Blog Review : shuhaidasaad.blogspot.my/

Blog kedua yang berada dalam bloglist I, blog Shuhaida Saad. Pertama kali masuk blog ni memang jatuh cinta sebab warna dia bertemakan putih tapi ada hint pastel pink. I dah la memang peminat warna pastel dan pink ni.




Sebab blog ni banyak warna putih, nampak sangat kemas dan sedap mata memandang. Page pertama blog pun tak ada iklan jadi nampak lebih kemas. Sebenarnya I agak serabut tengok iklan gerak-gerak dekat blog tapi blog I pun ada iklan -.-



Bila masuk ke laman web blog ni boleh pilih tajuk entry yang disukai sebab page pertama dia bukan terus keluar semua entry. I lebih suka blog yang ada banyak tajuk pada entry pertama dan pembaca boleh pilih nak baca yang mana satu.


Widget di sidebar pun tak nampak sarat dan tersusun elok.


I suka juga gambar yang diletakkan dalam setiap entry. jelas dan besar. Penulisan pun santai dan senang nak baca. Tak terlalu padat sebab tu followers ramai kot hihi. Tak ada apa yang I tak suka dalam blog ni. Antara blog yang I akan baca satu entry ke satu entry sebab banyak sharing dan penulisan santai.


Kalau korang nak blogwalking boleh singgah blog Shuhaida Saad okay.

2 comments

  1. Bestnya kena review mcm ni. Ok nanti Mai visit Kak Shuhaida.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.