My Customized Mug



Dalam entry I minggu lepas, Mencari Hadiah Untuk Tersayang, I ada cerita mengenai laman web Printcious. Yang belum baca entry I yang tu boleh la klik link atas tu okay. Printous adalah medium yang boleh digunakan untuk mencari hadiah buat tersayang. Paling bermakna bila hadiah tu kita boleh customized sendiri ikut citarasa sendiri. Menarik kan?


I pun tak ketinggalan nak gunakan khidmat Printcious ni nak beli hadiah untuk diri sendiri. Tapi I tak beli untuk diri sendiri je. Untuk Aiman satu haha. Macam mana cara nak order dia senang je. Pergi je ke laman web Printcious, pilih produk yang korang nak customized. Dekat produk tu boleh la korang design cantik-cantik, nak tambah perkataan, ayat ke. Dekat entry I sebelum ni pun ada tunjuk cara yang lebih jelas beserta gambar sekali.


I memang ambil masa yang lama sangat nak design apa yang I pilih. Lama bukan sebab susah tau. Sebab I bukan kreatif sangat nak design sendiri. Lepas tu nak la cantik-cantik itu yang lama tu. Tapi settle juga buat order dan dah sampai pun barangnya.


Penghantaran mengambil masa dalam tiga ke tujuh hari. Tak lama pun.


Lagi satu yang I suka dengan servis perghantaran printcious ni, diaorang ada Collectco. Collectco ni macam collection center. Korang boleh pilih collection center yang terdekat dan boleh pergi ambil sendiri barang dekat situ. Servis macam ni sangat sesuai kalau korang busy tak ada dekat rumah, tak ada siapa nak ambilkan parcel di rumah jadi bila free dan masa sesuai boleh la pergi ke Collectco terdekat untuk ambil barang. Collectco ni pun ada yang buka sampai malam jadi memang senang sangat la.





I order dua mug dan satu button badge. Boleh tengok packaging mug ni dalam dua kotak dekat atas. Yang paling atas tu button badge.





Taraaa ! Ini la mug yang I design. Untuk mug ada pilihan sama ada nak color mug ataupun magic mug. I punya ni color mug. Pemegang mug dan dalam dia yang warna pink tu korang boleh pilih nak warna apa. Ada tujuh warna untuk dipilih. I macam biasa la kena pilih warna favourite. Pink !


Mug I order dua je tapi dalam gambar dekat atas macam ada empat pulak kan haha. Korang boleh design ikut kretiviti. Macam I, mug bahagian hadapan I letak gambar emoji comel warna pink. Bahagian belakang pula letak ayat comel sikit. Semua emoji, gambar comel tu korang boleh pilih sendiri dan letak dekat mana yang korang suka tau.


Kalau buat sendiri memang akan ada satu je dalam dunia ni tau.




Produk ketiga yang I order ialah button badge ni. Comel dengan gambar pizza. Gambar pizza ni pun I pilih sendiri. Untuk button badge ada dua jenis yang boleh dipilih. Satu jenis pin dan lagi satu magnetic opener. I punya jenis pin. Saiz pun ada lima saiz button yang boleh dipilih. I punya yang paling besar 75mm. 


Saja pilih besar untuk hiasan backpack hihi.


Untuk button badge ni sesuai sangat dijadikan cenderamata untuk apa apa majlis. Masa majlis graduasi I dulu diaorang bagi customized button badge untuk kenangan. Semua orang dapat benda yang sama. Sweet kan?


Button badge pin.


Packaging


I memang puas hati dengan servis Printcious. Tak lama pun nak tunggu barang sampai. I punya dalam empat hari kalau tak silap. Print pada mug dan button badge pun jenis berkualiti. Tak comot dan warna dia cantik, sebiji macam yang I design dalam website. Mug dia pun cantik je.


Bila barang sampai pada I pun tak ada pecah ke sumbing ke. Semua elok. Paling penting cara packaging dia selamat. Mug elok terletak dalam gabus/foam/styrofoam jadi dia tak ada terhempas ke, ataupun terlanggar dengan barang lain. Button badge tu pun wrap dengan bubble wrap tu jadi selamat tak ada calar.


