Istimewa untuk peminat korean food, samyang, kpop mahupun kdrama, Domino's Pizza ada kejutan untuk korang.Pada Khamis minggu lepas, I berpeluang untuk merasa sendiri pizza terbaru dari Domino's.


Domino's kini mempunya tiga perisa pizza baharu iaitu Pizza Ayam Samyeang, Pizza Tuna Samyeang dan Pizza Daging Samyeang. Setiap perisa piza mempunyai keunikkan tersendiri. Selain itu, menu terbaru yang paling best ialah Kepak Ayam-haseyo ! Apa yang menariknya mengenai menu-menu baru ni?


Tiga pij-ja terbaru dan kepak ayam haseyo.


Antara ketiga-tiga piza terbaru yang I rasa, paling I suka ialah Piza Tuna Samyeang. Roti yang gebu, topping yang banyak dan sos yang sedap memang rasa nak makan setiap hari. Kalau nak tahu, yang unik nya mengenai ketiga-tiga pizza ini, sos samyeang yang digunakan menjadi salah satu bahan utama dan daya tarikan untuk piza ni.



Piza Daging Samyeang


Pernah makan tak megi samyang tu? Pedas dan berasap kan. Untuk perisa Ayam Samyeang, sos yang digunakan masih ditahap sesuai untuk semua peringkat umur. Tak pedas sangat dan I rasa kanak-kanak pun boleh makan. Untuk Tuna Samyeang pula agak pedas sebab tu I suka.


Dan ketiga yang menjadi kegemaran semua orang, Piza Daging Samyeang. Daging yang digunakan sangat la lembut. Memang kena dengan sos samyeang yang unik. Sos yang digunakan adalah kombinasi rasa pedas dan manis yang mengancam. Bukan pedas yang berasap kepala tu tau kalau macam tu I pun tak berapa suka sangat. Pendek kata piza terbaru keluaran Domino's ni sesuai untuk semua.


Kepak Ayam-haseyo


Domino's juga memperkenalkan Kepak Ayam-haseyo. Apa yang I suka rasa sos kepak ayam ni lebih pedas dari rasa piza. Peminat makanan pedas memang patut cuba ! Isi ayam sangat la lembut dan kepak ayam dibakar sempurna. Lapisan luar kepak ayam disaluti sos sedap samyeang. Sos dia memang pekat dan caramelized. Puas hati sangat tau dengan rasa dia. Boleh tahan pedas juga meleleh hingus.


I memang suka makan piza di Domino's sebab menu dari Domino's lebih banyak. Selain itu boleh pilih jenis crust, side dish dan pelbagai jenis desert. Masa makan piza samyeang ni pun I dan para blogger yang lain disajikan dengan Chocolate Lava Cake. Sangat sedap. 


Bagi I kualiti dan nilai menu yang Domino's ketengahkan sangat dititik beratkan. Sebab tu kot kebanyakkan menu dari Domino's semua best-best.


Piza Ayam Samyeang


Pelanggan boleh nikmati menu terbaru Piza Samyeang dan Kepak Ayam Haseyo ni dalam waktu terhad sahaja tau. Boleh didapati di semua Domino's Pizza dari 26 Februari 2018. Kalau nak beli secara atas talian di http://www.dominos.com.my/ atau hubungi 1300-888-333 untuk pesanan.




Dengan blogger-blogger Johor. Hai Kak Hernee dan Kak Seri.



My fav Tuna Samyeang


Pelanggan boleh memesan 2 Pizza Deal dan menikmati Piza Samyeang terbaru dengan lebihan keju. Piza Samyeang bersaiz personal sah untuk tawaran Super Tuesday iaitu setiap hari selasa bermula serendah RM3.90 tempahan secara atas talian dan rm4.90 untuk tempahan di kaunter.
Harga untuk 
2 pizza bersaiz regular ialah RM33
2 pizza bersaiz besar ialah RM55
2 pizza bersaiz extra besar RM77




Untuk maklumat lebih lanjut boleh la kunjungi laman web Domino's okay. I nak sambung makan piza samyeang.





Annyeong Haseyo untuk Pizza Samyeang dan Kepak Ayam

Hae Ra


Baru je habis tonton kdrama Black Knight : The Man Who Guards Me ni. Antara kdrama yang famous dan ramai jugak orang tonton. I je baru tonton hahaha. I malas sikit nak tunggu setiap episod. Bila dah update semua episod dan semua dah ada subtitle baru I tengok.


Cerita ni mengenai Moon So Hoo, Jung Hae Ra dan Sharon. Tiga orang ni berkait rapat dalam cinta tiga segi. Bagi I cerita ni unik sikit walaupun sebelum ni ada jugak kdrama mengenai mereka yang boleh hidup beratus tahun. Sharon ni hidup 200 tahun tak silap I sebab dosa dia. Dia bunuh So Hoo dan Hae Ra masa dulu dan bila So Hoo dan Hae Ra dilahirkan semula dan berjumpa semula pun Sharon masih ada niat jahat nak pisahkan mereka. 


