Chicken Up- Korean Food



Dah lama rasanya tak menaip entry makan sebab dah jarang mencuba kedai makan yang baru. Sekarang mood tak ada nak cuba makan kedai baru jadi ulang makan kedai yang dah terbukti sedap je hehe. Cuma haritu terpengaruh pergi sini. Sebenarnya dah agak lama jugak la I pergi Chicken Up ni. Chicken Up ni adalah kedai makan ataupun restoran yang berkonsepkan makanan korea. 


Bila bab makanan korea ni memang teruja sangat la I dengan Aiman nak mencuba. I tahu kedai ni pun bila Putreo update ig story dia makan dekat sini. Kalau tak i memang tak tahu menahu kewujudan kedai ni sebab macam tak viral je lagi kan.


Putreo makan menu yang ayam ginseng tak silap I. Ikutkan nak order ayam ginseng tu jugak tapi tak jadi sebab bila tengok menu Aiman teringin benda lain, I pun teringin benda lain. Menu dia tak berapa banyak pun tapi yang famous macam ayam ginseng, korean pancake, ramen, korean chicken tu ada laa. Boleh tengok gambar menu dekat bawah ni gigih I tangkap gambar sebab kalau nak pergi lagi senang kira budget hahaha.








Atas ni pula gambar menu yang kiteorang order. I serius tak ingat nama dia tapi gambar pertama tu topokki dengan cheese. Rasa dia sama macam yang dekat kfry punya. Yang dekat kfry punya dah dua kali jugak la order topokki cheese ni. I ada buat review makanan di kfry. Guna search box dekat tepi kanan kalau nak baca entry okay. Gambar ke tiga yang macam ada telur tu Aiman teringin. Dia mee tapi macam tak ada kuah sangat tapi sayur banyakkkkkkkkkk.


Menu tu serius I tak suka. Tak sedap dan rasa dia agak pelik. Memang tak habis makan yang itu haha. Tak silap I nama menu yang mee ni Japchae. Yang last sekali korean chicken dia. Ada macam macam jenis yang I pilih ni macam biasa je. ketulan ayam dia agak besar tapi tak berapa sedap sebab isi ayam yang dalam tu macam tawar tak kena sekali rempah dan sos bahagian luar. Kalau ayam kfry sedap sebab kecil so sos dia kena la pada semua bahagian ayam. Faham tak apa I taip hahahah.


Overall untuk menu yang I dengan Aiman pilih kali ni tak berapa best dan ada yang tak sedap. Maybe lepas ni kena jugak try chicken ginseng tuuuu. craving ! Banyak menu lain jugak boleh try. Air dia macam biasa I order green tea. Pilihan air pun banyak.


Kalau nak datang sini guna waze je sebab I pun waze tempat dia memang tepat. Dari jalan raya dah nampak sebab kedai dia besar dan memang betul betul tepi jalan. Sebab kedai dia besar, memang sesuai kalau nak bawak rombongan ramai-ramai datang sini. Masa I datang lepas lunch hour tu memang tak ramai langsung orang. Bila tak ramai orang ni masa menunggu makanan pun kejap jela. Bagi I kedai dia agak selesa sebab luas dan susunan meja tak rapat jadi senang nak lalu lalang.


Pekerja dia pun okay bila tanya mana best boleh la dia suggestkan.




Alamat :   2, Jalan Austin Height 8/7, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Waze : Chicken Up Austin
Call 07-364 8851

34 comments

  1. restoran ni ciktom biasa lalu tapi tak pernah cuba lagi...nampak sedap2 menu korea...tapi ciktom tak boleh suami pi makan sbb dia xsuka..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa tak best la macam tu kalau nak makan sorang haha airah nasib baik husband jenis minat jugak

      Delete
  2. waa first time dengar nama restoran ni, but mmg catchy lah nama dia hahah! Anyway, such a great sharing! At least boleh jadi panduan for those yg first time nak try makan situ jugak kan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun first time dengar terus ajak husband pergi haha

      Delete
  3. Sedapnya! sy pun suka Korean food. Korean BBQ is my favorite!

