Anniversary Celebration?



Anniversary tahun pertama perkahwinan I dengan Aiman. Tak sangka dah setahun dah hahahha. Yang dah kahwin sepuluh tahun, dua puluh tahun tu macam mana la pulak perasaan diaorang kan. Mesti best masih menyayangi dan disayangi orang yang sama. Kalau orang yang tak sama tu emm.... I pun tak percaya dah setahun kahwin. Pejam celik pejam celik dah cukup setahun. Cepat je masa berlalu. Masa kawan a.k.a couple dulu tak ada pun nak sambut anniversary couple. Tak ada sebab I dengan Aiman dedua tak ingat pun tarikh kiteorang couple hahahha so tak ada la nak sambut apa-apa pun kecuali kalau birthday je. 


Tarikh tunang pun tak silap dalam bulan enam 2016. I tak ingat tarikh tepat dia sebab tak pernah nak ingat pun..... Kalau tetiba nak throwback senang je, anak sedara Aiman lahir sehari selepas kiteorang tunang. Jadi nak sambut anniversary pertama ni sebenarnya tak plan sangat pun. I plan nak sambut birthday Aiman bulan November. Tapi alang-alang anniversary bulan December, tunggu jela December baru sambut terus. Itu pun nasib baik Aiman cuti tarikh anniversary kiteorang yeay boleh la luangkan masa sama-sama. 


Plan dia duduk hotel dan beku dalam tu hahahha. Boleh baca entry review hotel untuk anniversary kiteorang kali ni. Imperial Apartment Puteri Harbour. Dia apartment sebenarnya bukan hotel pun tapi cantik macam hotel ! Lepas checkin apartment tu, macam biasa buat house tour untuk review hehe, lepas tu berendam dalam bathtub. Bestnya kalau rumah ada bathtub sendiri. Memang kerja I memborong bathbomb je. Tunggu entry review bathbomb okay.


Lepas dah rehat mandi bathtub, tengok kawasan apartment yang boleh tahan cantik dan semua kelengkapan cukup tu, kiteorang siap-siap nak pergi makan shell out. Shell out ni agak famous jugak la dekat Johor Bahru. Kiteorang makan shell out di Johor Seafood. Restoran ni dekat area Setia Tropika. 




Atas ni shell out untuk dua pax. Ada brocolli, jagung, udang, ketam, kupang dan lala. Tak silap I itu je rasanya seafood dalam tu. Kupang, lala 80%, udang 5%, ketam 5%, sayur 5%, lagi 5% tu emm kuah kot haha. Rasa dia boleh tahan sedap. Harga RM40 untuk dua pax air free refill yang jenis dah siap bancuh tu. Tak silap air malam tu sarsi kottt. Portion dia boleh tahan laa buat kiteorang kenyang. Tapi agak muak makan lala,kupang tu banyak sangat. Kalau udang yang banyak mesti tak muak hahaha. Nasi tambahan pun dia charged RM2 okayyyy.... 


Kalau I cukup jela datang sekali sebab nak rasa... Tak berbaloi nak datang dua tiga kali. Restoran dia dekat rumah kedai macam gambar bawah ni. Meja banyak dan kawasan luas kalau nak makan ramai-ramai, lepak ramai tu memang sesuai la. Ada jugak menu lain macam kedai biasa, satay dan lain-lain.





Lepas dah kenyang tak ada plan nak pergi mana pun. Kiteorang singgah kedai runcit beli jajan sebab nak tengok movie kat aprtment tu. Balik dekat kawasan apartment saja jalan-jalan kawasan tu pulak sebab cari port tempat kereta berhimpun. Itu yang gambar pertama dalam entry ni gambar kereta hahhaha Kat sini ada kawasan luas yang selalu group kereta datang dan lepak a.k.a tt. Bila I tanya Aiman tt tu stand for what dia pun tak sure.......


Tak sengaja jugak terjumpa event krismas dekat kawasan sebelah Hotel Jen PH tu. Kiteorang tak ada la join event tu, kebanyakkannya kanak-kanak la ramai dengan family sekali sebab ada quiz, cookies deco, ballon semua. Kiteorang jalan sambil tengok lampu-lampu, tengok kawasan hahah. Kat situ pun ada kawasan food truck tapi macam tak best so I tak pergi tengok pun diaorang jual apa. 


Food Truck.







Lampu-lampu atas ni la yang macam best je nak tangkap gambar tu yang singgah kejap. Ramai jugak orang lepak dekat kawasan ni. Lepas dah peluh peluh berjalan kiteorang pun balik apartment dan sambung dengan pamper session ! Pamper session ni pun I buat entry khas nanti hahhaha rajinnya nak tulis banyak entry hehhh. Pamper session termasuk berendam dalam bathtub dengan bathbomb pilihan, hair care, skincare, dan body care. Tapi simple jeeee.




Jajan untuk movie timeeee.


Okay itu je anniversary celebration untuk tahun 2017. Lebih kepada nak berehat dan relax-relax je haha tempat menginap pun tak jauh dari rumah. Harap tahun 2018 ni boleh simpan duit lebih sikit dan pergi jalan-jalan tempat best. Amin.



10 comments

  1. selamat hari ulang tahun perkahwinan sis.... wah bestnya celebrate.... Allhamdulillah akak thn ni msk tahun ke 11 perkahwinan. tak pernag celebrate sis... kami ni serba sederhana. tarikh kawin pun lupa... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sis.wowwwww lagi best tak payah susah2 nak celebrate kannn hahahha. duit pun jimat.

      Delete
  2. so sweet sis. happy anniversary. moga kekal hingga ke syurga Allah. aamiin ya rabbal alamiin. jemput join: http://zaza96.blogspot.my/2018/01/pencarian-bloglist-2018.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou sis. Insha Allah nanti join

      Delete
  3. happy anniversary.. btw, awk ditag

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2018/01/segmen-blogwalking-by-miss-kepeng.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou CikLa. Nnati kita join tag tag

      Delete
  4. Nampak menarik tempat ni untuk sambut special event

    Singgahlah sini,
    http://tarotthefool.blogspot.com/2018/01/memohon-sumbangan-untuk-program_21.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa je staycation ni :) nanti sis singgah

      Delete
  5. nak makan shell out sedap di Kampung Pasir Putih..Nampak kedai biasa-biasa,tapi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana tu sis huarghhh memang kena pegi kalau sedap2 ni

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.