Packaging mug


Kalau korang masih tercari-cari medium atas talian untuk membeli hadiah yang boleh customized sendiri boleh la gunakan servis Printcious macam I. I memang puas hati dengan servis Printcious dan kualiti produk tersebut.



47 comments

  1. Replies
    1. penat nak design kasi comel macam ni haha

      Delete
  2. Menarik.. badge tu kalau buat khas untuk blog pun nice kan..hehe..lama dah tak buka web tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sesuai sangat nanti boleh la cuci mata di printcious

      Delete
  3. Wahhh memang cantik sangat design tu. Kawaiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou memang mencari idea nak buat comel2 ni

      Delete
  4. comel jer mug dia. hahah design dengan warna dia sesuai untuk pasangan. cantik saya suka. :)
    http://cakapsinilah.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu pun pening nak design macam mana

      Delete
  5. comel sangat ni :) geram pulak tgk design dia!

    ReplyDelete
  6. Comelnya awak diy mug tu. Suka pula ana tgk. Nampak macam 4 mug pula bila design depan blkg kan. Button badge tu pun comel. Packaging printcious memang terbaik so barang2 selamat masa penghantaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la servis dia best barang pun berkualiti

      Delete
  7. Pernah juga try service they all ni. Memang puas hati. Sangat helpful juga. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Sesuai kalau siapa tak nak susah cari hadiah

      Delete
  8. Wah cantiknya! Packaging dia pun nampak kemas dan selamat! Dah tahu dah kat mana nak buat custom hadiah untuk surprisekan kawan-kawan. Huhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai nak beli hadiah dekat sini packaging dia pun tinggal balut macam hadiah je

      Delete
  9. Tak pernah buat mug lagi dengan printcious. Tapi selalu buat bantal. Memang kualiti terbaik. Marsha suka sangat hasil dorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak customized bantal lepasni nak try bantal pula la

      Delete
  10. wow gojes! Aida lama da aim nak beli something from printcious tapi lom ada time, airah. Jeles everytime baca blog yg da ada item bought kat printcious :-)
    Cantik pizza badge tu. Kreatif sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepasni kena order dari printcious la hihi

      Delete
  11. Cantik la design dia..boleh guna idea kita sendiri kan..sesuai untuk hadiahkan pada yang tersayang..comel aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha sesuai nak bagi hadiah boleh design sendiri je

      Delete
  12. Nnt boleh la buat hadiah utk hari guru.. qaseh hadiahkan pada cikgu2 nya

    ReplyDelete
  13. Mula-mula tengok tu ingat tadi beli novel banyak susun kat bawah tu hehehehe tapi rupanya mug comel lah cute sangat kalau kita letak kat meja office hari2 pandang hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah props terover pula.semangat la nak buat kerja ada benda2 comel ni dekat office

      Delete
  14. Cantiknya mug. Comel je. Sekarangm udah kalau nak bagi hadiah kenang-kenangan, print je gambar dan kasi. Nampak cantik dan lain dari yang lain. Harga pun murah jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ada sentimental value dia

      Delete
  15. Comelnyaaa. Ada mug couple macam ni pun sweet, boleh pilih design sendiri lagi. Berapa harga dia?

    ReplyDelete
  16. so cute! dapat customized mug.... so personalized....

    I wan too! Let's go shop shop for customized mug for myself now..

    ReplyDelete
  17. The mug looks nice and attractive. I want to customize my own mug too. Quality is good.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya you should try service from Printcious

      Delete
  18. Suka tgk design dia macam2 color dan design

    ReplyDelete
  19. Alalala comelnya mug ni geram tengok tak sampai hati nak guna hehe buat hiasan jela

    ReplyDelete
  20. Alamak...comey nyaaa...gerammm kitaaa...
    Yg u in melon tuuuu kiut ngattt

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha penat mencari ayat sesuai yang nak letak

      Delete
  21. oh my... your mugs so cute and i love to see such a sweet smiley designed u did,, bad mood pagi pagi pun boleh jadi bagus bila nampak mug ni... adoi.. i wish to have that too...

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.