Unboxing !



Sebab kotak banyak terus nak buat unboxing walaupun ini bukan youtube hahahhaha. Jadi segmen pertama unboxing ni I beli beberapa barang dekat Kaison. Suka sangat pergi Kaison sebab banyak barang hiasan untuk rumah, bantal cantik, teddy bear comel semua cantik sesuai kalau nak hias rumah. I baru nak beli beberapa barang untuk hias rumah. Jadi I ambil satu pasu kecik yang ada siap pokok tiruan. Tujuan utama sebab rumah I sekarang tak ada langsung apa benda nak guna untuk buat backdrop tangkap gambar produk review. Kalau rumah kat Perak macam macam ada, kalau dalam rumah tak ada pun, luar rumah banyak port hahaha.


Jadi beli la satu pasu ni dulu. Next time baru tambah lagi. Kedua I beli dua biji bowl kaca sebab nak bela ikan laga atau pun ikan beta. I tak pasti korang panggil ikan tu nama apa tapi ikan yang warna cantik cantik dan ekor dia melibas libas tu lol. Walaupun bowl kaca ni I beli dah lama tapi sampai sekarang ikan tak ada lagi dalam tu............ Haritu buat tempat letak stationery kejap, lepastu letak stok gula gula, latest letak stok cikedis Aiman. Ikan nya masih tak ada ! I tak jumpa lagi sebernarnya kat JB ni kedai ikan kat mana sebab tak habis lagi pusing kawasan sini. Nak beli dari Perak jauh sangat. So tunggu jumpa kedai ikan dulu. 







Ini pulak antara barang yang I beli dari Lazada. Haritu I join contest dari Lazada dan dapat la voucher  RM150 untuk beli barang di Lazada. Seronok la memilih cuci mata kat Lazada. Ikutkan banyak lagi kotak dan parcel yang I dah simpan untuk tangkap gambar tapi I cari tak jumpa. I rasa Aiman buang -.- Tinggal dua kotak dalam gambar atas ni je tsktsk. Dan dalam gambar atas ni jugak antara barang yang I beli menggunakan baucer tersebut. 


Gambar pertama set pisau kraf untuk Aiman buat produk kereta dia hahaha, kedua tempat letak pinggan dalam kabinet senang I nak susun pinggan. Ketiga organizer barang I guna nak letak stokin, sapu tangan dan lain- lain benda kecil, lepastu screen protector handphone Aiman, almari kain ni nak letak barang. I suka almari kain ni sebab ringan, I dah la tinggal tinggi jadi senang nak bawak turun naik kalau pindah nanti. Gambar last pulak barang Aiman jugak. Itu sahaja barang yang I beli menggunakan baucer dari Lazada. Thankyou Lazada.


I suka beli barang kat Lazada ni sebab murah dan boleh bandingkan harga. Proses penghantaran pun cepat dan dia ada bagi tempoh masa proses penghataran yang menyenangkan pelanggan. Haritu masa orang Lazada hantar barang pun tak ada siapa kat rumah jadi I mintak tinggalkan barang dekat rumah sebelah. Nasib diaorang okay jadi tak ada la I susah nak pergi ambil barang ke atau diaorang susah nak hantar barang semula. Itu je unboxing I yang tak seberapa hahahha.


6 comments

  1. sha suka jugak beli kat lazada sebab murah dan free postageeee hehehehe

    ReplyDelete
  2. nak p kaison beli wallpaper tapi kat penang ni xde lagi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa penang tak ada kaison lagi ea..kena jalan jauh sikit la macam tu mellya

      Delete
  3. akak pun plan nak bela ikan jugak..tunggu pas gaji nnt nak beli akuarium.. bela ikan kecik2 jer... cam guppy or ape2 jer ikan yg senang jaga..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya terus beli akuarium. airah beli bowl kecik macam ni je.seronok kalau dapat bela ikan boleh lepaskan stress

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.