Blog Review : aerillhassan.blogspot.my

Akhirnya ada juga masa terluang nak review blog peserta yang terpilih masuk bloglist I. Tahniah ye kepada peserta yang terpilih. Dalam entry Cari Bloglist Sebulan I pada bulan lepas, I dah bagitahu dekat situ I akan buat review blog sekali.


Bagi I, antara kebaikan yang blogger boleh dapat bila orang lain review blog kita, boleh tahu di mana kelemahan atau kekurang yang perlu diperbaiki. Walaupun I bukan la pro sangat nak komen blog orang tapi I komen berdasarkan apa yang I suka dan tak suka dalam blog tu.


Jadi blog pertama yang I nak review ialah blog Aerill Hassan. Boleh singgah https://aerillhassan.blogspot.my/ okay.




I suka warna biru blog ni sesuai dengan pemilik blog lelaki. I baru perasan kiteorang sama umur haha. Bila masuk ke blog ni, bukan terus direct ke satu entry tapi ada pilihan tajuk entry yang boleh dipilih. I suka blog yang macam ni sebab senang nak pilih entry mana I nak baca dulu. Kalau tengok paparkan keseluruhan entry jadi macam serabut sikit tapi still boleh je scroll pada archive entry tapi I malassss.


Dari segi penulisan pula pada I simple dan senang nak faham. Tak guna ayat yang berbelit. I pun sama kadang-kadang nak taip satu ayat pun berbelit nak faham. Diri sendiri pun tak faham taip apa orang lain apetah lagi hahahha. Bila tanya Aiman pun ada juga ayat yang dia tak faham.


Dan I rasa pemilik blog ni banyak sangat idea tulis blog. Kalau tengok blog dia memang sentiasa berupdate. I pun rajin juga singgah sebab banyak info dan baru-baru ni dia ada update berkenaan TokTi memang best la membaca.


Apa yang I tak berapa suka pula ialah blog yang banyak iklan. Walaupun iklan tu tak menganggu pun proses pembacaan entry tapi I rasa rimas. Blog I pun ada iklan jugak, korang rasa rimas tak tengok? hahahha.


Selain tu semua I suka dalam blog ni sebab tu I rasa rajin juga I singgah baca entry tapi kadang-kadang tak sempat nak tinggalkan jejak T.T Kalau korang pun nak blogwalking boleh singgah blog Aerill Hassan okay.





3 comments

  1. komen membina tak apa hehehe.. lama xsinggah sini

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa...nak gak masok segmen camni next time

    ReplyDelete
  3. Ada iklan banyak sikit tak apa lah. Jadi blogger pun perlu dapat sikit rezeki baru ada motivasi utk terus tulis blog. :)

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.