Kiehl's Creamy Eye Treatment with Avocado Review




Hallo. Bertemu kita kali ni dalam episod review produk..... again. I suka bab bab review produk yang I dah guna ni. Sharing is caring. I suka kongsi produk mana yang best, produk yang bagi kesan kat kulit, produk yang murah ke mahal ke kalau ada duit boleh je beli kan. Paling best bila kawan-kawan pun tanya I produk mana yang sesuai dan yang tak sesuai dengan kulit diaorang. I semangat bila cerita bab skincare ni.


Harini nak cerita pulak eye cream yang I pakai sekarang.


Produk : Kiehl's Crea Eye Treatment with Avocado
Isi : 0.5 oz, 14g
RM : 135
Mana nak beli : Kiehls outlet/counter/website


I dah pakai eye cream ni lebih kurang empat bulan. Dah tinggal suku dah ohhh nooo tak sanggup nak beli baru sebab mahal hahahha. Apa kepentingan eye cream ni? Bagi yang ada masalah dark circle atau puffy eyes memang penting la bagi diaorang eye cream ni. Fungsi eye cream kebanyakkan nya untuk lingkaran gelap bawah mata dan puffy eye. Puffy eyes ni macam bengkak bawah mata bila bangun tidur tu. Ada yang susah jugak nak surutkan puffy eyes ni. Selain itu krim mata berfungsi untuk bagi kelembapan, kecerahan, kurangkan kedutan, dan lain-lain lagi bergantung pada jenis eye cream yang korang pilih.


This creamy preparation with Avocado Oil gently moisturizes the delicate eye area. Our unique concentrated testure does not migrate into your eyes. - Kiehls.




My review, I suka pakai eye cream ni. Pertama sebab dia melembapkan kulit bawah mata. Sangat melembapkan. Kalau kulit cukup lembap kita boleh tengok kawasan kulit tu nampak sihat je. Kalau tak cukup lembap boleh rasa kulit tu kering dan kasar. Bila buat morning skincare routine memang best je pakai sebab rasa segar mata. Paling best eye cream ni cepat meresap. Boleh tengok gambar atas ni bila I sapu cepat je serap. Tak perlu pun nak tunggu lama. 


Mata memang rasa segar dan nampak kulit bawah mata lembap dan sihat. Untuk lingkaran gelap bawah mata pulak ambil masa nak kurangkan dia. I punya macam tak ada beza pun..... hahaha. Sebab eye cream ni tak ada tulis untuk kurangkan dark circle so mungkin kalau ada kesan pun sikit je. Puffy eyes memang boleh nampak makin surut bila pagi- pagi tu I pakai dan urut perlahan kulit bawah mata ni. Dia tak ada tinggalkan kesan putih tak serap. kesan berminyak, atau rasa tak selesa. Sangat ringan pada kulit bawah mata.


Bau dia pulak tak wangi sangat. I tak sure bau macam mana tapi tak wangi pun. Bau avocado la kot. Tapi bukan bau busuk tau. Bau dia tak ada menggangu pun. Tak ada bau yang kuat ke apa. Biasa je. Tekstur dia jenis creamy, cepat serap dan tak berminyak walaupun bahan dia dari minyak avocado. Mungkin sebab cepat serap jadi tak rasa tekstur berminyak tu. Warna krim ni pun cantik macam light-green-yellow-pastel-thingy. hahahahha warna hijau yang sangat soft sampai bila tengok macam kuning soft pun ada emm emm




Packaging dia just pot macam ni je. Tak ada kotak ke apa. Kecil dan senang nak simpan. Cuma sebab bentuk pot macam ni agak susah sikit nak jaga kebersihan. Kalau betul-betul nak bersih, ambil cream ni guna spatula kecil so bakteria kat tangan tak transfer dalam bekas pulak. Kalau nak ambil cream guna tangan pastikan tangan betul-betul bersih, tak ada pegang benda lain sebelum tu. Cara I pakai pulak ambil sikit cream tu, dot dot kan bawah mata then dab dab slow2 dari arah dalam ke luar mata. Jangan kasar sangat bila sapu apa-apa pada bahagian kulit mata sebab kawasan kulit mata ni lebih nipis dari kawasan kulit yang lain. So kena lemah lembut. Sebab tu I prefer dab slow slow je untuk ratakan cream ni dari sapu macam tu je. 


I baca banyak jugak beauty website yang anugerahkan eye cream ni as best eye cream. Memang patut pun sebab best bila pakai. Review pun kebanyakkan nya positif kecuali kalau korang jenis ada milia seed dekat bahagian mata kena hati-hati sikit takut buat milia seed tu bertambah. Bagi I sebab tesktur dia yang creamy, sangat sesuai untuk orang yang kulit kering. Sangat melembapkan kawasan mata. Tapi jenis kulit combo macam I pun best jugak.


Tiga bahan utama dia yang pertama ialah avocado oil. Avocado oil ni mengandungi pelembap yang diperlukan oleh kawasan kulit bawah mata. Mengandungi sumber semulajadi protein Amino Acid, Vitamin A, D, E, dan potassium. Membantu mengembalikan kelembapan semulajadi kulit. Beta-Carotene adalah antioksidan semulajadi. Kebanyakkan nya ditemui dalam sayuran / sayuran merah seperti lobak merah. Ia digunakan dalam pengeluaran Vitamin A dan memberi warna oren apabila digunakan dalam produk penjagaan kulit. Shaklee pun ada keluarkan produk berasaskan beta carotene ni tau. Nama dia Caratomax Shaklee. Memang sesuai untuk mata. Kalau nak beli produk shaklee whatsapp I okay (017 563 0516)


Shea butter dalam eye cream ni pula berfungsi melindungi kulit dari dehidrasi, mengembalikan kelembutan kulit dan meningkatkan struktur kulit kering. Bahan eye cream ni memang kebanyakkan nya bertujuan untuk melembapkan kulit. Untuk I cream ni I bagi 4/5 bintang. 


pros
- melembapkan kulit mata
- rasa segar, lembut
- cepat meresap, kulit tak rasa kering
- ringan dan tak berminyak
- puffy eyes berkurang


cons
- mahal
- tak kurangkan dark circle





4 comments

  1. mahalnya haha tapi tahan lama okay la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha agak pricey tapi best kesan dia.melembapkan under eye

      Delete
  2. Bestnya..i never try any kiehl products..
    Tapi mata i mmg sembab..mcm panda..hopefully dpt cari yg boleh hilangkan mata panda i ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiehls ni okay kalau mata I sembap.cuma dark circle tu susah sikit

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.