Bagi I drama ni sweet. Tak ada part yang buat I terlalu stress fikir konflik diaorang hahaha. Banyak jugak part yang buat I berdebar nak tunggu apa la nak jadi lepas ni. I memang prefer tonton drama yang sweet dan tak terlalu banyak benda I nak kena fikir sebab I nak tonton drama sebab nak hilangkan stress bukan tambah stress hahaha. 


I tak nak tulis sinopsis panjang sebab nanti jadi tak best kalau ada yang masih tak menonton lagi. 







Drama ni dilakonkan oleh Kim Rae Won sebagai So Hoo, Shin Se Kyung sebagai Hae ra dan Seo Ji Hae sebagai Sharon/Seo Rin. Sebab Sharon ni dah hidup lama beratus tahun jadi dia ada macam-macam nama la. Lagi satu antara watak penting dalam cinta tiga segi ni ialah Jang Mi Hee atau Baek Hee. Baek Hee ni pun sama jugak dia hidup beratus tahun. Dia la yang tolong Sharon dan ajar macam mana nak hidup lama tanpa ada orang perasan yang diaorang tak tua-tua pun. Diaorang berdua ni jugak kena cari jalan untuk rungkaikan sumpahan tak tua ni.


Yang menariknya drama ni pada awal episod dan akhir boleh tengok pemandangan yang sangat la cantik di Slovenia. Hae Ra bekerja di travel agency so dia berkesempatan la nak pergi Slovenia. Dekat Slovenia la pertama kali dia berjumpa dengan So Hoo bila dah besar. Sebenarnya diaorang dah kenal dari kecil tapi bila besar dah tak kenal. Kalau nak tahu kenapa kena la tonton.


Slovenia


Slovenia


Cerita ni sebanyak dua puluh episod dan ada campuran pada masa kini dan pada masa dahulu sebab diaorang asyik teringat zaman sebelum So Hoo dan Hae Ra dilahirkan semula tu. Ending dia memang lain dari yang lain. Bagi I cerita ni best la I bagi 3 bintang hahhaha cakap best tapi bagi tiga bintang hehhh sebab I pernah tengok cerita lagi best kottt. 


Harap masa I lepas ni banyak la nak mengejar tengok kdrama yang lain. Ini pun I ambil masa yang lama jugak la nak habiskan 20 episod.


Sharon



Part paling I suka bila zoom in muka diaorang dekat macam ni. Flawless gila ! Jealous betul kulit diaorang cantik macam ni sambil fikir bila laa nak dapat kulit tak ada jerawat ke parut ke apa.


Ada tak kdrama best yang lain yang I patut tengok? Tinggalkan tajuk dekat komen box okay.











Black Knight : The Man Who Guards Me



Dah lama rasanya tak menaip entry makan sebab dah jarang mencuba kedai makan yang baru. Sekarang mood tak ada nak cuba makan kedai baru jadi ulang makan kedai yang dah terbukti sedap je hehe. Cuma haritu terpengaruh pergi sini. Sebenarnya dah agak lama jugak la I pergi Chicken Up ni. Chicken Up ni adalah kedai makan ataupun restoran yang berkonsepkan makanan korea. 


Bila bab makanan korea ni memang teruja sangat la I dengan Aiman nak mencuba. I tahu kedai ni pun bila Putreo update ig story dia makan dekat sini. Kalau tak i memang tak tahu menahu kewujudan kedai ni sebab macam tak viral je lagi kan.


Putreo makan menu yang ayam ginseng tak silap I. Ikutkan nak order ayam ginseng tu jugak tapi tak jadi sebab bila tengok menu Aiman teringin benda lain, I pun teringin benda lain. Menu dia tak berapa banyak pun tapi yang famous macam ayam ginseng, korean pancake, ramen, korean chicken tu ada laa. Boleh tengok gambar menu dekat bawah ni gigih I tangkap gambar sebab kalau nak pergi lagi senang kira budget hahaha.








Atas ni pula gambar menu yang kiteorang order. I serius tak ingat nama dia tapi gambar pertama tu topokki dengan cheese. Rasa dia sama macam yang dekat kfry punya. Yang dekat kfry punya dah dua kali jugak la order topokki cheese ni. I ada buat review makanan di kfry. Guna search box dekat tepi kanan kalau nak baca entry okay. Gambar ke tiga yang macam ada telur tu Aiman teringin. Dia mee tapi macam tak ada kuah sangat tapi sayur banyakkkkkkkkkk.


Menu tu serius I tak suka. Tak sedap dan rasa dia agak pelik. Memang tak habis makan yang itu haha. Tak silap I nama menu yang mee ni Japchae. Yang last sekali korean chicken dia. Ada macam macam jenis yang I pilih ni macam biasa je. ketulan ayam dia agak besar tapi tak berapa sedap sebab isi ayam yang dalam tu macam tawar tak kena sekali rempah dan sos bahagian luar. Kalau ayam kfry sedap sebab kecil so sos dia kena la pada semua bahagian ayam. Faham tak apa I taip hahahah.


