Nougat ?



Korang pernah tak cuba nougat ni? I tak pasti ada nama lain atau tak tapi bila I google dia keluar la nougat, gambar macam yang I nak hahaha. Kalau yang tak tahu lagi nougat ni apa. Sejenis manisan diperbuat dari gula atau madu dan ada la campuran kekacang jugak. 


Dari pembacaan I, manisan ni berasal dari Turkey. I sebenarnya tak familiar sangat dengan nougat ni tapi pernah nampak la orang jual. Haritu teringin sebenarnya nak makan caramel crunchy dari tepung florentine tu. Tapi nak mancari yang dah siap, tinggal nak beli je susah betul -.- Jenuh google la, cari dekat facebook la hahaha. Nak buat sendiri Aiman cakap tak payah, beli je.


Disebabkan dah berapa hari nak crunchy caramel tu tak dapat jugak maka Aiman pun ajak la beli nougat ni dekat Paradigm Mall. Dah Aiman nak belanja I okay je hihi.




Macam I bagitau tadi, nougat ni macam manisan dengan campuran kekacang semua so boleh la nak menggantikan chunchy caramel atau crunchy almond yang I nak tu. Harga untuk nougat ni boleh tahan mahal jugak. 100 gram dalam rm11 kalau tak silap I. Kalau silap maafkan ya. 


Boleh cari dekat Paradign Mall JB, area depan Village Grocer. Kalau dekat tempat lain I tak pasti dekat mana ada jual.




Dekat counter atas ni la I beli. Castania. Haritu masa jalan Paradigm Mall ada rasa tester dia tapi tak beli pun. Selain nougat ni ada jugak jual pelbagai jenis kekacang. Bagi I harga dia agak mahal tapi mungkin berkualiti dari kacang biasa. Peminat kacang boleh la cuba beli dekat sini pula. 




Favourite flavor


Pelbagai jenis perisa nougat ada. Ada yang campuran kekacang, campuran marsmallow, buah buahan dan lain-lain. Rasa dia boleh tahan sedap dan chewy. Boleh jadi kudap-kudap tapi mahal nau kekudap nya -.- 


Aiman macam tak minat sangat, dia pun tak makan banyak I je duk ulang ambil dari fridge makan sambil tengok movie. Packaging dia jenis cube dan balut asing-asing setiap satu. Jadi senang nak makan dan nak pegang pun tak rasa melekit jari sebab ada plastik tu.





Kalau nak cuba nougat ni boleh la beli dekat Castania ni okay. I pernah beli dekat sini je haha atau ada tak yang pernah beli dekat tempat lain dan lagi murah?

48 comments

  1. takpernah try n takpernah tau pun haha. jauh pulak kalau nakpi cari kat tempat airah cadangkan tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun baru tahu huhu memang sedap

      Delete
  2. eh macam menarik ni! nampak sedap pulak tu! tapi bila dengar harganya mahal, terfikir dua kali pula. hihi. mungkin menggunakan kekacang premium kot. tu yang mahal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha agak mahal bagi airah haha nampak bahan yang digunakan berkualiti

      Delete
  3. Akak suka makanan begini tapi seperti kata awak ianya memang mahal kerana ianya dari kualiti yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa rasa dia pun sedap dan berk$ualiti

      Delete
  4. Rasanya mahal sebab kekacang tu imported kot. Nampak sedap juga. Tapi kalau manis sangat setakat satu dua boleh la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha kacang import hihi rasa dia tak manis sangat

      Delete
  5. nampak sedap! ciktom pernah makan makanan macam tu jugak masa pergi korea..based on kekacang and dari turkey tapi panggil baklava..tak tau la sama ke tak..tapi memang sedap..ciktom pun duk johor..tapi tak pernah jejak lagi paradigm mall..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah ada baca mengenai baklava tu jenis manisan juga kan tapi tak pasti sama atau tak hihi
      kena berjalan ke paradigm lepasni

      Delete
  6. Ty pernah tengok aje , nanti boleh la cari dan merasa pula.

    ReplyDelete
  7. Mmg sedap nougat ni kan..suka juga makan tp xpernah try yang dekat Castania ni..kena g terjah nnt..

