St Ives Green Tea Scrub Review




Sebelum menggunakan St Ives Green Tea Scrub ni, I guna hampas teh je sebagai scrub muka. Dah lama jugak I rasa tak beli proper scrub untuk kulit muka ni hahaha. Bagi I menggunakan hampas teh tu best jugak, kulit rasa lembut je. Bertambah lembut kalau tambah madu. Tapi mungkin agak kasar untuk sesetengah kulit dan ikut jenis teh jugak. Kalau hampas teh tu agak kasar kena berhati-hati masa scrub pada kulit.


Jadi untuk complete kan rutin skincare I, I pun beli la St Ives Green Tea Scrub ni.


Produk : St Ives Green Tea Scrub
Fungsi : Scrub (Blackhead clearing)
Isi : 60z/ 170g
Harga : RM16/17


Dulu yang terkenal adalah St Ives Apricot Scrub. Tapi disebabkan butiran scrub dia agak kasar untuk kulit, kebanyakkan mereka yang expert dalam skincare ni tak galakkan guna Apricot tu. Kalau scrub terlalu kasar untuk kulit nanti kelembapan semula jadi kulit akan terganggu. Risau jugak kulit akan terluka, jadi sensitif dan menyebabkan radang. Kulit muka agak sensitif dan lembut jadi kena cari produk yang sesuai.


Fungsi utama St Ives Green Tea Scrub untuk mengurangkan blackhead dan meredakan radang kemerahan. Scrub ni jugak membantu membersihkan liang roma dari kotoran dan minyak berlebihan. Dari packaging dia ada tulis sulfate free dan paraben free. Bagi yang mencari produk yang tidak mengandungi sulfate dan paraben boleh la cuba scrub ni. Scrub ni jugak mengandungi 1% salicylic acid untuk tujuan acne treatment. Bagi I 1% tu macam tak ada bawak banyak perbezaan sangat.




Atas ni gambar tekstur scrub St Ives. Berwarna hijau dan ada tekstur kasar untuk scrub. Dia punya kasar tu tak terlampau kasar pun, masih lembut pada kulit. I suka bau dia sebab wangi. Macam ada bau green tea tapi tak terlampau kuat tapi wangi tu I tak sure datang dari mana haha. Pada packaging dia ada tulis 100% natural exfoliants.


Untuk kulit I, bila pakai scrub ni kulit rasa segar dan selesa. Sebab produk ni sejenis scrub, kulit muka pun rasa bersih dan memang enjoy guna dia lembut pada kulit tapi kesan best. Rasa dia mencuci sampai ke dalam liang roma muka. Biasa I akan guna sekali sehari setiap malam. Lepas balik kerja dan cuci muka guna double cleansing, I guna scrub pula. Nak scrub pula macam biasa. Pastikan kulit muka lembap, then ambil sikit scrub tu dan gosok perlahan pada kulit muka. Selalu cara I gosok pada muka secara putaran bulat. 


Pada packaging dia ada tulis boleh digunakan tiga kali sehari tapi tidak digalakkan ye. Mungkin kulit akan rasa kering. Jadi bila dah guna sekali pun kulit akan rasa kering sikit bayangkan guna tiga kali sehari. I nasihatkan guna sekali sehari dan selang sehari ikut keperluan kulit muka sendiri. Lepas dah scrub I akan pakai mask dan buat rutin skincare macam biasa.


Overall I memang suka scrub ni, tekstur dia lembut rasa membersihkan kulit muka I. Bukan scrub yang terlampau kasar pada kulit. Repurchased? Yes. Kalau dah habis I akan beli lagi tapi macam biasa la I tak setia pada satu produk je hahaha. 





Bahan yang ada dalam scrub ni
Water (Aqua, Eau), Hydrated Silica, Potassium Laureth Phosphate, Glycerin, Sodium Lauroamphoacetate, Sodium Methyl 2 Sulfolaurate, Polyacrylate 1 Crosspolymer, Citric Acid, Glycereth 18 Ethylhexanoate, Kaolin, Disodium 2 Sulfolaurate, Camellia Senensis Leaf Extract, Epilobium Angustifolium (Canadian Willowherb) Extract, Olea Europa (Olive) Leaf Extract, Ascophyllum Nodosum (Brown Algae) Extract, Alteromonas Ferment Extract, Yeast Extract (Foex, Extrait de Levure), Hydrolized Jojoba Esters, PPG 2 Methyl Ether, Fragrance (Parfum), Glycereth 18, Phenethyl Alcohol, Methylisoptiazolinone, Yellow 5 (CI 19140), Red 4 (CI 14700), Red 33 (CI 17200), Blue 1 (CI 42090) (CI 42090)




48 comments

  1. I'm using this brand, but not tea tree.. another one..

    Love it indeed, i bet tea tree is as nice too!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apricot ya? Apricot quite harsh for skin hehe
      I love this one so soft for skin

      Delete
  2. i love green tea! macam best jee bila tengok scrub ni hehee. for now i pakai choc scrub + mask, best jugak. hehe i pon suka try2 other but prefer yg organic or less chemical hehee. anyway, good to know this, thanks for the details 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya pakai choc scrub nanti share la brand apa hihi airah suka tukar2 test semua benda

      Delete
  3. I hate my blackhead. Need to get rid of it and will get St Ives Green Tea Scrub to try it out.

    ReplyDelete
  4. St. Ives memang bagus. Scrub best. Tapi ai tak suka bau yang green tea ni. Tahan nafas kalau guna. Bau apricot much better.