Overall untuk menu yang I dengan Aiman pilih kali ni tak berapa best dan ada yang tak sedap. Maybe lepas ni kena jugak try chicken ginseng tuuuu. craving ! Banyak menu lain jugak boleh try. Air dia macam biasa I order green tea. Pilihan air pun banyak.


Kalau nak datang sini guna waze je sebab I pun waze tempat dia memang tepat. Dari jalan raya dah nampak sebab kedai dia besar dan memang betul betul tepi jalan. Sebab kedai dia besar, memang sesuai kalau nak bawak rombongan ramai-ramai datang sini. Masa I datang lepas lunch hour tu memang tak ramai langsung orang. Bila tak ramai orang ni masa menunggu makanan pun kejap jela. Bagi I kedai dia agak selesa sebab luas dan susunan meja tak rapat jadi senang nak lalu lalang.


Pekerja dia pun okay bila tanya mana best boleh la dia suggestkan.




Alamat :   2, Jalan Austin Height 8/7, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Waze : Chicken Up Austin
Call 07-364 8851

Chicken Up- Korean Food

Akhirnya, salah satu Misi Untuk Blog Tahun 2018 dah tercapai. Nak bertukar dari blogspot kepada domain. Salah satu sebab I nak bertukar kepada domain ni nampak pro la sikit blog I hahahha. Bukan maksud I yang guna blogspot tu tak nampak pro okay. Semua blog ada ciri-ciri dan keistimewaan sendiri. Jadi I bukannya hebat sangat susun ayat sampai blog pun power. Perlukan ciri lain untuk nampak power sikit. Sikit je okay.


Antara kelebihan guna domain ni dari pembacaan I, blog kita lebih selamat. I ada baca cerita-cerita yang blog dipadam sebab apa pun tak pasti tapi disebabkan nama blog kita tu .blogspot jadi sukahati diaorang jela nak padam blog kita.


Url blog kita pun senang orang nak ingat dan boleh la datang lagi sebab nama tu diingati.

www.airahsyahirah.blogspot.com
www.airahsyahirah.com


Bila nama pun dah pendek lebih senang orang nak ingat kan. Kalau nama blog pun dah panjang dan berbelit mungkin agak susah sikit orang nak ingat. I pun jenis malas nak hafal kalau berbelit ni.





Menggunakan domain jugak, lebih tinggi peratus orang nampak blog kita. Ini ada kaitan dengan SEO juga yang I pun belum master lagi. Cuma tahu gitu-gitu je. Contohnya bila orang lain buat carian keyword di mana-mana medium pencarian, blog kita akan lebih menonjol dekat bahagian atas-atas la. I baca banyak jugak perubahan drastik pada trafik blog. I belum merasai lagi sebab masih baru bertukar kepada domain.


Domain juga menunjukkan kita serius dalam berblogging ni. Jadi bila ada duit sikit I pun beli la domain di netkl.com. Senang je nak beli domain rupanya.


Kenapa I beli di netkl? Kebanyakkan review yang I baca, netkl lebih cepat dan pantas. Kalau ada apa-apa masalah pun cepat je pihak netkl balas.


Cara nak beli domain di Netkl
1. Pergi ke website Netkl.
2. Dekat tab atas tu pilih Domain - Buy Domain Only.
3. Untuk categories tu pilih Domain Registration.
4. Tick box sama ada korang nak Netkl daftar domain baru ataupun nak tukar domain korang yang sekarang ni bawah netkl. Sebab I memang tak guna domain pun sebelum ni, I pilih , I want NetKL Network to register a new domain for me.
5. Boleh la check dekat situ juga sama ada domain yang korang nak tu boleh digunakan ataupun tak.




6. Kalau domain tu okay boleh beli. Setahun RM45 sahaja. Kalau nak beli untuk dua tahun ke, tiga tahun ke, berapa banyak tahun pun boleh terus bayar je ikut harga yang telah ditetapkan. 



7. Untuk Id Protection atas ni I tak beli pun so I skip je. Boleh terus tekan update cart.



8. Ini untuk caj pembayaran mengikut cara pembayaran yang kita gunakan. Pilih la pembayaran yang kosong caj supaya tak membazir.




9. Atas ni pula kalau korang ada kod diskaun boleh la letak. Kalau tak ada boleh terus checkout.





10. Isi semua detail yang diperlukan. Dah settle boleh tekan complete order.



11. Nanti pihak Netkl akan hantar email untuk confirmation la, invoice pun ada kalau korang nak tengok. Kalau dah settlekan pembayaran boleh terus guna domain korang tu.


I ada jugak google cara nak pasang domain tu sendiri tapi pening ! Ada yang cakap senang je tapi bagi I pening jugak la banyak step dan banyak benda nak buat. Susah sangat I terus email je Netkl minta diaorang yang pasangkan. Cepat je Netkl balas email lengkap sekali dengan harga caj untuk pasang domain. Harga dia cuma RM10 sahaja. 


Kalau dah bankin untuk pemasangan domain terus hantar detail bankin beserta alamat email dan password blog nanti diaorang pasangkan. Settle ! Tak payah pening nak pasang sendiri.


