Bertukar Kepada Domain

Akhirnya, salah satu Misi Untuk Blog Tahun 2018 dah tercapai. Nak bertukar dari blogspot kepada domain. Salah satu sebab I nak bertukar kepada domain ni nampak pro la sikit blog I hahahha. Bukan maksud I yang guna blogspot tu tak nampak pro okay. Semua blog ada ciri-ciri dan keistimewaan sendiri. Jadi I bukannya hebat sangat susun ayat sampai blog pun power. Perlukan ciri lain untuk nampak power sikit. Sikit je okay.


Antara kelebihan guna domain ni dari pembacaan I, blog kita lebih selamat. I ada baca cerita-cerita yang blog dipadam sebab apa pun tak pasti tapi disebabkan nama blog kita tu .blogspot jadi sukahati diaorang jela nak padam blog kita.


Url blog kita pun senang orang nak ingat dan boleh la datang lagi sebab nama tu diingati.

www.airahsyahirah.blogspot.com
www.airahsyahirah.com


Bila nama pun dah pendek lebih senang orang nak ingat kan. Kalau nama blog pun dah panjang dan berbelit mungkin agak susah sikit orang nak ingat. I pun jenis malas nak hafal kalau berbelit ni.





Menggunakan domain jugak, lebih tinggi peratus orang nampak blog kita. Ini ada kaitan dengan SEO juga yang I pun belum master lagi. Cuma tahu gitu-gitu je. Contohnya bila orang lain buat carian keyword di mana-mana medium pencarian, blog kita akan lebih menonjol dekat bahagian atas-atas la. I baca banyak jugak perubahan drastik pada trafik blog. I belum merasai lagi sebab masih baru bertukar kepada domain.


Domain juga menunjukkan kita serius dalam berblogging ni. Jadi bila ada duit sikit I pun beli la domain di netkl.com. Senang je nak beli domain rupanya.


Kenapa I beli di netkl? Kebanyakkan review yang I baca, netkl lebih cepat dan pantas. Kalau ada apa-apa masalah pun cepat je pihak netkl balas.


Cara nak beli domain di Netkl
1. Pergi ke website Netkl.
2. Dekat tab atas tu pilih Domain - Buy Domain Only.
3. Untuk categories tu pilih Domain Registration.
4. Tick box sama ada korang nak Netkl daftar domain baru ataupun nak tukar domain korang yang sekarang ni bawah netkl. Sebab I memang tak guna domain pun sebelum ni, I pilih , I want NetKL Network to register a new domain for me.
5. Boleh la check dekat situ juga sama ada domain yang korang nak tu boleh digunakan ataupun tak.




6. Kalau domain tu okay boleh beli. Setahun RM45 sahaja. Kalau nak beli untuk dua tahun ke, tiga tahun ke, berapa banyak tahun pun boleh terus bayar je ikut harga yang telah ditetapkan. 



7. Untuk Id Protection atas ni I tak beli pun so I skip je. Boleh terus tekan update cart.



8. Ini untuk caj pembayaran mengikut cara pembayaran yang kita gunakan. Pilih la pembayaran yang kosong caj supaya tak membazir.




9. Atas ni pula kalau korang ada kod diskaun boleh la letak. Kalau tak ada boleh terus checkout.





10. Isi semua detail yang diperlukan. Dah settle boleh tekan complete order.



11. Nanti pihak Netkl akan hantar email untuk confirmation la, invoice pun ada kalau korang nak tengok. Kalau dah settlekan pembayaran boleh terus guna domain korang tu.


I ada jugak google cara nak pasang domain tu sendiri tapi pening ! Ada yang cakap senang je tapi bagi I pening jugak la banyak step dan banyak benda nak buat. Susah sangat I terus email je Netkl minta diaorang yang pasangkan. Cepat je Netkl balas email lengkap sekali dengan harga caj untuk pasang domain. Harga dia cuma RM10 sahaja. 


Kalau dah bankin untuk pemasangan domain terus hantar detail bankin beserta alamat email dan password blog nanti diaorang pasangkan. Settle ! Tak payah pening nak pasang sendiri.


Atas tadi I bagi step by step untuk mereka yang nak beli domain melalui Netkl. Senang je caranya tapi kalau nak beli di website lain I tak pasti. Untuk mereka yang baru berjinak dengan domain boleh la kalau nak cuba service dari Netkl.


Kalau tengok gambar I lepas ni masih guna watermark airahsyahirah.blogspot tu nampak sangat gambar dah siap berzaman, entry baru nak update hehe.






46 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Wah.. baru tahu ni.. terima kasoh atas info

    ReplyDelete
  3. alamak... baru nak buat. tapi belum sempat lagi nak buat. :( oklah sis senang bila nama blog dah disingkatkan, kan? hehe ada masa boleh buat juga

    ReplyDelete
  4. hee nnti dh ready kite pun nk tukar domain lahh :D

    ReplyDelete
  5. bestnya dah ade domain sendiri, ni azam kin tahun depan. tahun ni nak banyyakkan entri dulu. hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sama airah pun nak banyakkan entry berguna juga

      Delete
  6. Wahhh dah tercapai! Nad pun plan nak pakai domain jugak. Tapi baru je buat payment tengahari tadi hahah. Dah beberapa hari lagi siap lah ni hehe.