    ReplyDelete
    Replies
    1. me too ! tapi susah sikit nak cari

      Delete
  4. Oh kat Johor..Saya ni tak pernah lagi rasa menu Korea ni.. tapi nampak makanan diorang agak pedas-pedas ya? Maybe ada rezeki sampai Johor boleh cuba yang chicken ginseng tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang pedas ada juga yang tak pedas tapi pedas dia masih boleh kawtim lagi haha nanti datang singgah la sini

      Delete
  5. Berapa toppoki tu? Xnampak harga..hihi..tp nampak sedap..lama xmkn toppoki..craving lak..neway Japchae mmg sgt vegetarian kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa airah pun tak ingat. Bila tengok gambar apehal la tangkap gambar buruk macam ni harga pun tak nampak hahaha -.- aha japchae sesua untuk yang nak diet

      Delete
  6. Arrr kita suka akan Chicken wing tu hehehe kalau makanan Korea lah yang lain tu boleh telah juga dan paling suka Bingsu ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bingsu strawberry dekat kfry sedap gila nanti cuba laa

      Delete
  7. ok boleh terjah restoran ni bila pergi johor. nampak semua menu memamng menarik :-)

    ReplyDelete
  8. Oh my... This gonna be in my eating list... I can't wait to try this tomorrow. So craving now

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya I craving chicken ginseng tu

      Delete
  9. Ala, jauhnya sampai ke Johor. I pun sejak layan kdrama gila makanan Korea jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tak sure ada outlet lain ke tak hahaha semua pengaruh cerita korea

      Delete
  10. Tak pernah lagi makan dekat kedai ala-ala korean dan japanese ni. Takut tekak tak boleh terima hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha bahaya sikit kalau tak makan membazir je. kena baca review dulu baru cuba hihi

      Delete
  11. Wahhh..nampak sedap..mommy tak pernah lagi makan makanan korean. Sejenis manusia yang tak berani mencuba..tapi mana tahu lepas ni cuba kan..enjoy your food😋😋🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan rasa dia mommy irra.kena baca review dulu kalau nak try makanan korean ada yang tak boleh terima tekak

      Delete
  12. Bab makan makanan kirea ni saya memang x makan dan minat.kalau adik saya suka.rasa macam tak boleh terima sebab temgok pelik tapi kan duk tengok awak makan toppoki cheese tuh mavam sedap plak.yela sebab ada cheese..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aha ada yang tak boleh terima tekak.kena tengok dulu dan baca review ok ke tak menu tu

      Delete
  13. Suka ayam goreng Korea. Kalau restoran Korea takda ayam pedas ni I emo. Hahahha. Sedapnya. Rasa nak pergi je makan sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cuba kedai korean baru confirm kena rasa ayam dia hahaha

      Delete
  14. chicken up eh. uzu suka tgk drama korea tapi bab makan makanan korea kureng sikit ah tapi mcm best pulak tengok gambar-gambar ni... Menyelerakan heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga yang tak boleh telan makanan korea ni airah pun memilih juga yang pelik tu taknak cuba hahaha

      Delete
  15. Kak adalah makan makanan korea, ada yg sedap ada yg ok2 jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kadang ada juga yang tak boleh masuk tekak

      Delete
  16. Sebut pasal Korean Food, malam tadi baru pergi makan dekat salah satu kedai korea yang terkenal dekat Batu Pahat, Johor.

    Dah datang awal, beratur punyalah panjang sebab nak tunggu turn meja. Memang meriah, walaupun tak kenal pun ada nama hidangan yang dorang sajikan hahaha

    Kita tau makan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kfry ke tu? haha asalkan sesua dengan citarasa boleh la makan

      Delete
  17. Yesterday when i was at SS15 i passed by this restaurant, ingat nak try but now i think i drop the decision since makanan dia so so only je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa tak sure this one mungkin kena dengan taste u.

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.