Atas tadi I bagi step by step untuk mereka yang nak beli domain melalui Netkl. Senang je caranya tapi kalau nak beli di website lain I tak pasti. Untuk mereka yang baru berjinak dengan domain boleh la kalau nak cuba service dari Netkl.


Kalau tengok gambar I lepas ni masih guna watermark airahsyahirah.blogspot tu nampak sangat gambar dah siap berzaman, entry baru nak update hehe.






Bertukar Kepada Domain



Untuk tahun 2018 ni I berazam untuk membaca lebih banyak buku tak kira apa jenis pun dan membeli lebih banyak buku juga. I ada fikir jugak mungkin kena buat tabung untuk beli buku pula lepas ni -.- Banyak tabung nak kena buat ni. Untuk bulan Januari, I tak baca buku pun sebab malas hahahha. Bukan bukan. Sebab I tak ada buku lagi yang nak dibaca. Bulan Februari baru stok buku sampai diterbangkan khas dari Perak.


Ikutkan dekat Perak, rumah mama ayah I memang banyak la buku. Novel memang berlambak sebab mama dan I hantu novel. Buku agama pun banyak sebab tu favourite ayah. Ikutkan I memang dah lama sangat tak membaca. Hantu novel tu terberhenti bila I masuk belajar. Tak ada masa sangat untuk baca novel. Buku belajar pun I tak ada banyak masa nak khatam inikan nak membaca novel. Jadi azam tahun 2018 ni nak membaca sebanyak yang boleh.


Untuk Februari I baca empat buah novel dan satu buku motivasi. Untuk novel yang I baca iaitu Neredesin? Awak di Mana? , Titian Cinta, Hero Seorang Cinderella dan The Unsung Hero nanti I buat full review okay. Gambar semua dah ready harap I ada mood la nak menaip. Siapa suka baca novel macam I sila tinggalkan komen novel favourite korang di bawah okay !


Buku motivasi pula I baca Dila Mamadil by Dila Mubarak. Gambar buku ni tak ada dekat atas sebab I pinjam je hehehe. I suka jugak baca buku motivasi dalam bentuk bisnes ni sebab sangat memberi semangat untuk I lebih berusaha buat apa yang I sedang buat sekarang. I ni kadang mood okay semangat, kadang sampai tak ada semangat nak buat apa-apa pun. perlu sangat pembacaan macam ni untuk kekalkan semangat I dalam apa yang I buat.


Neredesin? Awak di Mana?, Hero Seorang Cinderella dan The unsung Hero memang I enjoy je baca. Lagi-lagi The Unsung Hero by Melur Jelita tu, terlalu banyak info berguna berkaitan agama mahupun nasihat dalam tu. Untuk Titian Cinta pulak bukan I tak enjoy baca tapi sebab I dah pernah tengok drama dia jadi macam dah tak best sangat nak membaca. So lepasni I akan baca dulu novel atau buku tersebut sebelum I tonton adaptasi dia kalau tak memang tak ada mood nak membaca sebab dah tau jalan cerita haha.


Insha Allah nanti I buat full review untuk setiap novel ni. Korang ada favourite novel atau buku yang best untuk dibaca tak? Boleh I beli jugak.







Reading Recap | February



Korang pernah tak cuba nougat ni? I tak pasti ada nama lain atau tak tapi bila I google dia keluar la nougat, gambar macam yang I nak hahaha. Kalau yang tak tahu lagi nougat ni apa. Sejenis manisan diperbuat dari gula atau madu dan ada la campuran kekacang jugak. 


Dari pembacaan I, manisan ni berasal dari Turkey. I sebenarnya tak familiar sangat dengan nougat ni tapi pernah nampak la orang jual. Haritu teringin sebenarnya nak makan caramel crunchy dari tepung florentine tu. Tapi nak mancari yang dah siap, tinggal nak beli je susah betul -.- Jenuh google la, cari dekat facebook la hahaha. Nak buat sendiri Aiman cakap tak payah, beli je.


Disebabkan dah berapa hari nak crunchy caramel tu tak dapat jugak maka Aiman pun ajak la beli nougat ni dekat Paradigm Mall. Dah Aiman nak belanja I okay je hihi.




Macam I bagitau tadi, nougat ni macam manisan dengan campuran kekacang semua so boleh la nak menggantikan chunchy caramel atau crunchy almond yang I nak tu. Harga untuk nougat ni boleh tahan mahal jugak. 100 gram dalam rm11 kalau tak silap I. Kalau silap maafkan ya. 


Boleh cari dekat Paradign Mall JB, area depan Village Grocer. Kalau dekat tempat lain I tak pasti dekat mana ada jual.




Dekat counter atas ni la I beli. Castania. Haritu masa jalan Paradigm Mall ada rasa tester dia tapi tak beli pun. Selain nougat ni ada jugak jual pelbagai jenis kekacang. Bagi I harga dia agak mahal tapi mungkin berkualiti dari kacang biasa. Peminat kacang boleh la cuba beli dekat sini pula. 




