kerja kahwin : kasut nikah dan kasut sanding



Harini I nak share salah satu pekara penting yang bakal pengantin kena ambil berat sebelum kahwin. Insha Allah I akan buat entry sedikit demi sedikit checklist untuk bakal bakal pengantin pekara sebelum, semasa dan selepas majlis nikah dan kahwin ni. I kongsi apa yang I buat dan I tau jela ye. I kongsi satu entry satu pekara mengikut apa yang I boleh kongsi. Masa sebelum I kahwin pun susah jugak nak cari checklist untuk kahwin, lepastu buat sendiri je dengan baca blog, baca twitter je. Kena banyak membaca dan boleh dikatakan semua benda kahwin I buat sendiri dengan Aiman hahaha.


Jadi harini I nak kongsi pasal kasut nikah dan kahwin dulu Saja kongsi pasal kasut sebab walaupun kasut hanya di kaki tapi penting bagi I. I nak pilih kasut kahwin pun berkali-kali pergi mall mencari. Susah betul nak cari yang kena dengan pilihan hati, warna yang menarik dan semestinya kena dengan budget. Memang penting sebelum nak buat keputusan dan pembelian. Check budget dulu. Nanti budget tak kena tapi dah terbeli habis semua budget lari. Set siap-siap budget sebelum pilih kasut nikah dan sanding okay.



Lepas dah set budget boleh la set nak beli berapa pasang. Nak beli untuk nikah sepasang dan sanding sepasang. Kalau majlis sanding dua kali nak pakai kasut sama atau tak. Untuk kes I, I tak nak pakai kasut yang butik sediakan sebab tak cantik...... Lagipun saiz pun tak sesuai dan warna pun hehhh.. Tak menepati warna. Sebab tu I lagi pilih beli kasut sendiri. Kalau budget cukup boleh je beli kasut sendiri tapi kalau tak cukup kena jugak la guna kasut butik. Biasa kasut butik dah termasuk dalam pakej sewa baju sekali kan.


I punya kasut nikah sepasang dan kasut sanding sepasang. Memang penat tawaf semua shopping mall, semua kedai kasut semata nak cari kasut yang sesuai. Ada kasut yang cantik sangat tapi mahal sangat. Ada yang dah promosi dan murah tapi tak ada saiz ! Berapa kali I nak kena ulang alik shopping mall hahaha. 






Tips pemilihan kasut kahwin, pilih yang selesa untuk berjalan ! Nanti awak nak kena layan tetamu jalan sana sini berdiri lama lagi jadi pilih yang paling selesa. Warna pun memainkan perasan penting kalau baju yang awak pakai tu boleh nampakkan kasut. Nanti warna kasut tenggelam pun tak cantik sangat. Warna kasut terlalu menyerlah pun lagi tak cantik bagi I takut overshadow. Untuk kasut tinggi pulak lebih baik kalau bila pakai sama tinggi dengan husband atau pendek sikit. Cantik sikit kalau tangkap gambar. Kalau awak dah memang tinggi dari husband jangan pakai kasut tinggi pulak. Flat sahaja pun cantik.


Itu je kot tips I yang tak seberapa. Kasut ni yang penting selesa je untuk berdiri lama sebab tak ada masa sangat nak duduk nanti. Warna dan jenis kasut ikut selera awak. I punya kasut macam gambar first kat atas tu untuk sanding. Warna peachy creamy jenis berkilat licin tu. Kasut nikah pulak heels jugak warna putih dan ada manik manik yang tak over.




Ni la kasut sanding I. I nak letgo this kasut tinggi sebab dah tak pakai dah. Pakai sekali je sanding haritu dalam 7 jam je hahahha. Keadaan kasih elok macam baru tak ada kesan apa pun bahagian tapak Je kotor sikit sebab berjalan kan. bagi I kasut ni memang selesa nak bergerak walaupun tinggi. Tapi I bukan jenis pakai heels.... Jenama Valentino Rudy Italy dan saiz 39. If ada sesiapa nak beli I letgo murah je dari harga beli. Kalau bukan guna untuk kahwin pun heels ni sesuai untuk semua benda macam pergi kerja, shopping, pergi event haha. Kasut nikah pun I nak jual jugak tapi gambar tak ada sebab kasut tu kat Perak. Nanti whatsapp I bagi okay. kalau berminat boleh whatsapp I 017 563 0516.




Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.