    ReplyDelete
  7. customer service netkl memang terbaik kan?! Happy sangat beli domain dengan diorang. Anyway, tahniah dah ada domain sendiri :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. AHa memang service netkl okay hihi thankyou

      Delete
  8. tahniah. Del pun bercadang juga nak pasang domain. tpi pening tengok kt google. tanya blogger lain pun hurm.. thanks share info sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airah pun blur2 juga sebenarnya haha kena rajin cari info

      Delete
  9. Tahniah, dapat domain baru ni....

    Looks more pro, more nice..
    After having own domain..

    ReplyDelete
  10. Tahniah. Satu perubahan besar untuk tahun 2018. Semoga terus rajin dan teruskan menulis tanpa jemu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih harap lebih rajin la menaip entry

      Delete
  11. Tahniah dah pakai domain sendiri..mmg bagus utk branding blog and org sng ingat kan..ramai suggest beli domain kt netkl..sng kalau step ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tu la banyak baca review netkl okay so beli dekat netkl jela

      Delete
  12. Tahniah... Kita pon agak baru jugak tukar domain. Last year bulan august. Buat dengan netKL jugak. Senang jer ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah sama.aha senang je rupanya nak tukar ke domain

      Delete
  13. Tahniah , sis! Keep on writing. Semoga dengan adanya domain ini nanti akan lebih bersemangat untuk terus menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap lebih rajin la nak menaip entry lepas ni haha ni pun mood kadang ada kadang tak ada je

      Delete
  14. Saya pun pakai Net.KL. Ada share juga macam ni. Excited kan dan seronok dah pakai domain sendiri. Hope lepas ni lebih banyak trafik dan naikkan pageviews. Congrats!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dalam usaha kumpul ilmu cara naikkan trafik blog pula

      Delete
  15. Tahniah dah ada domain sendiri. Haaa...baru la client ramai trust kat platform kita..domain dotcom ni memang menjadi tarikan pada client yang nak beriklan di blog kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh thankyou info memang harap dapat pergi jauh juga

      Delete
  16. Ehhh sama lah kita guna NetKl juga hehehehe yakin sikit dan dah lama tukar kepada domain ni nampak lebih yakin dan meyakinkan pelanggan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga pengguna netkl ni hihi nasib buat pilihan bijak juga

      Delete
  17. Memang banyak sebenarnya faedah bertukar ke domain. Lagipun semakin hari semakin banyak blogger sekarang. Domain antara yang memberi keyakinan bahawa kita serius dengan blogging. Apapun salam kenal ya! Saya dah follow blog ni. Jemputlah ke blog saya, hasifhamsyari.com pula! 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sharing info juga insha Allah dah lama follow blogger hebat

      Delete
  18. Pilih domain amatlah penting untuk blogger, tidak kisahlah pakai platform apa pun domain name akan lebih pendek dan senang di sebut dan dieja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha macam nama blog kak ruby senang nak ingat lepastu airah pun rajin nak singgah

      Delete
  19. Hi, welcome to new domain. Kite pun baru jugak tukar ke domain baru ni dalam bulan lepas.

    ReplyDelete
  20. tq for info..baru berjinak2 jd blogger..byk lg ilmu kena bljar
    sudi2la melawat blog rosa
    https://rosapegitravel.blogapot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 belajar airah pun banyak ilmu nak belajar ni

      Delete
  21. Tahniah ! bagus bila dah ada domain nama sendiri baru nama identiti sendiri. apa pun agak murah juga ya netkl ni,

    i pakai jomhostings untuk 2 tahun 100 + id protection rm30 heee.

    ReplyDelete
  22. wah dah tukar domain.tahniah..welcome to the the club

    ReplyDelete
  23. nice.. tahniah! aida in shaa Allah one fine day bila ada rezekii nnti ^^

    ReplyDelete
  24. Tahniah dah ada domain sendiri, kak pun baru tukar domain dan tamplet baru..seronok rasanya dah tukar ke domain

    ReplyDelete
  25. Awh congrats on getting your domain! I remember before I got mine, I didn't know where to look- so this would definitely be helpful to those who are currently searching for a way to get theirs :)

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum dan salam perkenalan awak. Tahniah diatas pertukaran domain ye. Enjoy for blogging,hehe...Apapun, better beli id protection supaya tiada pihak yang salahguna info kita and incase kalau ada apa-apa nanti, blog dan detail dari segi alamat, no.fon selamat dari orang luar.

    ReplyDelete
  27. Ika dah ada domain tapi pihak pengurusan ika ni macam slow sikit reply. boleh tak kalau kita nk tukar domain lain? adakah kena buat blog baru? tak boleh ke gantikan je domain ni?

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.