Favourite flavor


Pelbagai jenis perisa nougat ada. Ada yang campuran kekacang, campuran marsmallow, buah buahan dan lain-lain. Rasa dia boleh tahan sedap dan chewy. Boleh jadi kudap-kudap tapi mahal nau kekudap nya -.- 


Aiman macam tak minat sangat, dia pun tak makan banyak I je duk ulang ambil dari fridge makan sambil tengok movie. Packaging dia jenis cube dan balut asing-asing setiap satu. Jadi senang nak makan dan nak pegang pun tak rasa melekit jari sebab ada plastik tu.





Kalau nak cuba nougat ni boleh la beli dekat Castania ni okay. I pernah beli dekat sini je haha atau ada tak yang pernah beli dekat tempat lain dan lagi murah?

Nougat ?




Bila sepatutnya entry ni up masa bulan Februari tapi ni dah bulan March baru ada masa nak taip entry. Banyak sebenarnya entry I yang tertangguh dan menunggu bila masa lapang nak menaip. Kadang masa lapang dah ada tapi mood tak ada lagi. 


Jadi atas ni lima produk yang dah habis I gunakan untuk bulan Januari 2018. Bila produk dah habis digunakan ni, review dia lagi banyak dan mungkin kesan lagi nampak kan sama ada kesan positif, kesan negatif atau tak ada kesan langsung.Bila produk tu dah habis baru la boleh tahu suka ke tak, patut beli lagi ke tak. I kalau boleh bila dah beli satu produk tu usaha jugak nak habiskan walaupun ada pengganti produk yang lain untuk elakkan pembaziran haha. 


1. Dr Morita HA Moisture Essence Facial Mask

Sebelum ni I beli mask dari Dr Morita sekeping2 macam tu. Tak beli sekotak terus. Tapi watsons dan guardian kan selalu buat sales, bila dah sales apa lagi boleh la terus borong sekotak. I ada buat review mask ni di Dr Morita and The Face Shop Sheet Mask Review. Setakat ni memang mask ni antara favourite I sebab kesan dia yang ketara. Kalau nak makeup lebih glowing dan smooth memang I galakkan pakai mask Dr Morita ni sebab dia mengandungi hyaluronic acid yang membantu melembapkan, melembutkan dan kulit nampak glowing sihat. Boleh baca full review dekat link atas tu okay.


2. Kiseki Hair Mist

Yang ni adalah hair mist yang boleh berfungsi sebagai penyegar rambut dan kulit kepala. Bau dia sangat wangi tapi bagi kulit kepala I tak ada pun iritasi terhadap pewangi tersebut. Mungkin kalau korang nak cuba kena check dulu ada alahan pada pewangi atau tidak okay. Kulit kepala rasa lebih selesa bila pakai. Kalau dah pakai dari pagi pun sampai malam masih ada bau lagi. Kesan dia untuk rambut I pula tak ada yang ketara. Tak buat rambut I rosak tapi ada rasa rambut lebih senang diurus. Nak sikat rambut pun tak tersekat. Boleh baca full review di Kiseki Hair Mist My Perfect Partner.


3. Himalaya Herbals Oil Control  Lemon Face Wash

Pencuci muka dari Himalaya memang menjadi favourite dah bertahun dah. Kalau boleh semua jenis I nak cuba. Yang lemon ni untuk muka jenis berminyak. Ikutkan pencuci muka ni Aiman punya tapi I pun tumpang sekaki sebab tu cepat habis. I nak buat full review pun tak sempat. Untuk kulit Aiman yang jenis berminyak, dia suka pencuci muka ni. Buat muka rasa bersih dan kurang berminyak. Tak silap I dia ada sikit biji halus yang boleh scrub .Scrub yang tak terlalu dalam pada kulit. Kesan scrub pun sikit je. I guna pencuci muka ni pula bila waktu malam, dah seharian keluar dan muka pun rasa berminyak. Setakat ni kulit I jenis combination normal dan oily dan kulit Aiman jenis berminyak sesuai dengan pencuci muka lemon dari Himalaya. Yang mempunyai kulit berminyak, nak cari pencuci muka baru boleh la cuba lemon face wash himalaya ni. 


4. Laneige BB Cushion Whitening

I beli bb cushion Laneige ni masa beli barang hantaran dekat Sephora. Jadi I dah guna bb cushion ni dalam lapan bulan macam tu baru habis. I suka bb cushion Laneige ni sebab bila pakai, kulit nampak natural macam tak pakai apa-apa tapi dia masih membantu menutup cela yang tak terlalu ketara. Coverage dia biasa je yang ada parut ketara tu kena tambah concealer jugak kalau nak tutup penuh. Bau bb cushion ni pun bau wangi yang lembut. Boleh acah-acah kulit korea kejap bila dah pakai. Sekarang I pakai bb cushion the face shop, mungkin lepas ni nak beli balik Laneige punya sebab besttt.


