KFry Third Round





Atas ni I dah linkkan entry masa makan KFry pertama kali dan kali kedua. Sebenarnya ada kali ketiga dan keempat tapi bungkus ayam je sebab teringin. Seronok makan ayam dia sambil lepak tengok runningman kat rumah. Enjoy ! Tapi cerita kali ni kali ketiga I makan KFry dekat kedai dia. Macam biasa kedai ni sentiasa penuh dengan orang. Kalau datang dari jauh semata nak cuba KFry, lebih baik buat tempahan dulu. No telifon dia I memang dah siap-siap save dalam fon hahaha sebab selalu sebelum datang tanya dulu ramai tak orang. Tak larat tau nak beratur lama walaupun ada tempat duduk menunggu disediakan tapi nak tunggu orang makan semua, lama.


KFry Urban Korean Holiday Villa - 07 266 0902


Untuk makan kali ni sebab acah acah sambut birthday I awal bulan September haritu laa. Acah acah sebab tipu je nak sambut birthday padahal I dengan Aiman memang teringin dah nak makan ayam dengan patbingsu dia. Ayam memang menu wajib setiap kali datang. Ayam spicy korean dia memang sedap. Masa makan dengan Aiman dah plan lepasni datang taknak order ayam ni dah sebab nak cuba ayam lain tapi tengok la lain kali pergi order ke tak. Kadang tak boleh percaya jugak dengan diri sendiri, cakap taknak order tetiba teringin order jugak hahahhaha.





Siapa nak datang KFry wajib order ayam ni tau nanti tunjuk gambar dari blog I ni cakap nak order ayam ni hahaha. Ramai jugak I tengok instastory Syafikah Aina dah makan sini, Nonones owner Tudung Ruffle pun dah datang sini. Tapi menu pertama yang kena cuba yang sekali dengan cheese ! Tiap kali I datang confirm sold out sebab I selalu datang lepas balik kerja. Dah petang memaang dah habis laa. Boleh baca entry KFry kali pertama I bila cuba makan ayam cheese tuu.


Untuk gambar pertama entry ni, Patbingsu Strawberry. I teringin gila bila taip entry ni sedap tau patbingsu starawberry Kfry. Strawberry tak kedekut langsung besar besar pulak tuu. Rasa sedap memang habis I makan dengan Aiman. Tak muak pun. Walaupun banyak tetap habis ! Nampak tak betapa sedapnya. haritu cuba patbingsu mango pun tak habis. Mungkin jugak haritu tak reti lagi nak bahagi bahagian perut, kiri isi ayam, kanan isi patbingsu. Masa cuba patbingsu mango, perut dah penuh dengan ayam, tak muat nak masuk benda lain lol.




Kali ni jugak selain patbingsu strawberry, kiteorang cuba menu lain, I tak ingat nama dia apa. Topokki seafood kot. Dalam dia ada topokki, lepastu seafood macam udang, kupang besar tuuu, sotong, ada kimchi dengan macam bihun/suun thingy I tak tau apa. Rasa dia pedas-pedas manis. I tak suka sangat tapi okay la boleh jugak I dengan Aiman habiskan. Portion dia boleh tahan banyak sesuai dua orang makan kalau tak order menu lain. Kalau order menu lain mungkin 3-4 orang boleh kongsi sekali.



Okay itu je dua menu lain yang I cuba dekat kfry ni dan order ayam fav yang biasa tu hehe. Thankyou Aiman belanja birthday treats ! Tapi tiap kali makan Aiman yang belanja................

4 comments

  1. tengok teopokki terus teringin nak makan! Nak kena pergi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi ! airah tengok pun teringin nak makan lagi

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.