    ReplyDelete
  8. Pernah rasa dulu dan sedap. cuma kena pandai pilih flavour kan.
    kacang macadamia tu sedapnya, eh kenapa nampak besar dalam gambar. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cik rose kena pilih flavor sedap.tapi dia ada bagi tester boleh la rasa

      Delete
  9. Fuhh nougat ni makan kena tapis skit, manis gilo! Hahaha. Tapi memang sedap. Jadi ketagih. Ruby kalau makan ni, sorok dari anak-anak. Sebab mereka lagi la hyper kalau makan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang manis ada yang kurang sikit hahaha bahaya tuu kalau bagi kanak2 mesti banyak diaorang nak

      Delete
  10. Nampk sedapnya. Agaknya klu beli di kawasan asia barat murah x. Pernah nmpk dkt lulu supermarketvtapi x pernah membeli lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun tak pasti harga dekat tempat lain macam mana

      Delete
  11. Akak suka..selalunya kalau boss balik dari oversea especially istanbul or dubai selalu belikan nougat ni..yang lecehnya satu je..melekat2 kat gigi..haha..manis dan sedap..suka yang banyak kekacang

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnyaaaa dapat makan selalu haha betul tu macam chewy sangat

      Delete
  12. I do like to eat nougat sometimes, but I’m more into choc or cake kinda girl as my to go sweets/dessert haha. Macam2 brand ada & pernah try but lupa pulak which one yang great hehe. Yet this one looks good too, tapi JB jauh from me heheh. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah rasa dekat mall lain pun ada hahaha airah pun ikut mood kalau teringin benda manis ni

      Delete
  13. Tak pernah tahu pun pasal nougat nih. Kalau nougat yang dogunakan dalam handphone tahulah kita..hahaha..nampak sangat tak ambil tahu peekembangan psl makanan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah tahu pun sebab makan benda ni kalau tak pernah jumpa memang tak kan tahu haha

      Delete
  14. Pernah cuba nougat ni rasa agak liat2 skit tapi sedap kan. Dapat gantikan snack.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu snack sihat sebab ada kekacang tapi bab manis tu macam tak sihat pula

      Delete
  15. Laaa nama dia nougat ke. Selalu jugak dpt benda nie dri kwan2 yg fly overseas. Sedap mmg sedap tp tak tahu nama. Hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha airah pun baru tahu nama dia itu pun puas google

      Delete
  16. Sedapnya. Ika pernah try masa.jiran bagi.nouget dari turkey. Memang sedap giler. Tak pernah rasa sesedapt tu. Tak manis sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha ada yang manis ada yang kurang manis tapi memang sedap

      Delete
  17. Pernah makan. Tapi tak ingat jenama apa. Lebih kurang macam ni jugak lah bentuknya. Memang sedap. Tapi sekali sekala makan boleh lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airah pun sekali sekala je makan ni baru first time
      Next time entah bila hihi

      Delete
  18. tak suka sangat sebab manis dia tekak tak mampu terima

    ReplyDelete
    Replies
    1. AHA agak manis tapi airah pun makan bila teringin benda manis je

      Delete
  19. pernah try nougat dari Nougatbites Malaysia jer. tak pernah lagi try yang ni. nnt nak terjah juga kedai ni. anak2 mmg suka makan nougat ni, suka yang kurang manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah airah pun first time degar yang itu boleh la cuba lepas ni

      Delete
  20. Rasanya amat sedap walaupun kadang2 keras sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ada flavor yang need lot of effort nak gigit hahahah

      Delete
  21. Nougat ni memang banyak sedap... I selalu makan ni....

    Yummy! delicious crackers!

    ReplyDelete
  22. I have eaten nougats a few times before..my favourite is the one with marshmallow and raisin...probably should give this one a try too...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa i love the one w marshmallow too soo chewy

      Delete
  23. Yup i have tried nougat and different brands, this Castania is one of the good brand, the products are fresh and the filling like nuts and etc are a lot too.

    ReplyDelete
  24. saya suka sekali nougat tahp harganye mahal kali lah ..

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.