5. Organic Aid Vitamin E

Organic aid Vitamin E ni adalah moisturizer jenis cream.Walaupun dia jenis cream tapi dia tak ada rasa melekit yang teruk. Dia cuma melekit sikit la masa nak sapu pada kulit, urut je perlahan pada kulit sampai semua meresap lepas tu tak aras melekit dah. I suka moisturizer ni sebab dia ada vitamin E yang membantu memudarkan parut dan buat kulit rasa lebih lembap. Kalau ada bahagian kulit yang kasar sebab kering, moisturizer ni memang boleh membantu bahagian kulit tu. I ada buat full review dekat Review : Organic Aid Vitamin E. Boleh baca dekat sana okay.


Itu je lima produk yang I habiskan dalam bulan Januari. Untuk bulan Februari tunggu next entry okay. Lagi satu I nak ingatkan, tak semestinya apa yang sesuai dengan kulit I, sesuai dengan kulit korang jugak. Lagi-lagi organic aid tu dia jenis creamy kemungkinan orang lain rimas dengan tekstur dia pada kulit. Apa pun kena cuba dulu, beli jenis yang travel friendly botol kecil tu untuk cuba. Kulit I pun ada jugak macam-macam masalah seperti redness, alahan dengan beberapa bahan dan jerawat lagi. Kena buat patch test dulu okay.




January Empties




Sebelum menggunakan St Ives Green Tea Scrub ni, I guna hampas teh je sebagai scrub muka. Dah lama jugak I rasa tak beli proper scrub untuk kulit muka ni hahaha. Bagi I menggunakan hampas teh tu best jugak, kulit rasa lembut je. Bertambah lembut kalau tambah madu. Tapi mungkin agak kasar untuk sesetengah kulit dan ikut jenis teh jugak. Kalau hampas teh tu agak kasar kena berhati-hati masa scrub pada kulit.


Jadi untuk complete kan rutin skincare I, I pun beli la St Ives Green Tea Scrub ni.


Produk : St Ives Green Tea Scrub
Fungsi : Scrub (Blackhead clearing)
Isi : 60z/ 170g
Harga : RM16/17


Dulu yang terkenal adalah St Ives Apricot Scrub. Tapi disebabkan butiran scrub dia agak kasar untuk kulit, kebanyakkan mereka yang expert dalam skincare ni tak galakkan guna Apricot tu. Kalau scrub terlalu kasar untuk kulit nanti kelembapan semula jadi kulit akan terganggu. Risau jugak kulit akan terluka, jadi sensitif dan menyebabkan radang. Kulit muka agak sensitif dan lembut jadi kena cari produk yang sesuai.


Fungsi utama St Ives Green Tea Scrub untuk mengurangkan blackhead dan meredakan radang kemerahan. Scrub ni jugak membantu membersihkan liang roma dari kotoran dan minyak berlebihan. Dari packaging dia ada tulis sulfate free dan paraben free. Bagi yang mencari produk yang tidak mengandungi sulfate dan paraben boleh la cuba scrub ni. Scrub ni jugak mengandungi 1% salicylic acid untuk tujuan acne treatment. Bagi I 1% tu macam tak ada bawak banyak perbezaan sangat.




Atas ni gambar tekstur scrub St Ives. Berwarna hijau dan ada tekstur kasar untuk scrub. Dia punya kasar tu tak terlampau kasar pun, masih lembut pada kulit. I suka bau dia sebab wangi. Macam ada bau green tea tapi tak terlampau kuat tapi wangi tu I tak sure datang dari mana haha. Pada packaging dia ada tulis 100% natural exfoliants.


Untuk kulit I, bila pakai scrub ni kulit rasa segar dan selesa. Sebab produk ni sejenis scrub, kulit muka pun rasa bersih dan memang enjoy guna dia lembut pada kulit tapi kesan best. Rasa dia mencuci sampai ke dalam liang roma muka. Biasa I akan guna sekali sehari setiap malam. Lepas balik kerja dan cuci muka guna double cleansing, I guna scrub pula. Nak scrub pula macam biasa. Pastikan kulit muka lembap, then ambil sikit scrub tu dan gosok perlahan pada kulit muka. Selalu cara I gosok pada muka secara putaran bulat. 


Pada packaging dia ada tulis boleh digunakan tiga kali sehari tapi tidak digalakkan ye. Mungkin kulit akan rasa kering. Jadi bila dah guna sekali pun kulit akan rasa kering sikit bayangkan guna tiga kali sehari. I nasihatkan guna sekali sehari dan selang sehari ikut keperluan kulit muka sendiri. Lepas dah scrub I akan pakai mask dan buat rutin skincare macam biasa.


Overall I memang suka scrub ni, tekstur dia lembut rasa membersihkan kulit muka I. Bukan scrub yang terlampau kasar pada kulit. Repurchased? Yes. Kalau dah habis I akan beli lagi tapi macam biasa la I tak setia pada satu produk je hahaha. 