    ReplyDelete
  5. Memang bagus produl St. Ives ni. Ramai kata best bila pakai. Tapi tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  6. i pun guna yang nie jugak dah 3 bulan dah,scrub dia halus je tak kasarkan kulit sesuai utk kulit sensitif ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah samaa. Kan biji dia tu halus so tak terlalu kasar pada kulit

      Delete
  7. I used to use tea tree-ingredient scrub which is soo good. But brand tu tak keluarkan produk lagi dah so I have to change ke yang lain which so far ok jelah. Maybe nanti nak cubalah pula yang green tea. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya green tea memang bagus untuk kulit boleh la try this one pula nanti

      Delete
  8. A friend of mine ada suggestkan produk dri st ives nie sbb hasil dia menjdi dan harganya pulak tak lah melampau mahalnya compared to other products yg viral tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha harga dia affordable kalau ada sales lagi murah

      Delete
  9. Hilma mmg guna st ives ni tp hilma still prefer apricot..sbb hilma slalu scrub 1-2 kali je seminggu..rasa syok sgt bila scrub tu..tp x blh la nak gosok kuat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la yang apricot agak kasar.kalau nak guna pun tak boleh selalu

      Delete
  10. mmg dah lama plan nak beli st ives green tea ni. sekarang ni guna apricot tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli2 kena cuba semua.sekarang ada yang jenis oil pula

      Delete
  11. Is this a new addition? I've not seen the green tea scrub before usually see the apricot only, will check this out, st ives has really good products.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope this one lama punya series but always not available in drugstore haha

      Delete
  12. Orang perempuan nak cantik dan jaga wajah mudah semua bahan boleh guna hehehe cuma sesuai atau tidak dengan kulit produk ni nampak menggunakan bahan semulajadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tapi ada juga yang tak sesuai dengan teh hijau ni kena patch test dulu apa pun

      Delete
  13. Green tea memang terkenal dah untuk elak masalah jerawat kan. Elok juga tu selang-selang guna sebab kulit jadi kering kan. Cuma nak tanya ni untuk tujuan blackhead, whitehead boleh setel sekali tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.airah ada whitehead sikit rasa ada juga kesan dia pada kulit bahagian hidung tu licin sikit

      Delete
  14. bnyak baca review pasal scrub ni mcm nak try tapi scrub lama tak habis lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh la cuba st ives bila dah habis yang lama

      Delete
  15. Baru tau tak galak pakai yg apricot tu. Nk try yang ni pula lah lps ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apricot tu agak kasar pada kulit nanti lapisan kulit rosak

      Delete
  16. Hai dear. akak pakai dua-dua yang apricot dan green tea. but kena tahu scrub tak boleh guna selalu kan. personally akak suka yang apricot. walaupun tekstur dia kasar sikit but at least dia berikan efek kulit lembut dan bersih. yang green tea ni tekstur dia memang halus, tapi dia liteweight je feel! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha mostly ramai suka apricot sebab rasa bersih sampai ke dalam tapi long term effect and ada kulit tak sure kagi macam mana kan sebab agak kasar pada kulit.sekarang tak nampak nanti masa hadapan risau nampak cepat kedut ke apa

      Delete
  17. Saya sebelum ni tak pernah ambil tahu bab penjagaan muka ni, tapi kebelakangan ni dah start belajar sikit2. Maklumlah umur pun dh makin meningkat. Tapi.. MasyaAllah susahnye nak hadam, scrub la..cleansing oil la.. Ada byk step2 pula tu.. Hurmm 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kena belajar skit2 tu sis airah haritu pun banyakkan membaca nak tahu semua benda

      Delete
  18. Yay dah ada dah scrub mereka green tea. selalu apricot je kan. ruby suka lagi satu produk st ives, isitu facial mask biru tu. lama dah takda. harga berpatutan dan bleh guna seisi keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh airah tak pernah pulak tengok yang facial mask biru tu

      Delete
  19. St Ives aprikot memang pakai. Tapi tekstur memang agak kasar. Tapi best kulit lembut je. Tak boleh pakai selalu kan nanti kulit masalah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha tekstur dia agak kasar kalau nak pakai juga kena gap la lama sikit scrub tu

      Delete
  20. Oh this one definitely looks much gentler than the Apricot one. I use to use the Apricot scrub quite a bit too but because I have dry skin, it was a bit too rough. Good to know about this- should give this one a try as an alternative.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apricot one a bot harsh for skin and I think for dry skin can be worst

      Delete
  21. Sis lama gila tak scrub kulit wajah. Memang sedang mencari scrub yang elok dan sesuai dengan kulit wajah. Nanti bolehlah cuba yang ni..memang dah masanya kena guna scrub utk wajah sis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila scrub ni kulit mati cepat sikit tanggal so kulit baru tu lebih lembut sebab tu airah suka scrub

      Delete
  22. saya pun pakai yang ni. seronok sangat sebab lepas pakai rasa kulit lembut je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu produk pun senang nak serap pada kulit bila dah scrub ni

      Delete
  23. nak try lah nanti sebab blackhead bersepah dekat hidung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba laa tak pun beli face shop punya mask ada ubtuk tarik blackhead airah ada buat review haritu

      Delete
  24. tq sharing..sis pun baru berjinak nak amalkn scrub sblm guna green tea hampas dia je

    ReplyDelete
  25. scrub memang wajib nak buang sel kulit mati hihi kena buat selalu okay

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.