dapat la bau.


Sebab tesktur dia agak cair senang sangat serap pada kulit. Tak perlu pun nak tunggu lama-lama serum ni menyerap. Masa sapu pada kulit dan nak ratakan tu pun dia dah serap. Paling best tak ada rasa melekit dan ringan pada kulit. Rasa tak pakai apa-apa tapi dapat rasa kulit lembap je. Yang tak suka pakai skincare produk yang melekit boleh la cuba serum ni.


Paling best bila I pakai dapat lihat kesan kulit glowing dan sihat. I suka pakai serum ni sebelum pakai makeup supaya makeup tak nampak bercapuk atau nampak kulit kering. 



Dia tulis sesuai untuk semua jenis kulit tapi semuanya bergantung pada kulit sendiri tau. Kalau pakai sikit pun dah boleh ratakan satu muka sebab tu I punya macam lambat je surut isi dia. 





Innisfree Green Tea Seed Serum ni adalah 100 peratus diperah dari green tea daripada Pulau Jeju. Kaya dengan amino acid dan minerals yang membantu melembapkan kulit muka. 


Bahan serum, The green Tea Extract (75.9%), Propanediol, Biosaccharide Gum-1, Ethanol, Glycerin, Betaine, The green Tea Seed Oil (208mg), Prickly Pear Extract, Orchid Extract, Tangerine Peel Extract, Camellia Leaf Extract, Citrus Aurantium Bergamia Extract, Grapefruit Extract, Orange Extract, Tangerine Extract, Bis-PEG-18 Methyl Ether Dimethyl Silane, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Cetearyl Olivate, Hydrogenated Lecithin, Sorbitan Olivate, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Hydroxyethyl Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Ethylhexylglycerin, Cocoa Extract, Dextrin, Potassium Hydroxide, Disodium EDTA, Fragrance



Serum ni juga membantu lock kelembapan pada kulit agar kulit lembap lebih lama. Cara untuk pakai pula lepas cuci muka, pakai je terus serum ni. Kemudian pakai essence, emulsion dan moisturizer. I pakai dalam satu ke satu setengah pump dah cukup untuk satu muka. kadang tu macam terlebih pump je.




Bagi packaging serum ni boleh refer gambar di atas. Botol dia ada kotak so tak ada la  botol rosak ke apa. Botol dia pula dari plasik tapi bukan plastik lembik boleh kemik tu tau. Plastik yang keras dan I tak pasti kalau jatuh boleh pecah atau tak. Rasa tahan kot. Botol pun jenis pump jadi senang nak ambil produk dan sukatan produk. 


I suka penutup pump tu kecil comel je. Kalau jatuh bawah meja confirm tak jumpa dah hahahha.





Setakat I pakai ni memang I suka gila dengan serum ni. Buat kulit I lembap dan nampak glowing. Bau pun sedap dan cepat serap. Tak leceh nak tunggu dia serap pada kulit. Kadang kalau malas sangat nak buat skincare routine I pakai serum ni sahaja.


Ada yang rasa serum ni sesuai dengan kulit dan ada yang rasa tak sesuai. Kalau kulit sensitif I tak berapa syorkan. Apa pun yang penting patch test dulu pada kulit tengok kulit okay ke tidak dengan produk baru.


Pros
- cepat serap
- tesktur ringan
- Melembapkan kulit dan buat glowing
- bau sedap


Cons
- Mahal
- Mungkin ada iritasi bagi kulit jenis sensitif


2 comments

  1. woww menarik.. kite pun ade try serum baru..serum vitamin c beli kat sephora..alhamdulillah nmpk kesannn selepas pakai consistanly :::::::::::::::D

    ReplyDelete
  2. 80 ml kira banyak la tu, padan dengan harga dia

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.