Bahan yang ada dalam scrub ni
Water (Aqua, Eau), Hydrated Silica, Potassium Laureth Phosphate, Glycerin, Sodium Lauroamphoacetate, Sodium Methyl 2 Sulfolaurate, Polyacrylate 1 Crosspolymer, Citric Acid, Glycereth 18 Ethylhexanoate, Kaolin, Disodium 2 Sulfolaurate, Camellia Senensis Leaf Extract, Epilobium Angustifolium (Canadian Willowherb) Extract, Olea Europa (Olive) Leaf Extract, Ascophyllum Nodosum (Brown Algae) Extract, Alteromonas Ferment Extract, Yeast Extract (Foex, Extrait de Levure), Hydrolized Jojoba Esters, PPG 2 Methyl Ether, Fragrance (Parfum), Glycereth 18, Phenethyl Alcohol, Methylisoptiazolinone, Yellow 5 (CI 19140), Red 4 (CI 14700), Red 33 (CI 17200), Blue 1 (CI 42090) (CI 42090)




St Ives Green Tea Scrub Review



Kalau nak join tekan banner atas okay.

Syarat Untuk Menyertai

1. Follow Blog Ombak Bergigi

2. Follow IG @ombakbergigi

3. Buat satu entri di blog korang bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi"

4. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini

Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pencarian bloglist bulan April 2018 bagi blog https://aerillhassan.blogspot.my/ bermula 19 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk sertai pencarian ini.

Cara-cara untuk sertai :-

1. Follow, Add to Circle dan Like
2. Masukkan blog https://aerillhassan.blogspot.my/ ke dalam bloglist anda.

3. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan

4. Copy Coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist blog Aerillhassan. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 April 2018.

Sekian, terima kasih.

Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan



Dalam entry I minggu lepas, Mencari Hadiah Untuk Tersayang, I ada cerita mengenai laman web Printcious. Yang belum baca entry I yang tu boleh la klik link atas tu okay. Printous adalah medium yang boleh digunakan untuk mencari hadiah buat tersayang. Paling bermakna bila hadiah tu kita boleh customized sendiri ikut citarasa sendiri. Menarik kan?


I pun tak ketinggalan nak gunakan khidmat Printcious ni nak beli hadiah untuk diri sendiri. Tapi I tak beli untuk diri sendiri je. Untuk Aiman satu haha. Macam mana cara nak order dia senang je. Pergi je ke laman web Printcious, pilih produk yang korang nak customized. Dekat produk tu boleh la korang design cantik-cantik, nak tambah perkataan, ayat ke. Dekat entry I sebelum ni pun ada tunjuk cara yang lebih jelas beserta gambar sekali.


I memang ambil masa yang lama sangat nak design apa yang I pilih. Lama bukan sebab susah tau. Sebab I bukan kreatif sangat nak design sendiri. Lepas tu nak la cantik-cantik itu yang lama tu. Tapi settle juga buat order dan dah sampai pun barangnya.


Penghantaran mengambil masa dalam tiga ke tujuh hari. Tak lama pun.


Lagi satu yang I suka dengan servis perghantaran printcious ni, diaorang ada Collectco. Collectco ni macam collection center. Korang boleh pilih collection center yang terdekat dan boleh pergi ambil sendiri barang dekat situ. Servis macam ni sangat sesuai kalau korang busy tak ada dekat rumah, tak ada siapa nak ambilkan parcel di rumah jadi bila free dan masa sesuai boleh la pergi ke Collectco terdekat untuk ambil barang. Collectco ni pun ada yang buka sampai malam jadi memang senang sangat la.





I order dua mug dan satu button badge. Boleh tengok packaging mug ni dalam dua kotak dekat atas. Yang paling atas tu button badge.





Taraaa ! Ini la mug yang I design. Untuk mug ada pilihan sama ada nak color mug ataupun magic mug. I punya ni color mug. Pemegang mug dan dalam dia yang warna pink tu korang boleh pilih nak warna apa. Ada tujuh warna untuk dipilih. I macam biasa la kena pilih warna favourite. Pink !


Mug I order dua je tapi dalam gambar dekat atas macam ada empat pulak kan haha. Korang boleh design ikut kretiviti. Macam I, mug bahagian hadapan I letak gambar emoji comel warna pink. Bahagian belakang pula letak ayat comel sikit. Semua emoji, gambar comel tu korang boleh pilih sendiri dan letak dekat mana yang korang suka tau.


Kalau buat sendiri memang akan ada satu je dalam dunia ni tau.




Produk ketiga yang I order ialah button badge ni. Comel dengan gambar pizza. Gambar pizza ni pun I pilih sendiri. Untuk button badge ada dua jenis yang boleh dipilih. Satu jenis pin dan lagi satu magnetic opener. I punya jenis pin. Saiz pun ada lima saiz button yang boleh dipilih. I punya yang paling besar 75mm. 


Saja pilih besar untuk hiasan backpack hihi.


Untuk button badge ni sesuai sangat dijadikan cenderamata untuk apa apa majlis. Masa majlis graduasi I dulu diaorang bagi customized button badge untuk kenangan. Semua orang dapat benda yang sama. Sweet kan?


Button badge pin.


Packaging


I memang puas hati dengan servis Printcious. Tak lama pun nak tunggu barang sampai. I punya dalam empat hari kalau tak silap. Print pada mug dan button badge pun jenis berkualiti. Tak comot dan warna dia cantik, sebiji macam yang I design dalam website. Mug dia pun cantik je.


