February Empties



Lima produk yang I habiskan dalam bulan Februari.


1. Missha First Treatment Essence

Tak silap I, Missha FTE ni first essence yang I pernah guna. Lama juga nak habiskan satu botol ni sebab I jimat hahaah Harga dia boleh tahan mahal dalam seratus lebih. Kesan dia memang tak dapat dinafikan. Untuk kulit I, kulit rasa segar dan lembut sangat. Kadang kalau malas nak buat skincare I pakai ni sahaja.


Bagi mereka yang ada masalah kulit seperti kedutan ke apa boleh la cuba Missha FTE dan tengok kesan dia macam mana sebab kulit I tak ada banyak sangat masalah jadi kesan dia dapat lembapkan kulit dan glowing je. Tak silap I ada mention dekat full review Missha FTE ni, I akan repurchased bila umur dah meningkat sikit haha.


Sebab nama dia First Treatment Essence jadi dalam rutin skincare, lepas cuci muka terus pakai essence ni pada kulit. Kemudian baru diikuti oleh toner dan lain-lain.


2. SIMPLE moisturizer.

Anyah yang bagi I guna moisturizer ni sebab dia tak suka. Ikutkan I pun tak berapa suka. Moisturizer dia lightweight rasa macam tak pakai apa-apa. Macam tak cukup untuk kulit I. I pun tak sure tapi memang tak berapa suka sangat. I guna untuk sapu pada bahagian leher bila dah settle skincare rutin.


Kesan dia okay sahaja tapi I tak suka.


3. Garden of Eden Rosa T Acne Gel

I belikan acne gel ni untuk Aiman masa belum kahwin lagi. Aiman macam biasa la rajin nak guna setahun sekali. Ni dah kahwin I la yang tolong habiskan. Acne gel ni biasa je I rasa. Ambil masa juga nak kecutkan jerawat tu.


Bahan dia ada Chicory Root dan Maltose yang membantu meredakan jerawat dan kemerahan serta mengurangkan kulit berminyak. I suka sebab bau dia sedap macam bau herba sikit la. Lepastu kalau jerawat yang merah gatal tu dia membantu kurangkan merah dan rasa gatal. Jenis gel jadi bila pakai tak nampak pun pada kulit, senang nak pakai bawah makeup ataupun pakai waktu siang.


4. Nivea Relaxing Lavender Lotion

Lotion ni pun sama I beli dua satu untuk I dan satu untuk Aiman. Dari sebelum kahwin lagi beli tau. I punya dah berzaman habis. I punya yang bau glowing rose. Relaxing Lavender ni I bagi Aiman, last-last I juga yang kena tolong habiskan. Nasib habis sebab I suka pakai lotion. Baca full review Nivea Skin Delight.


Untuk lotion I tak ada fav pun. Semua I suka sebab I rasa semua lotion melembapkan kulit kecuali la ada bahan yang I tak sesuai dalam tu tapi setakat ini tak ada lagi. Bau dia pun sedap. Sekarang Nivea ada lotion series baru dan I nak tapi tak beli-beli lagi.........



5. Kiehls Creamy Eye Treatment with Avocado

Yang mencari eye cream untuk melembapkan kawasan mata, I suggest guna eye cream ni. Sangat melembapkan kawasan sekitar mata. Sesuai yang jenis kulit cepat kering dan banyak duduk dalam air cond.


Kawasan mata I nampak lebih segar lepas pakai eye cream ni. Untuk dark circle macam tak berapa berkesan sangat. Untuk puffy eyes membantu. Boleh baca full review dekat Kiehl's Creamy Eye Treatment with Avocado.









3 comments

  1. Salam sejahtera

    Terima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.

    Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html
    Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html

    ReplyDelete
  2. saya susah betul nak cari eye cream yang sesuai dengan kulit saya. Tapi boleh try yang sis suggest ni since sis cakap ok

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.