I eat


Harini I nak share antara menu-menu sedap yang sempat I makan masa balik Perak haritu. Mana tahu kalau korang pun tengah fikir nak makan apa nanti kan boleh la jugak refer entry I ni hahaha walaupun I rasa tak membantu sangat sebab sikit je yang I sempat tangkap gambar. Menu lain tak sempat sebab dah kena ngappp.



Mee kicap.


Kalau balik Perak memang I dan Aiman akan plan nak sarapan pagi dengan menu favourite kiteorang. Mee Kicap ! Siapa peminat mee kicap jugak angkat tangan. I bukan la obses sangat dengan mee kicap cuma bila balik Perak confirm akan datang dua kedai ni untuk makan mee kicap. Satu kedai dekat laluan ke Kellies Castle. Sangat dekat dengan rumah I dua-dua kedai ni. Kedai yang dekat dengan Kellies Castle ni tepi jalan je. Agak susah nak bagitau lokasi yang betul sebab tak ada nama kedai, tak ada landmark. 


Ikutkan sepanjang jalan nak ke Kellie Castle tu memang banyak sangat warung tepi jalan. Tapi yang ada mee kicap best dia dekat tepi jalan dan ada pokok besar hahahaha tak membantu nya ! Apa- apa jela nanti next entry I tangkap gambar warung tu terus. Warung dia biasa je memang ramai selalu sarapan dekat situ. Harga pun murah.


Kedai yang kedua dekat Taman Herba Perak. Waze je Taman Herba, kedai dia bahagian depan kaunter Taman Herba tu je. Yang ni pun sama dekat je dengan rumah I. Mee Kicap dia macam gambar dekat atas tu. Balik kali ni tak sempat nak cuba mee kicap warung biasa tu sebab tutup masa I pergi. Nak pergi hari lain waktu pun singkat je.


Mee kicap ni sebenarnya biasa je. Boleh pilih nak kuah kari atau sup. I biasa pilih kari. Mee dia dah siap campur kicap. Cara nak makan sama ada nak campur sikit kuah sup/kari tu dalam mee atau makan asing-asing hahaha cara I makan macam tu la. Yang buat mee kicap tu special sebab sos/paste yang diletakkan pada mee. Sedap !


Mee rebus


Mee rebus Ramly antara yang famous dekat Perak. Kedai dia banyak boleh je waze yang mana paling terdekat. Yang I pergi makan ni pun dekat je dengan rumah. Harga murah dan portion dia okay. Kuah pun pekat dan dia bagi telur sebiji terus. 


I tak ada benda nak komen pun Mee Rebus Ramly ni sebab memang sedap. Mee dia pun tak silap I dia buat sendiri bukan yang beli dekat kedai tu so special sikit la.



Shinjuku Bake.


Viral sekarang semua orang nak cuba Shinjuku Bake ni termasuk la I. Terliur tengok semua orang post gambar kek ni. Kek gebu dan crispy sikit dekat luar makan dengan ais cream dan cream. Sos atas dia boleh pilih ada empat pilihan sama ada nak maple, nutella, chocolate atau caramel. I punya mesti la caramel sebab I pencinta caramel haha.


Harga boleh tahan la tapi I serius tak ingat berapa. Masih berbaloi lagi. Rasa dia memang sedap dan manis !


Lagi satu cake fav Aiman.



Char Kue Tiaw


Atas ni char kue tiaw terbaru yang I rasa. Terbaru sebab cuba di tempat baru. Masa balik dari Teluk Batik haritu singgah makan sini. I tak ingat apa nama kedai dia tapi ala-ala food truck jugak. Dekat kawasan Manjung. Char kue tiaw ni boleh tahan tapi bukan yang paling sedap I pernah rasa. Cuma portian dia banyak, berbaloi.


I biasa makan char kue tiaw Seri Iskandar. Belakang Petronas Seri Iskandar. Fav dan setiap kali balik Perak confirm ajak Aiman makan dekat sana. Best dan sedap sebab kuah dia pekat dan banyak pilihan sama ada nak udang atau kerang ataupun nak kuetiaw goreng. Kawasan dia pun luas banyak tempat parking sangat sesuai nak datang ramai-ramai.


Itu je menu untuk kali ni. Yang mencari tempat makan yang sedap boleh la cuba menu-menu yang ada dekat atas ni. Insha Allah lain kali I cuba bagi lokasi yang lebih tepat lagi sebab selalu tak rasa pun nak update dekat blog lol.



17 comments

  1. Terliur nak makan char kue tiaw..rasa macam lama je tak makan, dulu banyak kali jugak makan sampai rasa muak hahaha.
    Shinjuku Bake tu nampak sedap la harap rasa dia pun sedap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun kadang teringin nak makan char kue tiaw tuuu.dalam seminggu mesti sekali pergi haha.
      sedap erni shinjuku tuu kena try

      Delete
  2. Aduhai...ko goda akak ye dik..mee rebus tu buat akak terliur la..akak dh la penggemar mee rebus..sedapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee rebus tu memang sedap kak kena pergi cari mee rebus la lepas ni

      Delete
  3. Bestnya kalau dapat jalan-jalan cari makan.. mee rebus, all time my favourite.
    Shinjuku bake tu tak pernah lagi rasa. Nanti next time ke Secret Recipe, bolehlah cuba:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga peminat mee rebus hihi airah pun rasa nak pergi makan lagi shinjuku bake

      Delete
  4. Mee kicap ngan mee rebus tu mmg legend lol..igat dulu masa kecik2 weekend je mkn mee kicap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnyaaa airah kalau dekat memang setiap minggu nak makan rasanya

      Delete
  5. mee kicap tu sejenis makanan macam mee hailam ke..ke lain..nampak simple but macam menyelerakan.. dari saya https://cakapsinilah.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama dengan mee hailam.kuah dia sikit je haha airah pun tak pandai sangat nak terangkan

      Delete
  6. Kita penah makan kat Mee Rebus Ramli yang famous kat Ipoh. Memang sedap sangat. Dah lama tak gi jalan Ipoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang famous mee rebus ramly ni lepasni kena pergi la

      Delete
  7. Tak pernah makan tau mee kicap tuh.nampak sedap.kalau pergi perak nak ajak lah suami makan dekat sini.try mee kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee kicap memang fav airah haha nanti cuba la

      Delete
  8. mee kicap? first time dengar ni. menarik gak, nnt holiday ke perak nak cari la. Shinjuku Bake tu pun menggoda sangat. nak cari la kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari semua sis hahaha cake tu memang sedap dan lembut makan dengan ice cream lagi

      Delete
  9. First time I heard of Mee kicap. Never try it before. While the char kuey Teow look unique as is wet version.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.