Bila barang sampai pada I pun tak ada pecah ke sumbing ke. Semua elok. Paling penting cara packaging dia selamat. Mug elok terletak dalam gabus/foam/styrofoam jadi dia tak ada terhempas ke, ataupun terlanggar dengan barang lain. Button badge tu pun wrap dengan bubble wrap tu jadi selamat tak ada calar.


Packaging mug


Kalau korang masih tercari-cari medium atas talian untuk membeli hadiah yang boleh customized sendiri boleh la gunakan servis Printcious macam I. I memang puas hati dengan servis Printcious dan kualiti produk tersebut.



My Customized Mug


Harini I nak share antara menu-menu sedap yang sempat I makan masa balik Perak haritu. Mana tahu kalau korang pun tengah fikir nak makan apa nanti kan boleh la jugak refer entry I ni hahaha walaupun I rasa tak membantu sangat sebab sikit je yang I sempat tangkap gambar. Menu lain tak sempat sebab dah kena ngappp.



Mee kicap.


Kalau balik Perak memang I dan Aiman akan plan nak sarapan pagi dengan menu favourite kiteorang. Mee Kicap ! Siapa peminat mee kicap jugak angkat tangan. I bukan la obses sangat dengan mee kicap cuma bila balik Perak confirm akan datang dua kedai ni untuk makan mee kicap. Satu kedai dekat laluan ke Kellies Castle. Sangat dekat dengan rumah I dua-dua kedai ni. Kedai yang dekat dengan Kellies Castle ni tepi jalan je. Agak susah nak bagitau lokasi yang betul sebab tak ada nama kedai, tak ada landmark. 


Ikutkan sepanjang jalan nak ke Kellie Castle tu memang banyak sangat warung tepi jalan. Tapi yang ada mee kicap best dia dekat tepi jalan dan ada pokok besar hahahaha tak membantu nya ! Apa- apa jela nanti next entry I tangkap gambar warung tu terus. Warung dia biasa je memang ramai selalu sarapan dekat situ. Harga pun murah.


Kedai yang kedua dekat Taman Herba Perak. Waze je Taman Herba, kedai dia bahagian depan kaunter Taman Herba tu je. Yang ni pun sama dekat je dengan rumah I. Mee Kicap dia macam gambar dekat atas tu. Balik kali ni tak sempat nak cuba mee kicap warung biasa tu sebab tutup masa I pergi. Nak pergi hari lain waktu pun singkat je.


Mee kicap ni sebenarnya biasa je. Boleh pilih nak kuah kari atau sup. I biasa pilih kari. Mee dia dah siap campur kicap. Cara nak makan sama ada nak campur sikit kuah sup/kari tu dalam mee atau makan asing-asing hahaha cara I makan macam tu la. Yang buat mee kicap tu special sebab sos/paste yang diletakkan pada mee. Sedap !


Mee rebus


Mee rebus Ramly antara yang famous dekat Perak. Kedai dia banyak boleh je waze yang mana paling terdekat. Yang I pergi makan ni pun dekat je dengan rumah. Harga murah dan portion dia okay. Kuah pun pekat dan dia bagi telur sebiji terus. 


I tak ada benda nak komen pun Mee Rebus Ramly ni sebab memang sedap. Mee dia pun tak silap I dia buat sendiri bukan yang beli dekat kedai tu so special sikit la.



Shinjuku Bake.


Viral sekarang semua orang nak cuba Shinjuku Bake ni termasuk la I. Terliur tengok semua orang post gambar kek ni. Kek gebu dan crispy sikit dekat luar makan dengan ais cream dan cream. Sos atas dia boleh pilih ada empat pilihan sama ada nak maple, nutella, chocolate atau caramel. I punya mesti la caramel sebab I pencinta caramel haha.


Harga boleh tahan la tapi I serius tak ingat berapa. Masih berbaloi lagi. Rasa dia memang sedap dan manis !


Lagi satu cake fav Aiman.



Char Kue Tiaw


Atas ni char kue tiaw terbaru yang I rasa. Terbaru sebab cuba di tempat baru. Masa balik dari Teluk Batik haritu singgah makan sini. I tak ingat apa nama kedai dia tapi ala-ala food truck jugak. Dekat kawasan Manjung. Char kue tiaw ni boleh tahan tapi bukan yang paling sedap I pernah rasa. Cuma portian dia banyak, berbaloi.


I biasa makan char kue tiaw Seri Iskandar. Belakang Petronas Seri Iskandar. Fav dan setiap kali balik Perak confirm ajak Aiman makan dekat sana. Best dan sedap sebab kuah dia pekat dan banyak pilihan sama ada nak udang atau kerang ataupun nak kuetiaw goreng. Kawasan dia pun luas banyak tempat parking sangat sesuai nak datang ramai-ramai.


Itu je menu untuk kali ni. Yang mencari tempat makan yang sedap boleh la cuba menu-menu yang ada dekat atas ni. Insha Allah lain kali I cuba bagi lokasi yang lebih tepat lagi sebab selalu tak rasa pun nak update dekat blog lol.



I eat

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.